Festival Durian Makan Sepuas Hati 2023 | Siapa ‘hantu durian’ mesti teruja bila ada pihak telah mengambil inisiatif mengumpulkan pelbagai jenis durian dalam satu masa. Institusi Kewangan Terbesar Malaysia, Maybank Berhad telah berkolaborasi dengan Agro Best Services Malaysia Sdn. Bhd, sebuah syarikat peruncit dan pengeksport durian premium Malaysia untuk merealisasikan impian rakyat Malaysia makan durian sampai lebam.
Kedua-dua pihak penganjur telah merancang festival gilang gemilang ini sejak setahun yang lalu.
Khabarnya festival ini telah mendapat sokongan yang amat menggalakkan. Sehinggakan tiket masuk Super Early Bird ke Festival Durian Makan Sepuas Hati 2023 untuk lokasi pertamanya, Komtar Walk Penang, telah habis dijual!
Jualan tiket Super Early Bird ini habis terjual dalam tempoh lima hari pertama selepas pelancaran jualan tiketnya di laman web dan media sosial. Menakjubkan! Usah lepaskan peluang untuk mendapatkan tiket masuk ke Festival Durian Makan Sepuas Hati 2023 sekarang juga. Kalau tak nanti kita tengok jer orang lain makan durian sepuas hati. Rugi besar tu!
Fakta Tentang Festival Durian Makan Sepuas Hati 2023
- Digelar sebagai Festival Durian yang tersebar di Malaysia dalam tahun 2023.
- Kerjasama antara MAE oleh Maybank2U dan Agro Best Services Malaysia Sdn Bhd
- Tapak tiket dalam talian pra-acara telah menerima kunjungan melebihi sejuta kunjungan bukan sahaja daripada netizen di Malaysia, malah juga kunjungan netizen dari negara jiran seperti di Indonesia, Singapura, Thailand, China dan Hong Kong.
Harga Tiket Yang Ditawarkan
Promosi Festival Durian Makan Sepuas Hati 2023 ini telah menawarkan peluang untuk menjamu durian sehingga 60 minit.
Harga tiket sangat berpatutan dengan harga serendah RM49.99 untuk tiket warga emas manakala RM59.99 untuk tiket dewasa semasa promosi ‘Super Early Bird’.
Untuk setiap pembelian tiket dewasa ataupun warga emas, kemasukan kanak-kanak di bawah adalah percuma!
Makan Durian Sampai Lebam
Terdapat 2 jenis pakej yang ditawarkan untuk menikmati durian di Festival Durian Makan Sepuas Hati 2023.
MAE Pakej Sedappp
MAE Pakej Sedappp yang ditawarkan akan menyajikan durian-durian kegemaran Malaysia seperti;
- Durian Kampung Kahwin,
- D24,
- D13,
- IOI dan
- Udang Merah
Pakej Sedappp Gilerrr
Pakej Sedappp Gilerrr, ia akan menyajikan durian;
- Durian Musang King bersama
- Durian-durian campuran seperti Super XO, D13, D99 dan Udang Merah.
Peluang Bawa Pulang Buah Durian
Khas untuk penggemar buah durian, untuk setiap pembelian tiket yang dibuat ke acara ini dan ‘reshare’ kandungan acara yang dibuat di di laman sosial Penang Foodie, KL Foodie dan Johor Foodie, netizen akan layak mendapat sebiji (1) durian untuk dibawa pulang.
Tawaran ini tertakluk kepada 100 orang yang pertama yang menebusnya dan sementara stok masih ada.
Lokasi Festival Durian Makan Sepuas Hati 2023
Pesta Durian ini akan disambut di tiga bandar utama, iaitu;
Pulau Pinang
KOMTAR Walk, Pulau Pinang, pada 27 & 28 Mei 2023 (Sabtu – Ahad).
Lembah Klang
Pusat Membeli-Belah IPC, Mutiara Damansara di Klang Valley pada 3 & 4 Jun 2023 (Sabtu – Ahad).
Johor
The Mall, Mid Valley Southkey, Johor Bahru pada 1 & 2 Julai 2023 (Sabtu – Ahad).
Pembelian Tiket
Tiket acara boleh dibeli daripada platform digital MAE oleh Maybank2 di; Festival Durian Makan Sepuas Hati
Platform lain yang tersedia ialah tapak e-dagang Agro Best Services
Baca juga artikel tentang Durian Yang Dijadikan Tempoyak Kacau Perak
azni
geng hantu durian ni kalau dapat join festival mcm ni mmg tak bangun lah kut noo