Teruja apabila mendapat jemputan untuk menyaksikan pertunjukan fesyen AEON 2022. Katanya kali ini lebih meriah dan berbeza daripada biasa.
Seperti yang dijanjikan para jemputan yang terdiri daripada team media, blogger dan influencer berkumpul di TRIBE Boxing Studio, yang terletak di Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya.
Sebelum itu kami telah diingatkan untuk berpakaian selesa dan perlu memakai t-shirt khas yang bakal diberikan serta menyarung kasut sukan. Berdebar sungguh dengan pesanan untuk menyaksikan pertunjukan fesyen AEON 2022 kali ini.
Sebaik sahaja mendaftar kehadiran untuk pertunjukan fesyen AEON 2022 ini kami diminta untuk memakai t-shirt yang diberikan. Kemudian kami diminta untuk memakai pembalut tangan oleh pihak TRIBE. Berdebar sungguh! Sebab belum pernah cuba sukan tinju ni.
Pelancaran Pertunjukan Fesyen AEON 2022
Majlis pertunjukan fesyen AEON 2022 ini telah dibuka oleh Emcee lantas menjemput Timbalan Pengarah Urusan AEON Mr. Okada Naoya untuk menyampaikan sepatah dua kata.
Masih ingat tak lagi dengan pengacara 3R yang popular suatu ketika dulu. Rupanya salah seorang pengacara program tersebut, Low Ngai Yuen merupakan salah seorang tenaga kerja AEON. Selaku Ketua Pegawai Pemasaran dan Barangan Kumpulan AEON, Low Ngai Yuen turut menyuarakan keterujaannya tentang koleksi innercasual atau lebih dikenali sebagai iC di Malaysia pada majlis pertunjukan fesyen AEON 2022 kali ini.
Tidak ketinggalan Pengasas TRIBE Boxing Studio turut menyampaikan sepatah dua kata pada petang yang sangat istimewa itu .
Acara yang dinantikan telah tiba apabila tetamu berpeluang belajar dan mencuba beberapa langkah asas dalam sukan tinju ini. Nampak senang jer tumbuk punching bag tu tapi apabila mengikut cara yang betul dan tempo yang disediakan, berpeluh juga. Walaupun berpeluh tapi tetap rasa selesa sebab dah pakai t-shirt innercasual, iC yang serap peluh.
Pakaian sukan jenama innercasual, iC ini boleh didapati di seluruh rangkaian AEON Malaysia. Koleksi ini memang selesa kerana menggunakan fabrik yang mesra alam dan diperbuat daripada 100 peratus kain kapas organik.
Sememangnya pakaian sebegini sangat sesuai digayakan ketika bersenam atau melakukan aktiviti riadah yang lain. Paling penting, koleksi innercasual, iC ini turut menyediakan pakaian yang sesuai digayakan oleh wanita yang berhijab.
Pertunjukan Fesyen Dalam MRT
Selesai bertinju di TRIBE Boxing Studio, kami bergerak menuju ke stesen MRT Surian untuk melihat sendiri koleksi baharu di pertunjukan fesyen AEON 2022 ini. Bukan calang-calang ya! Sungguh luar biasa, ada pertunjukan fesyen AEON 2022 di dalam gerabak MRT.
Sepanjang perjalanan dari Stesen MRT Surian hingga ke Stesen MRT Maluri kami disajikan dengan pertunjukan fesyen AEON 2022 yang bertemakan percutian.
Sebagai info, pertunjukan fesyen AEON 2022 kali ini menampilkan tiga trend yang telah dikenal pasti di kalangan pelanggan AEON ssepanjang endemik iaitu sukan, percutian dan koleksi pengantin.
Sebaik tiba di AEON Maluri, pertunjukan fesyen AEON 2022 yang terakhir bertemakan pengantin telahpun sedia menanti. Buat pertama kalinya AEON mempersembahkan koleksi pengantin dengan rekaan yang memukau dan yang paling penting dengan harga yang mampu milik.
Baca juga; Pemeriksaan Mamogram Percuma
Beruntung sungguh pengantin sekarang yang mempunyai banyak pilihan untuk meraikan hari bahagia mereka. Bak kata orang tepuk dada tanya selera dan yang paling penting tanya poket sendiri, kan.
Usai sudah pertunjukan fesyen AEON 2022 yang menampilkan koleksi pakaian yang sangat praktikal buat masyarakat Malaysia. Pihak AEON sangat mengambil berat tentang keperluan pelanggan kerana menawarkan pakaian tanpa mengira saiz badan, usia dan juga bajet. Patutlah kalau berkunjung ke mana-mana AEON susah nak dapat parking!
Baca juga; AEON Fashion Preview 2022
azni
bestnya ada experience tengok fesyen show dalam train
AEON Corp Comms
Terima kasih kerana berkongsi pengalaman menarik anda bersama AEON. Nice!
nettyahhiyer
Bestnya.. lama betul tak join event gini.. harap dapatlah gi satu hari nanti.