MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Dapur
Resipi Ikan Cencaru Sumbat Kelapa Ada 2 Cara Boleh Cuba
Diari Dapur

Resipi Ikan Cencaru Sumbat Kelapa Ada 2 Cara Boleh Cuba

duniamyzan December 13, 2022

Ikan Cencaru Sumbat Kelapa | Kalau cakap pasal ikan bakar, selain ikan terubuk bakar, ikan cencaru bakar antara favourite MJ sejak kecil lagi.

Paling teruja bila mak cakap nak buat ikan bakar. Bukan teruja nak tolong pun tapi tolong tengok jer. Bila sekarang dah besar nak buat sendiri terkial-kial.

Mujur daya pemerhatian (observation) MJ agak tinggi dan boleh ingan bahan-bahan yang mak gunakan masa nak masak ikan cencaru sumbat kelapa ni.

Contents hide
1 Tip Penting Nak Buat Ikan Cencaru Sumbat Kelapa
2 Cara Masak Ikan Cencaru Sumbat Kelapa
3 Resipi Ikan Cencaru Sumbat Kelapa
3.1 Kelebihan guna kaedah bakar ini ialah
3.2 Bahan-bahan;
3.3 Cara Membuat;
4 Resipi Sambal Kelapa
4.1 Bahan-bahan;
4.2 Cara Membuat;
5 Resipi Air Asam Kerisik
5.1 Bahan-bahan;
5.2 Cara Membuat;
5.3 Petua Nak Dapatkan Pati Air Asam Jawa

Tip Penting Nak Buat Ikan Cencaru Sumbat Kelapa

  • Bila beli ikan cencaru minta tolong mereka yang buat perkhidmatan menyiang ikan untuk jangan siat kulitnya.
  • Minta tolong juga bersihkan perut ikan dan potong belakang.
  • Biasanya pemotong ikan akan faham kalau kita sebut ‘potong belakang’ bila beli ikan cencaru. ‘Potong belakang’ ini sangat penting, kalau tak, tak menjadilah kita nak sumbat sambal kelapa nanti.
Resipi Ikan Cencaru Sumbat Kelapa terpaling sedap.

Cara Masak Ikan Cencaru Sumbat Kelapa

Ada dua cara nak masak Ikan Cencaru Sumbat Kelapa ni.

  • Bakar
  • Goreng

Resipi Ikan Cencaru Sumbat Kelapa

Kali ini MJ kongsikan resipi istimewa daripada mak. Sambal kelapa air tangan mak sampai sekarang MJ tak boleh nak capai lagi.

Ikan cencaru sumbat kelapa kali ini MJ guna kaedah bakar. Cara penyediaan ikan untuk kedua-dua kaedah lebih kurang sama saja.

Kelebihan guna kaedah bakar ini ialah

  • Tidak menggunakan minyak.
  • Sambal kelapa tidak terlalu garing (kadang-kadang boleh hangus) ketika menggoreng.

Bahan-bahan;

4 ekor ikan cencaru sederhana besar
Daun pisang (jika guna kaedah bakar)
Lidi atau pencungkil gigi untuk balutan daun pisang

Cara Membuat;

  1. Bersihkan ikan di bahagian perut dan toskan.
  2. Bersihkan juga daun pisang.
  3. Sumbat sambal kelapa di bahagian belahan belakang ikan sehingga ke bahagian perut.
  4. Lilit daun pisang di keliling ikan dan semat dengan lidi atau pencungkil gigi.
  5. Letakkan di bahagian pemanggang ikan. MJ guna tip bakar ikan dalam kuali seperti dikongsikan dalam artikel Kuali Non Stick Bahaya ini.

Resipi Sambal Kelapa

Bahan-bahan;

½ biji kelapa parut (bahagian putih)
Segengam udang kering
1 tangkai cili merah
5 biji cili padi hijau
2 biji cili padi merah
½ biji bawang besar
1 inci kunyit hidup
1 inci belacan (optional)
½ kuib pati ikan bilis
Sedikit air asam jawa
Gula dan garam secukup rasa

Cara Membuat;

  1. MJ gunakan mesin pengisar saja. Mudah nak buat kerja. Jadi MJ masuk cili merah, cili padi, udang kering yang telah dibasuh, bawang, kunyit hidup, belacan, kiub pati ikan bilis serta gula dan garam.
  2. Kisar sehingga agak lumat. Kemudian masuk air asam jawa.
  3. Akhir sekali masuk kelapa parut dan kisar sekejap biar mesra bak kata mak MJ.

Makan ikan bakar sememangnya tak lengkap kalau tak cicah air asam. Tambah kalau guna kerisik homemade memang lagi terangkat. Kalau makan memang tak ingat orang belakang dah.

Resipi Air Asam Kerisik ni MJ olah ikut cita rasa sendiri dan famili.

Resipi Air Asam Kerisik

Bahan-bahan;

½ biji bawang besar, hiris nipis
7 biji cili padi hijau, hiris nipis
3 biji cili padi merah, hiris nipis
1 biji tomato, potong dadu
1 inci belacan (ikut selera)
2 sudu kerisik
Semangkuk air asam jawa
Gula dan garam secukup rasa

Cara Membuat;

  1. Masuk bahan yang dihiris ke dalam mangkuk,
  2. Bakar belacan di atas api. Masuk ke dalam mangkuk.
  3. Masuk kerisik serta gula dan garam.
  4. Masuk air asam jawa dan ramas semua bahan menggunakan tangan. Kalau takut tangan panas disebabkan cili boleh guna sarung tangan plastik ketika meramas.

Petua Nak Dapatkan Pati Air Asam Jawa

  • Ambil sejumlah asam jawa mengikut keperluan dan masuk ke dalam mangkuk.
  • Tuang air panas ke dalam mangkuk dan biarkan seketika.
  • Biasa MJ buat banyak, lebihannya letak dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk.
  • Bila-bila nak guna, ambil saja. Lebih-lebih lagi kalau nak buat sambal belacan yang guna sikit jer asam jawa kan. Sambal belacan memang wajib ada kat rumah MJ ni.

Bila tekak teringin makanan Korea boleh cuba resepi kimchi mudah ini.

Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

Kuah Kacang Mudah & Sedap, Wajib Ada Bila Raya
Sebenarnya kuah kacang mudah sahaja cara penyediaannya. Tak susah sangat …

Kuah Kacang Mudah & Sedap, Wajib Ada Bila Raya

Kuali Non Stick Bahaya Jika Calar, Tapi Usah Buang Dulu
Kuali Non Stick Bahaya | Memasak di dapur menggunakan cookware …

Kuali Non Stick Bahaya Jika Calar, Tapi Usah Buang Dulu

About The Author

duniamyzan

One Response

  1. nettyahhiyer

    Tq kak.. lengkap sungguh resepinya.. nanti boleh dicuba.

    December 23, 2022

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    September 17, 2023 0
  • Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara Sistematik
    Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara …
    August 23, 2023 0
  • 8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di Malaysia
    8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di …
    August 26, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh