Sekali sekala makan Kari Ikan Bawal Emas memang terasa kenikmatannya. Makan pula bersama sambal belacan dan keropok moni rangup memang tak payah lauk lain. Boleh bertambah-tambah nasi jadinya. Masak kari ikan bawal antara lauk kegemaran rakyat Malaysia. Itu sebab menu kari ikan bawal menjadi salah satu menu wajib di kebanyakan kedai dan restoran. Kari Ikan Bawal Emas masakan melayu merupakan …
Kalau berkunjung ke Melaka Bandar Raya Bersejarah, tak lengkap kalau tak pekena Mee Bodo Melaka. Mee goreng atau mee bodo ni dah viral dan sangat popular. Orang Melaka menggelarkan Mee ini ‘bodo’ bukanlah sebab kalau makan mee ini kita boleh menjadi bodoh. Cuma bahan-bahan untuk membuat mee ini adalah lebih ringkas berbanding mee goreng biasa. Mee goreng ini hanya gunakan …
Buat peminat telur ikan, mesti pernah makan telur ikan mayong kan. Kalau tak pernah makan pun sekurang-kurang tahu tentang kewujudan ikan ini. Ikan mayong hidup bebas di laut lepas dan telur ikan mayong juga mempunyai tekstur yang besar dan kenyal. Rasanya sedap kalau betul cara masaknya. Kadang-kadang rasanya hanyir sebab tidak tahu cara yang sebenar untuk membersihkan telur ikan mayong. …
Masak Asam Pedas Daging Tetel Melaka ni memang rare tapi sedap yakmat. Ia adalah resipi ori Melaka dan tak banyak juga kedai yang menjualnya. Kebanyakan kedai makan di Melaka jual asam pedas ikan atau lebih dikenali dengan masak asam. Boleh cuba sendiri masak Asam Pedas Melaka Simple pakai ikan tenggiri. MJ belajar masak resepi Asam Pedas Tetel Melaka dari mak mentua. …
Ikan Cencaru Sumbat Kelapa | Kalau cakap pasal ikan bakar, selain ikan terubuk bakar, ikan cencaru bakar antara favourite MJ sejak kecil lagi. Paling teruja bila mak cakap nak buat ikan bakar. Bukan teruja nak tolong pun tapi tolong tengok jer. Bila sekarang dah besar nak buat sendiri terkial-kial. Mujur daya pemerhatian (observation) MJ agak tinggi dan boleh ingan bahan-bahan …
Pulut Inti Kelapa Yang Mudah | Bila usia makin meningkat, mula ‘mengidam’ makan makanan warisan yang pernah dimakan dulu-dulu. Makan pulut ni bukan menjadi kebiasaan dulu-dulu. Makan pulut hanya boleh dimakan ketika kenduri saja. Mungkin sebab dulu susah nak dapat bekalan pulut. Tapi kini hidangan pulut dah dipopularkan menjadi menu istimewa seperti pulut mangga atau dimakan bersama cendol. Pulut inti …
Kuali Non Stick Bahaya | Memasak di dapur menggunakan cookware ni ikut keselesaan masing-masing. Ada yang pilih jenama, ada yang pilih ketahanan, ada yang pilih ikut warna dan tak kurang juga pilih ikut bajet. Apa pun pilihan tepuk dada tanya poket masing-masing. Paling utama kita boleh masak untuk keluarga dengan niat kerana Allah SWT. Sudah tentu pahala dicatit oleh Malaikat …
Cara Tanam Pokok Chaya | Hujung minggu lepas ada acara ad hoc melawat kebun rakan sekerja dulu dan kini rakan blogger terkenal Netty Ah Hiyer. Kenapa ad hoc? Sebab tak merancang beriya-iya. Betul orang cakap kalau rancang betul-betul mesti tak jadi. Tapi bila tak dirancang, tup tup terus jadi. Mula-mula tu, saja tulis “Nanti nak buat sesi lawatan lah,” di …
Resipi Cranberry Cream Cheese Bun | Makan roti yang dibuat sendiri, nikmatnya memang lain macam. Tambah-tambah kalau makan masa panas-panas memang sedap tak hingat. Pertama kali makan Cranberry Cream Cheese Bun ni di The Loaf. Masa tu The Loaf di SOGO Kuala Lumpur. Sekarang dah tak ada rasanya, lagi pun dah lama tak pergi SOGO Kuala Lumpur. Memang wajib …
Kerabu Mangga Simple Dan Sedap | Tengok buah mangga bergayut-gayut di atas pokok memang betul-betul mengundang. Tiba-tiba teringin nak makan kerabu mangga yang sedap tapi mudah disediakan. Nak cerita sikit pasal pokok mangga depan rumah ni. Alhamdulillah, pokok mangga ni sering berbuah lebat dan manis bersari. Anak pokok mangga Chukonan ni beli di pasar tani di Melaka. Secara spesifiknya beli …