Bagi pencinta makanan pedas, sudah tentu teruja apabila AEON dan Kewpie berkolaborasi melakukan inovasi kepada produknya. Kerjasama ini telah dicapai untuk memberi variasi kepada pilihan produk AEON Delicatessen. Menerusi tagline “Spicy in Every Bite”, cili padi telah terpilih menjadi elemen utama untuk memberikan pengalaman rasa yang berperisa dan pedas, sesuai bagi mereka yang menikmati atau mengidam makanan pedas. “Spicy in Every Bite” menjanjikan setiap gigitan mempunyai tahap kepedasan yang menakjubkan buat pencinta makanan pedas dan pemakan yang suka mencuba yang mencari makanan yang mencabar selera mereka dan memberikan pengalaman kulinari yang merangsang.
Pelancaran kolaborasi tersebut berlangsung di AEON Mall Cheras Selatan, Selangor. Majlis pelancaran ini memperlihatkan AEON dan Kewpie berkolaborasi dengan menambahkan mayo berperasa cili padi kepada 10 variasi produknya termasuk sushi, bakeri dan delica. Lebih istimewa apabila mayo berperasa cili padi ini eksklusif hanya untuk pelanggan AEON sahaja dan tak boleh didapati di tempat lain.
AEON Dan Kewpie Berkolaborasi
Majlis pelancaran tersebut telah dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah Urusan Kewpie Malaysia, Atsushi Miyata, Timbalan Pengarah Urusan Kewpie Malaysia, Shimpei Okada, Pengarah Jualan Kewpie Malaysia, Soon Soo Choong, Pengarah Urusan AEON, Naoya Okada, Ketua Pegawai Perdagangan dan Pemasaran AEON, Low Ngai Yuen dan Azidah Alimuddin Ketua Bahagian Delicatessen, Bakeri dan Pusat Pemprosesan Makanan AEON.
Selaku Ketua Bahagian Delicatessen, Bakeri dan Pusat Pemprosesan Makanan AEON, Azidah Alimuddin begitu teruja untuk menyajikan hidangan yang luar biasa ini kepada pelanggannya. Menurutnya, “Kami sentiasa ingin mempertingkatkan rasa dan kualiti produk di AEON Delicatessen dan yakin kolaborasi bersama Kewpie akan memberikan sesuatu yang baru kepada pelanggan kami.
AEON berasa sangat bersyukur kerana berpeluang bekerjasama dengan sebuah jenama yang sangat terkenal dengan keenakan mayonnaise dan “dressings” di negara ini,” kata Azidah Alimuddin.
Manakala selaku Pengarah Urusan AEON, Naoya Okada turut menzahirkan rasa gembiranya dengan jalinan kerjasama antara AEON dan Kewpie berkolaborasi. “Pelancaran ini juga merupakan salah satu usaha AEON untuk mendekati ekosistemnya melalui pelbagai program dan aktiviti sempena ulang tahun AEON yang ke-40.
Saya sangat bersyukur kerana AEON telah berkembang maju, dan akan terus memberikan produk dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan pihak yang berkepentingan dalam syarikat (stakeholders) kami. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan dan rakan kongsi kami yang telah bersama kami selama ini,” kata Naoya Okada.
Spicy in Every Bite
Di majlis ini turut memperkenalkan 10 variasi produk yang diinovasikan dengan rasa pedas cili padi yang diletakkan label “Spicy in Every Bite”. Terdapat pelbagai pilihan antaranya, Sos Pedas, Roti Gulung, variasi sushi, Burger Roti Hitam dan udon yang dilabel “Spicy in Every Bite”.
MJ berpeluang menikmati sendiri hidangan istimewa ini. Memang terasa sensasi pedas di dalam mulut terutama udon. Kalau makan sushi pula mungkin tak payah nak makan dengan wasabi lagi. Cukup hanya cecah dengan kicap sushi (sushi soy sauce).
Majlis pelancaran tersebut juga dimeriahkan dengan acara ‘treasure hunt”. Para KOL telah diberi cabaran untuk membeli-belah 3 produk “Spicy in Every Bite” iaitu Chili Padi Mayo Sushi Set A, Sensational Spicy Stir Fry Beef Udon dan Chili Padi Mayo Sausage. Buat tetamu jemputan lain telah disediakan beberapa aktiviti lain yang menghiburkan.
AEON Delicatessen
Selaku pelanggan setia AEON Delicatessen, MJ kagum apabila melihat AEON Delicatessen sentiasa memperluas jangkauannya dengan memperkenalkan pelbagai produk baru. Iyalah, tak kan asyik produk sama jer kan. AEON Delicatessen sentiasa peka dengan keperluan pelanggan.
Malah bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk kualiti dan keterjangkauan, AEON telah memperbaharui imej jenama Delicatessen dengan memperluaskan rangkaian produknya.
Pada masa ini, AEON Delicatessen menampilkan empat jenama iaitu Coco Café, sebuah kafe gaya kopitiam yang menarik; La Boheme, yang menawarkan pelbagai roti, pastri, dan puding yang segar; La Boheme Coffee, yang terkenal dengan campuran unik biji kopi dari Brazil Cerrado, Colombia Huila, dan Indonesia Sumatra; dan Sucrée Amor yang menawarkan pelbagai jenis pencuci mulut yang lazat.
AEON juga telah meraikan ulang tahun ke 40 tahun ini. Happy Anniversary AEON!
Baca juga; https://myzanjourney.com/meet-greet-dengan-michael-owen-aeon-realisasi-impian-peminat/, https://myzanjourney.com/aeon-fashion-preview-2023/ , https://myzanjourney.com/aeon-mall-cipta-rekod/
azni
sedapkan .. sis suker ….