MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Wartawan
MAIS Suntik Semangat Patriotik Anjur Ziarah Merdeka
Diari Wartawan

MAIS Suntik Semangat Patriotik Anjur Ziarah Merdeka

duniamyzan August 29, 2023

Bagi menzahirkan rasa syukur dalam menikmati kemakmuran negara yang dikecap Majlis Agama Islam Selangor – MAIS Anjur Ziarah Merdeka. Bersempena bulan kemerdekaan yang disambut pada setiap bulan Ogos MAIS turut tidak ketinggalan untuk terus menyemarakkan lagi semangat patriotik kepada seluruh masyarakat. Bagi memupuk semangat cintakan negara MAIS telah mengambil inisiatif untuk mengedarkan program edaran sebanyak 3,010 bendera Jalur Gemilang kepada Jabatan-jabatan Hal Ehwal islam Selangor (JHEIS), agensi dan anak syarikat MAIS. Pelancaran majlis ini telah disempurnakan oleh Pengerusi MAIS, YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof di perkarangan Ibu Pejabat MAIS di Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam.

Contents hide
1 MAIS Anjur Ziarah Merdeka
1.1 Pusat Dialysis MAIS
1.2 Rumah Puteri Arafiah
1.3 Rumah Perlindungan Muallaf Baitul Salam
2 Perbezaan Antara MAIS Dan JAIS
2.1 MAIS
2.1.1 Perkhidmatan MAIS
2.1.2 Latar Berlakang MAIS
2.1.3 Fungsi MAIS
2.2 JAIS

Daripada 3,010 bendera Jalur Gemilang itu, sebanyak 3,000 bendera pelekat kenderaan dan 10 bendera Jalur Gemilang diedarkan kepada warga kerja JHEIS yang terdiri daripada;

  • Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
  • Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS)
  • Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
  • Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS)

Jalur Gemilang turut diberikan kepada warga kerja MAIS, agensi dan anak syarikat MAIS iaitu;

  • Lembaga Zakat Selangor (LZS)
  • Perbadanan Wakaf Selangor (PWS)
  • Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
  • Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE)
  • Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd (TERAS)
  • Bakti Suci Holdings Sdn. Bhd.
MAIS Anjur Ziarah Merdeka

MAIS Anjur Ziarah Merdeka

Dalam ucapan Pengerusi MAIS, YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof menyeru agar semua masyarakat perlu menghayati erti kemerdekaan. “Kemerdekaan adalah satu kejayaan yang telah dicapai oleh negara kita sepanjang 66 tahun. Kegemilangan dan semangat ini hendaklah disemarakkan agar semangat cintakan negara dan mengingati kejayaan peluang kemerdekaan sentiasa disemarakkan. Semangat cintakan agama, bangsa dan negara hendaklah sentiasa terpahat di dada kita semua,” katanya penuh semangat.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS, YAD Dato’ Dr. Haji Anhar Haji Opir, Tuan Zainor Rashid Hassin, Ketua Pendakwa Syarie, JPSS; Encik Hasnul Redza Abdul Rahim, Pengurus Besar TERAS dan Encik Mohd Nuri Abdul Aziz, Pengurus Besar BSHSB.

Selepas majlis penyerahkan bendera Jalur Gemilang, MAIS anjur ziarah merdeka ke tiga buah pusat iaitu Pusat Dialysis MAIS, Rumah Puteri Arafiah dan Rumah Perlindungan Muallaf Baitul Salam.

Pusat Dialysis MAIS

Ziarah kali ini menuju ke Pusat Dialysis MAIS yang terletak di Lot 2G13-2G16, Wisma MAIS, Seksyen 3, Shah Alam.

Rumah Puteri Arafiah

Rumah Puteri Arafiah (RPA) merupakan institusi yang menyediakan perlindungan,pemulihan dan bimbingan kepada remaja-remaja perempuan yang telah terjebak dengan masalah sosial, penganiayaan dan pengabaian. RPA telah mula beroperasi pada April 2011 di bawah kendalian Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS).

Rumah Perlindungan Muallaf Baitul Salam

Baitus Salam merupakan tempat perlindungan yang bersifat sementara kepada asnaf muallaf. Ia bertindak seperti sebuah pusat komuniti kepada muallaf bagi menyusun semula hala tuju seorang muallaf apabila memeluk agama Islam atau ketika ditimpa sesuatu musibah. Ini memberi suatu transformasi kepada kebajikan muallaf di Negeri Selangor.

Setiap rumah masing-masing menerima 100 bendera Jalur Gemilang bagi tujuan menyerakkan semangat kemerdekaan yang akan disambut pada 31 Ogos 2023 nanti.

Perbezaan Antara MAIS Dan JAIS

MAIS

Menurut seksyen 6 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) merupakan pihak berkuasa utama agama Islam di Negeri Selangor dan bertanggungjawab menasihati Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor untuk semua perkara berhubung agama Islam kecuali perkara berkaitan hukum syarak dan pentadbiran keadilan.

Sebagai pihak berkuasa, MAIS bertanggungjawab menetapkan dasar-dasar yang berkaitan agama Islam.  MAIS juga mempunyai kewajipan menurut seksyen 7 enakmen yang sama untuk membantu dan mengusahakan kemajuan dan kesejahteraan ekonomi dan sosial masyarakat Islam di Negeri Selangor selaras dengan hukum syarak.

Selaras dengan kewajipan tersebut, MAIS bertanggungjawab dalam  penjagaan mualaf, pemulihan dan pengawalan Riqab dan mentadbir harta baitulmal yang terletak hak ke atas MAIS.  Selain itu, MAIS turut memberi perkhidmatan lain termasuk pengurusan fidyah, bantuan guaman syarie dan konsultasi perundangan, sewaan hartanah dan sebagainya.

Perkhidmatan MAIS

  • Wasiat
  • Hibah
  • Pengamanahan
  • Harta Pusaka (Cara Kiraan Faraid)
  • Harta Luqatah
  • Wang Tidak Patuh Syariah
  • Wang Orang Berhutang
  • Fidyah
  • Kaffarah
  • Sedekah
  • Al-Riqab
  • Rumah Pemulihan Majlis
  • Muallaf
  • Bantuan Guaman Syarie & Konsultasi Perundangan
  • Sewaan Hartanah

Latar Berlakang MAIS

MAIS merupakan satu entiti pertubuhan perbadanan (a body corporate) menurut Seksyen 5(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. Pada 1 Mac 2005, Pentadbiran Bahagian Pengurusan Baitulmal (BPB) telah dipindahkan dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke MAIS dan telah disahkan oleh Mesyuarat MAIS pada 14 April 2005.

Pengasingan ini adalah menepati kehendak peruntukan Seksyen 81(3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang menyatakan bahawa MAIS berkuasa untuk mentadbir dan berhak kepada semua wang dan harta Baitulmal.

Fungsi MAIS

Pada awal penubuhannya, fungsi MAIS adalah untuk menasihati DYMM Sultan sebagaimana diperuntukkan dalam Seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam 1952 (Enakmen No. 3 Tahun 1952). Walau bagaimanapun, pada tahun 2003, fungsi MAIS tersebut telah dimansuhkan dan digantikan dengan Seksyen 6 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

JAIS

Manakala Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pula adalah suatu jabatan di bawah Kerajaan Negeri yang bertindak sebagai agensi pelaksana terhadap undang-undang yang berkaitan agama Islam dan segala dasar yang diputuskan oleh MAIS.

JAIS berperanan membantu MAIS menegakkan syiar Islam serta menjaga hal ehwal umat Islam di Negeri Selangor seperti nikah, cerai dan ruju’, pendidikan Islam, pengurusan Tauliah bagi pengajaran agama Islam, pengurusan masjid dan surau dan pengurusan dakwah   tertakluk kepada undang-undang yang berkuat kuasa serta ketetapan dasar MAIS sebagai pihak berkuasa utama agama Islam di Negeri Selangor.

Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

Jalan-Jalan Di AEON Mall Bukit Tinggi Menjelang Tahun Baru Cina 2023
AEON Mall Bukit Tinggi | Dah lama sangat tak berkunjung …

Jalan-Jalan Di AEON Mall Bukit Tinggi Menjelang Tahun Baru Cina 2023

Cara Berkesan Turun Berat Badan Dengan KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS
Program Kitsui Meal Replacement Plus | Tahun 2023 baru sahaja …

Cara Berkesan Turun Berat Badan Dengan KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS

About The Author

duniamyzan

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    September 17, 2023 0
  • Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara Sistematik
    Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara …
    August 23, 2023 0
  • 8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di Malaysia
    8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di …
    August 26, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh