Belajar ICAEW di INTEC | Lepasan pelajar perakaunan yang ingin mencapai impian menjadi akauntan bertauliah tak perlu bimbang lagi. Ini kerana cara terbaik untuk mengapai impian kerjaya dengan mendapat pertauliahan yang diiktiraf antarabangsa ialah dengan menyambung pengajian di INTEC Education College.
Bagi memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan dan berdaya saing kepakaran akauntan bertauliah sangat diperlukan. Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 merupakan salah satu dasar kerajaan yang berhasrat melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang tahun 2030.
Sehingga kini, terdapat 35,328 ahli yang berdaftar dengan Institut Akauntan Malaysia (MIA).
Justeru, belajar di Kolej Pendidikan Antarabangsa INTEC adalah pilihan yang tepat kerana merupakan institusi yang diiktiraf oleh antarabangsa dalam bidang perakaunan.
INTEC juga memiliki reputasi yang sangat baik dalam melahirkan ramai graduan dan profesional yang cemerlang.
INTEC Education College
- INTEC merupakan institusi swasta dibawah naungan Universiti Teknologi Mara (UiTM)
- Terletak di Seksyen 17, Shah Alam, INTEC merupakan pusat persediaan pelajar-pelajar ke universiti-universiti di luar negara seperti di United Kingdom, Australia, New Zealand, Jerman, Perancis, Jepun, Korea dan negara-negara Timur Tengah.
- Pada tahun awal penubuhannya iaitu pada 1983, ia dikenali sebagai Pusat Pendidikan Persediaan (PPP).
- Namun, pada tahun 2000, nama pusat ini telah ditukar kepada Program Persediaan Luar Negeri (PPLN) sebelum akhirnya menjadi INTEC Education College pada tahun 2021 sehingga kini.
Program Professional Accountancy, INTEC
INTEC menawarkan pelbagai program untuk peringkat Pra-Universiti, Diploma dan Professional Accountancy.
Antara program yang mendapat pengiktirafan tertinggi adalah program Professional Accountancy.
Program Professional Accountancy ini boleh diambil secara sepenuh masa (full time) atau secara sambilan (part time).
Professional Accounting Centre (PAC) di INTEC
Di INTEC, Program Professional Accountancy ini dikendalikan oleh PAC (Professional Accounting Centre). PAC di INTEC telah berjaya mengeluarkan ramai akauntan bertauliah yang lebih dikenali sebagai Chartered Certified Accountants.
Modul pengajian di PAC ini telah disahkan sebagai BPP Certified Tution Provider. Oleh itu, semua bahan-bahan pembelajaran secara automatiknya diiktiraf oleh ICAEW.
Pensyarah-pensyarah di PAC juga bukan calang-calang orangnya. Kesemuanya mempunyai pelbagai pengalaman luas dan pernah bekerja sebagai juru audit luaran (external auditor), juru audit dalaman (internal auditor), akauntan, financial controller, financial analysts dan banyak lagi.
Selain dari pensyarah yang berpengalaman, PAC juga mempunyai pensyarah muda yang lebih energetic dan bersedia membimbing pelajar secara peribadi. Maka, pelajar akan merasa lebih selesa untuk berinteraksi dengan pensyarah.

ICAEW di INTEC
Apakah itu ICAEW?
ICAEW adalah singkatan untuk Institute of Chartered Accountants in England and Wales. Program ini bertujuan untuk membekalkan pelajar dengan kemahiran praktikal dan profesional dalam bidang perakaunan.
Program ICAEW di INTEC terdiri daripada beberapa tahap pengajian dan meliputi tajuk-tajuk seperti perakaunan kewangan, audit, cukai, pengurusan kewangan, dan undang-undang perniagaan.
Pelajar yang menamatkan program ini akan memperoleh lesen perakaunan dari Badan Perakaunan Inggeris dan Wales, yang merupakan lesen perakaunan yang diiktiraf di seluruh dunia.
Selain itu, program ICAEW di INTEC juga menawarkan pengalaman praktikal yang meliputi latihan di firma-firma perakaunan terkemuka di Malaysia, yang memberikan pelajar pengalaman praktikal yang bermakna dan memperluaskan jaringan profesional mereka.
Program ICAEW di INTEC menekankan pengajaran berdasarkan aplikasi dan kemahiran praktikal, serta mempunyai kurikulum yang mengintegrasikan pembelajaran teori dan praktikal.
Hal ini membolehkan pelajar memahami konsep perakaunan dalam konteks dunia perniagaan yang sebenar dan mempersiapkan mereka untuk memulakan kerjaya dalam bidang perakaunan.
Ia adalah satu kualifikasi untuk menjadi akauntan bertauliah. Akauntan bertauliah ICAEW (ICAEW Chartered Accountants) telah diiktiraf secara global dan berada di dalam Boards of 78% FTSE 100 Companies.
Kelebihan ICAEW
Banyak kelebihan ICAEW ini. Antaranya ialah:
- Maksimum 4 kali percubaan peperiksaan untuk Tahap Sijil & Profesional.
- Tiada had percubaan peperiksaan untuk Tahap Maju.
- Markah lulus hanya 55 peratus untuk Tahap Sijil & Profesional. Manakala markah lulus Tahap Maju ialah 50 peratus.
- Pelajar akan dibimbing oleh majikan yang bertauliah ICAEW sekurang-kurangnya selama tiga tahun.
- Pelajar-pelajar ICAEW amat mudah mendapat pekerjaan selepas graduasi disebabkan oleh permintaan yang tinggi. Kebanyakan pelajar ICAEW akan bekerja di Firma Big4 (Big4 Firms) iaitu EY, KPMG, Deloitte dan PWC.
- ICAEW adalah kualifikasi yang berasal dari United Kingdom (UK). Oleh itu, pelajar-pelajar ICAEW boleh memohon untuk bekerja di syarikat-syarikat berpengkalan di UK.
- Ahli-ahli ICAEW boleh meletakkan huruf ACA selepas nama mereka.

Syarat Belajar ICAEW di INTEC
Sebelum menjadi akauntan bertauliah ICAEW (ICAEW Chartered Accountants), pelajar hendaklah terlebih dahulu lulus ACA (Association of Chartered Accountants). Pelajar juga perlu melengkapkan sekurang-kurangnya tiga tahun ‘on job training’ serta lulus beberapa siri peperiksaan. Secara asasnya, ACA terbahagi kepada empat elemen:
- Pengalaman bekerja selama 450 hari.
- 15 modul peperiksaan.
- Pembangunan Profesional. (Professional Development)
- Etika dan professional skeptikal. (Ethics and professional scepticism)
Untuk 15 modul peperiksaan pula, ia terbahagi kepada tiga tahap:
- Certificate Level
- Professional Level
- Advanced Level
Sehingga ke hari ini, PAC telah berjaya menghasilkan ICAEW CFAB Order of Merit. Order of Merit adalah penganugerahan tertinggi kepada pelajar yang mendapat markah tertinggi di dalam peperiksaan ICAEW CFAB & ACA.
Harus diingat, pelajar-pelajar INTEC bersaing dengan pelajar-pelajar dari seluruh dunia untuk mendapatkan Order of Merit ini.
Kenapa Perlu Pilih INTEC ICAEW
Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif
INTEC menawarkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan moden. Kemudahan-kemudahan termasuk makmal komputer, perpustakaan, ruang kuliah yang selesa dan juga kemudahan asrama untuk pelajar.
Kekuatan Pelajar Antarabangsa
INTEC mempunyai jumlah pelajar antarabangsa yang besar, yang berasal dari lebih 60 negara di seluruh dunia. Ini membolehkan pelajar INTEC memahami dan menghargai budaya dan pandangan yang berbeza, dan membina rangkaian jaringan global yang kukuh.
Fokus Pada Pembangunan Pelajar
INTEC fokus pada pembangunan pelajar secara holistik, yang merangkumi pembangunan akademik, kebolehan interpersonal dan kemahiran kerjaya. Ini membantu pelajar mempersiapkan diri untuk menghadapi pasaran pekerjaan yang kompetitif dan dinamik.

Kejayaan Bekas Pelajar
Kelebihan ICAEW ini memang tidak dapat dinafikan lagi. Ramai tokoh korporat tersohor Malaysia seperti Datuk Seri Tony Fernandes (CEO of AirAsia Group) dan Tan Sri Hassan Marican (Mantan Presiden dan CEO Petronas) memiliki kualifikasi ICAEW ini.
Oleh itu, kepada pelajar yang bercita-cita untuk menjadi akauntan bertauliah pada suatu hari nanti, Intec ada menawarkan program yang boleh merealisasikan impian anda. Sungguh bertepatan dengan motto Intec: ‘THINK FUTURE, THINK INTEC’
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang https://intec.edu.my
Baca juga; Melatih Anak Sifat Kepimpinan
Netty Ah Hiyer
Bagus ni infonya untuk anak-anak lepasan sekolah.
wawa azwa
Info sangat bermanfaat. Mungkin ramai yg belum tau kan.
sofea
info yang berguna untuk sesiapa yg berminat dlm bidang perakaunan..
Sunshine Kelly
Bagus untuk yang nak lanjut belajar dalam bidang akauntan, nanti i share info ni