MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Wartawan
Bergaya Di Pagi Raya Dengan Kasut Larrie Koleksi Milano Flair
Diari Wartawan

Bergaya Di Pagi Raya Dengan Kasut Larrie Koleksi Milano Flair

duniamyzan March 22, 2023

Kasut Larrie | Semua kelengkapan untuk menyambut lebaran dah semakin lengkap. Tapi macam ada jer yang kurang. Rupanya belum beli lagi kasut raya. MJ memang suka pakai baju kurung dengan sneaker. Bukan saja nampak ranggi tapi paling penting selesa serta mampu menjaga kaki dan tulang belakang. Tahun ini MJ terpikat dengan koleksi terbaharu jenama sepatu terkenal, Larrie. Matching sangat dengan warna tema yang dipilih tahun ni. Terus rambang mata nak pilih yang mana satu.

Contents hide
1 Koleksi Larrie Milano Flair
2 Kasut Larrie Wanita
2.1 Pilihan Warna Kasut Larrie Perempuan
3 Kasut Larrie Lelaki
3.1 Pilihan Warna Kasut Larrie Lelaki
4 Di Mana Nak Beli Kasut Larrie

Macam tau-tau jer tengah usha kasut raya. Jenama Larrie telah memperkenalkan koleksi baharu bertemakan Milano Flair bersempena dengan Aidilfitri 2023. Memang cantik-cantik koleksi Milano Flair ni. Kalau tak percaya boleh tengok kat sini; larrieshoes.com dan larrieconceptstore.com. rambang mata kan? Tak tahu nak pilih yang mana satu kan.

Cantiknya warna lembut dari Kasut Larrie untuk koleksi raya ni.

Koleksi Larrie Milano Flair

Koleksi Milano Flair diilhamkan dari konsep yang menawan, ikonik dan mengikut peredaran gelombang permodenan dunia fesyen. Tengok saja warna yang dipersembahkan sangat memikat hati. Koleksi terbaharu Larrie ini tampil dengan warna rona romantis dan lembut seperti lemonade pink, romantic white, lucite green, royal blue, toasted almond, dan glacier grey. Percayakan, apa yang MJ cakap.

Konsep tema yang begitu indah ini diinspirasikan oleh unsur-unsur yang biasa dilihat pada musim bunga dan musim panas di Milan. Patutlah sejuk jer mata memandang kolesi Milano Flair ni. Memang sesuai sangat disarungkan di kaki pada pagi raya sewaktu berkunjung ke rumah sanak dan saudara.

Kasut Larrie Wanita

Peka dengan kehendak wanita yang mahu tampil anggun bergaya serta selesa, Larrie telah memperkenalkan rangkaian kasual yang cantik, cerah dan berwarna-warni untuk disuai padan pada Aidilfitri kelak.

Koleksi kali ini juga diinspirasikan dengan gaya Milano yang bergaya. Koleksi Milano Flair menampilkan;

  • Selipar,
  • Sandal (Larrie Sandal) dan
  • Mary Jane

Pilihan Warna Kasut Larrie Perempuan

  • Merah Jambu Limau
  • Biru Diraja
  • Putih Romantis

Kombinasi rekaan kasut dan warna ini mencipta rupa yang bergaya dan menawan. Bagi mencipta gaya anggun boleh menyarung kasut sneakers jenis wedge dengan tapak kasut yang tebal dan selesa. Sangat sesuai dipadankan dengan Baju Kurung atau Baju Kebaya.

Buat mereka yang memilih gaya kasual untuk menyambut Aidilfitri, Larrie menyediakan pilihan yang didatangkan bersama kusyen di dalam tapak kasut yang tebal dan lembut. Kelebihan ini membantu menyokong dan memberikan keselesaan pada kaki sepanjang hari.

Gaya ini sesuai untuk dipakai pada musim Aidilfitri yang sememangnya akan sentiasa berjalan bagi memenuhi jemputan kenalan dan keluarga tersayang.

Harga kasut larrie perempuan juga sangat berpatutan dengan rekaannya yang begitu elegan.

Harga produk bermula dari RM99.00 hingga RM399.00. 

Kasut Larrie Lelaki

Signifikan sebagai LARRIE for Him, Larrie menampilkan kasut yang bergaya, selesa serta sempurna untuk ziarah-menziarahi pada Syawal nanti. Musim ini, Larrie membawakan koleksi lebaran dengan tema warna musim bunga dan musim panas yang didorong oleh fesyen Milano yang terkenal dengan gayanya.

Sorotan koleksi lelaki musim ini termasuk;

  • Kasut Kulit,
  • Loafers dan
  • Slip-on

Pilihan Warna Kasut Larrie Lelaki

  • Kelabu Glasier
  • Jingga Tangerine
  • Badam Panggang
  • Kelabu Gelap

Bagi peminat kasut loafers kulit, koleksi untuk hari lebaran boleh didapati dalam warna semula jadi seperti coklat dan kelabu, menjadikannya sesuai untuk lelaki yang ingin kelihatan bergaya dan santai.

Menariknya, beberapa gaya loafer dan slip-on didatangkan dengan kusyen tumit terbina di dalam untuk serapan hentakan yang lebih baik selain membantu mengurangkan keletihan pada kaki.

Selesa dan praktikal, kasut ini sesuai dipadankan dengan sempurna bersama Baju Melayu atau dipadankan dengan seluar jeans untuk kunjung-mengunjung, raya bukankah disambut sebulan?

Di Mana Nak Beli Kasut Larrie

Selain di atas talian, koleksi Aidilfitri Larrie in boleh didapati di semua gedung membeli-belah utama di seluruh negara. Kasut Larrie juga boleh dibeli di Shopee, Lazada dan Zalora.

Untuk maklumat lanjut produk dan tips fesyen terkini, layari larrieconceptstore.com atau www.larrieshoes.com. 

Baca juga; Cara Pilih Minyak Wangi Untuk Pagi Raya

Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

Buffet Ramadan Selangor 2023, Selera Nusantara Di Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam
Buffet Ramadan Selangor 2023 | Beberapa hari lagi kita menyambut …

Buffet Ramadan Selangor 2023, Selera Nusantara Di Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam

Buffet Ramadan 2023 Menarik Di Fairfield By Marriott Kuala Lumpur
Buffet Ramadan 2023 | Bagi yang masih mencari lokasi berbuka …

Buffet Ramadan 2023 Menarik Di Fairfield By Marriott Kuala Lumpur

About The Author

duniamyzan

One Response

  1. azni

    dah tua-tua ni hahaha suka pakai kasut macam ni jer . yang penting selesa

    March 24, 2023

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
    Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini …
    September 6, 2023 0
  • 6 Cara Memilih Beras Yang Baik & Berkualiti
    6 Cara Memilih Beras Yang Baik & …
    September 4, 2023 0
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
    Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear …
    September 17, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh