AEON Mall Cipta Rekod | Teruja menjadi salah seorang yang telah menyaksikan sebuah rekod yang tercipta dalam Malaysia Book of Records. Bukan calang-calang individu yang boleh mematrikan namanya dalam Malaysia Book of Records. Tak dapat masuk nama secara individu masuk nama secara berkumpulan pun dah rasa bangga, kan. Boleh cerita dekat anak cucu nanti, apabila nama kita tercatat dalam Malaysia Book of Records.
Kali ini bersama-sama AEON Mall telah melakar satu lagi sejarah di negara kita apabila majlis Jom Makan yang diadakan di AEON Mall Rawang berjaya merekodkan penyertaan Paling Ramai untuk sesi Memakan Nasi Daun Pisang. Majlis yang berlangsung pada 29 Oktober 2023 itu telah menyaksikan seramai 1396 orang memakan nasi daun pisang. Penyertaan Paling Ramai untuk sesi Memakan Nasi Daun Pisang ini telah disahkan oleh Malaysia Book of Records.
AEON Mall Cipta Rekod di Malaysia Book of Records
Majlis pendaftaran bermula seawal jam 10.30 pagi. Pendaftaran awal telah dilaksanakan dengan scan daftar kat Qr Code secara percuma yang telah diberikan lebih awal. Menurut jurucakap AEON Mall sasaran awal penyertaan adalah 1000 orang namun telah mendapat sambutan hangat sehingga Berjaya mengumpulkan seramai 1396 orang untuk mencipta rekod penyertaan Paling Ramai untuk sesi Memakan Nasi Daun Pisang.
Manakala jam 2.00 petang pihak Malaysia Book of Records mula mengira jumlah penyertaan dan para peserta mula menikmati hidangan tepat jam 2.30 petang. Para perserta diberi masa untuk menikmati makanan selama 1 jam.
Memang seronok menyaksikan para peserta yang tidak sabar untuk menikmati hidangan yang disajikan atas daun pisang. Kombinasi bau kari dan nasi panas atas daun pisang sememangnya mengundang rasa lapar serta-merta. Tambah-tambah apabila makan ramai-ramai, memang macam makan kenduri kahwin.
Boleh dikatakan segenap ruang legar di AEON Mall Rawang dipenuhi dengan deretan manusia yang sedang menikmati hidangan nasi atas daun pisang. Memang meriah dan rugi kepada mereka yang tak dapat join.
Penyerahan Sijil Malaysia Book Of Records
Usai menikmati hidangan di atas daun pisang para peserta dan orang ramai telah menyaksikan penyerahan sijil Malaysia Book of Records kepada pihak pengurusan AEON Mall.
Majlis ini juga diadakan sempena sambutan Deepavali yang akan datang. AEON telah berkolaborasi bersama restoran makanan daun pisang yang semakin popular iaitu Bananabro. Majlis ini juga turut diserikan dengan tarian sempena Sambutan Perayaan Deepavali oleh KV EMPIRE.
Baca juga;
AEON Brick Parkour Asian Tour 2023
Duta Kids Republic
AEON Mall Bukit Tinggi
yanieyusuf
tahniah Aeon mall dan bananabro. bagus ada acara macam ni