MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Rohani
Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara Sistematik
Diari Rohani

Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara Sistematik

duniamyzan August 23, 2023

Sebagai orang Islam kita wajib ambil tahu tentang cara kiraan faraid ini. Asas pembahagian harta pusaka ini sepatutnya berlandaskan kasih sayang. Namun apabila waris kurang berilmu dan tidak memainkan peranan dan menjalankan tanggungjawab yang sewajarnya itu yang menyebabkan perselisihan antara waris atau ahli keluarga. Islam telah menjelaskan jumlah atau bahagian yang diperolehi setiap waris dengan terperinci. Tiada istilah tidak adil dalam pembahagian harta pusaka mengikut faraid jika tahu hak masing-masing.  

Contents hide
1 Harta Pusaka
1.1 Harta Milik Si Mati (Harta Pusaka)
1.2 Harta Pusaka Termasuk
1.3 Harta Pusaka Tidak Termasuk
1.4 Langkah Awal Pengurusan Harta Pusaka
1.5 Hak Berkaitan Harta Pusaka
2 Kaedah Pembahagian Harta Pusaka
2.1 Ilmu Faraid
2.2 Kepentingan Ilmu Faraid
2.3 Cara Kiraan Faraid
2.3.1 Kadar Asas Kiraan Faraid (Waris Fardu)
2.3.1.1 Satu Perdua (½)
2.3.1.2 Satu Pertiga (⅓)
2.3.1.3 Satu Perempat (¼)
2.3.1.4 Dua Pertiga (⅔)
2.3.1.5 Satu Perenam (1/6)
2.3.1.6 Satu Perlapan (⅛)
2.3.1.7 Satu Pertiga Baki (⅓ Baki)
2.3.2 Contoh Kiraan Faraid
2.3.3 Faraid Kalkulator Online
3 Waris
3.1 Hak Pemilikan Waris
3.2 Halangan Waris Menerima Harta Pusaka
4 Penyelesaian Harta Pusaka
4.1 Punca Kelewatan Penyelesaian Harta Pusaka
4.2 Kesan Kelewatan Penyelesaian Harta Pusaka

Harta Pusaka

Definisi harta pusaka ialah segala apa yang menjadi kepunyaan si mati di masa hidupnya, kemudian ditinggalkan untuk waris-warisnya sama ada harta benda, hak-hak dan apa yang termasuk dalam miliknya setelah dia mati. Harta pusaka juga adalah pemilikan kekal sampai meninggal dunia.

Harta Milik Si Mati (Harta Pusaka)

  • Harta tak alih – tanah, dusun, bendang, rumah, kondominium dan lain-lain.
  • Harta alih – wang simpanan, saham, binatang ternakan, kenderaan dan lain-lain.
  • Hasil daripada harta – sewa, dividen, bonus dan lain-lain.
  • Barangan peribadi.
  • Harta yang diperoleh daripada usaha si mati semasa hayatnya.

Harta Pusaka Termasuk

  • Hutang kepada si mati yang dijelaskan selepas kematian.
  • Dividen/faedah yang lahir daripada harta si mati.
  • Sewa yang belum dijelaskan kepada si mati.
  • Harta penama seperti KWSP dan Takaful (bagi muslim).
  • Semua harta si mati yang diperoleh secara halal.

Harta Pusaka Tidak Termasuk

  • Harta yang telah diberi, dijual, diwakaf dan yang dipegang amanah
  • Khairat kematian
  • Pemberian orang yang menziarahi kematian/jenazah
  • Faedah kematian/amaun tambahan KWSP
  • Imbuhan/pampasan/saguhati
  • Gratuity atau pencen terbitan
  • Bayaran PERKESO (SOCSO)
  • Harta yang dipinjam

Langkah Awal Pengurusan Harta Pusaka

  • Kenal pasti waris
  • Tahu kadar setiap waris
  • Kenal pasti harta si mati
  • Adakan perbincangan

Hak Berkaitan Harta Pusaka

Perkara-perkara berikut perlu diberikan perhatian dan penekanan dalam menyegerakan dan mengurus pembahagian harta iaitu;

  1. Perbelanjaan atau kos pengurusan jenazah.
  2. Pelunasan hutang si mati dan tuntutan harta sepencarian.
  3. Pelaksanaan wasiat.
  4. Hak waris atau pembahagian harta pusaka kepada waris-waris.
cara kiraan faraid

Cara Pengurusan Jenazah Wanita Di Rumah

Kaedah Pembahagian Harta Pusaka

Apakah itu faraid? Islam telah menetapkan kaedah pembahagian harta pusaka yang dinamakan faraid.

Ilmu Faraid

Faraid berasal daripada perkataan dalam bahasa Arab yang asalnya daripada perkataan fardh yang bermaksud al-taqdir (yang ditentukan). Ilmu faraid adalah ilmu pembahagian harta pusaka (pewarisan) atau ilmu yang berkaitan dengan harta peninggalan si mati. Ia adalah gabungan kaedah fiqh dan matematik yang membolehkan hak setiap waris diketahui daripada pengiraan yang dilakukan.

Kepentingan Ilmu Faraid

Ilmu faraid adalah salah satu daripada cabang ilmu fiqh yang sangat diambil berat dan dipandang tinggi dalam Islam. Rasululllah s.a.w. sangat menuntut kita mempelajari ilmu faraid dan tidak mengabaikannya. Hadis daripada daripada Abdullah bin Mas’ud r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

تعلَّموا الفرائضَ وعلِّموها الناسَ ، تعلَّموا القرآنَ وعلِّموه الناسَ؛ فإِنَّي امرؤٌ مقبوضٌ ، والعلمُ سينقبِضُ ، وتظهرُ الفتنُ ، حتى يختلِفَ اثنانِ في فَريضَةٍ ، لا يجدانِ أحدًا يَفْصِلُ بينَهما

Yang bermaksud: “Pelajarilah faraid dan ajarkanlah ia kepada manusia, pelajarilah al-Quran dan ajarkanlah ia kepada manusia,. Sesungguhnya aku adalah manusia yang akan digenggam (diwafatkan) dan sesungguhnya ilmu tersebut akan digenggam (dicabut), dan nanti akan timbul fitnah-fitnah, sehingga nanti apabila dua orang berselisih mengenai pembahagian harta pusaka, tidak ada orang yang dapat menyelesaikan antara kedua-duanya.” (Riwayat al-Nasa’ie).

Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia

Cara Kiraan Faraid

Kadar Asas Kiraan Faraid (Waris Fardu)

Satu Perdua (½)
Bil.WarisSyarat
1SuamiTidak ada keturunan ke bawah
21 Anak PerempuanTidak ada anak lelaki
31 Cucu PerempuanTidak ada
i- Anak lelaki/perempuan
ii. Cucu lelaki
41 Saudara Seibu Sebapa Perempuan (SIBP)Tidak ada
i. Bapa
ii. Datuk
iii. Keturunan ke bawah
iv. Saudara seibu sebapa lelaki(SIBL)
51 Saudara Sebapa Perempuan (SBP)Tidak ada
i. Bapa
ii. Datuk
iii. Keturunan ke bawah
iv. Saudara seibu sebapa lelaki/perempuan (SIBL/P)
v. Saudara sebapa lelaki (SBL)
Satu Pertiga (⅓)
Bil.WarisSyarat
1IbuTidak ada
i. Keturunan ke bawah
ii. Berbilang saudara sama ada SIB/SB/SI lelaki/perempuan
22 Saudara Seibu Lelaki/Perempuan atau LebihTidak ada
i. Keturunan ke bawah
ii. Keturunan lelaki ke atas
Satu Perempat (¼)
Bil.WarisSyarat
1SuamiAda keturunan ke bawah
2IsteriTidak ada keturunan ke bawah
Dua Pertiga (⅔)
Bil.WarisSyarat
12 Anak Perempuan atau LebihTidak ada anak lelaki
22 Cucu Perempuan atau LebihTidak ada
i. Cucu lelaki
ii. Anak lelaki/perempuan
32 Saudara Seibu Sebapa Perempuan (SIBP) atau LebihTidak ada
i. Bapa
ii. Datuk
iii. Keturunan ke bawah
iv. Saudara seibu sebapa lelaki (SIBL)
42 Saudara Sebapa Perempuan (SBP) atau LebihTidak ada
i. Bapa
ii. Datuk
iii. Keturunan ke bawah
iv. Saudara seibu sebapa lelaki/perempuan (SIBL/P)
v. Saudara sebapa lelaki (SBL)
Satu Perenam (1/6)
Bil.WarisSyarat
1BapaAda keturunan ke bawah
2Ibui. Ada keturunan ke bawah
ii. Ada berbilang saudara sama ada: SIB, SB, SI lelaki/perempuan
3Datuki. Ada keturunan ke bawah
ii. Tidak ada bapa
iii. Tidak ada Saudara SIB/SB
4NenekSebelah ibu – Tidak ada ibu
Sebelah bapa – Tidak ada ibu dan bapa
5Cucu Perempuani. Ada 1 anak perempuan
ii. Tidak ada anak lelaki/cucu lelaki
6Saudara Sebapa Perempuan (SBP)i. Ada 1 saudara seibu sebapa perempuan (SIBP)
ii. Tidak ada keturunan ke bawah
iii. Tidak ada bapa/datuk
iv. Tidak ada SIBL dan SBL
71 Saudara Seibu sama ada Lelaki/Perempuan (SIL/P)i. Tidak ada keturunan ke bawah
ii. Tidak ada keturunan lelaki ke atas
Satu Perlapan (⅛)
Bil.WarisSyarat
1IsteriAda Keturunan ke bawah
Satu Pertiga Baki (⅓ Baki)
Bil.WarisSyarat
1IbuSekiranya si mati meninggalkan
i. Ibu, bapa dan suami
ii. Ibu, bapa dan isteri

Contoh Kiraan Faraid

Sebagai contoh, bahagian isteri telah ditetapkan sebanyak ¼ bahagian sekiranya si mati tiada anak, dan telah ditetapkan sebanyak ⅛ bahagian sekiranya si mati meninggalkan anak.

Faraid Kalkulator Online

Kini urusan pengurusan harta lebih mudah dengan adanya faraid kalkulator online. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) antara badan yang membantu menguruskan harta pusaka ini ada sistem kiraan yang boleh dibuat secara online. Faraid Kalkulator Online MAIS

Waris

  1. Waris Fardu
  2. Waris Asobah
    • Asobah Bi al-Nafsi
    • Asobah Bi Ghairi
    • Asobah Ma al-Ghairi
  3. Dhawi al-Arham

Hak Pemilikan Waris

Hak pemilikan waris bersandarkan kepada;

  • Hubungan darah
  • Akad perkahwinan
  • Hamba (sekarang sudah tidak ada)
  • Baitulmal

Syarat menerima harta pusaka ialah waris mesti hidup ketika si mati meninggal dunia.

Halangan Waris Menerima Harta Pusaka

  1. Pembunuhan
  2. Murtad
  3. Perhambaan
  4. Anak zina
  5. Anak Lian (L’ian menurut istilah fikah (hukum syarak) ialah sumpah seorang suami apabila ia menuduh isterinya melakukan zina. Sumpah itu diucapkan sebanyak empat kali, bahawa tuduhan itu benar dan pada sumpah yang kelima ia meminta kutukan daripada Allah s.w.t. sekiranya ia berdusta.
    Li’an dari segi bahasa ialah menghalau dan menjauhkan. Manakala dari segi istilah ialah beberapa perkataan tertentu yang digunakan sebagai hujah oleh orang yang terpaksa menuduh orang yang mencemarkan tempat tidurnya dan memberi malu kepadanya sebagai berzina. – Sumber: Laman Web Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan).
Foto Kredit: CANVA

Amalan Zikir Sepanjang Anak Menghadapi Peperiksaan

Penyelesaian Harta Pusaka

Punca Kelewatan Penyelesaian Harta Pusaka

  1. Suka bertangguh.
  2. Terlalu bersopan.
  3. Tiada pengetahuan dan tak prihatin
  4. Bergantung kepada pihak tertentu.
  5. Pertelingkahan dalam kalangan waris.
  6. Tamak dan penting kan diri sendiri.
  7. Tiada perancangan harta semasa hidup.

Kesan Kelewatan Penyelesaian Harta Pusaka

  1. Bilangan waris semakin bertambah.
  2. Berlaku perbalahan dalam kalangan waris.
  3. Harta pusaka tidak diurus dan terbiar.
  4. Memakan dan menguasai harta secara batil.
  5. Hutang tak dijelaskan.
  6. Wasiat tak disempurnakan.

Sumber: Seminar Harta Pusaka – Penyambung Silaturrahim anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 21 Ogos 2023 di Dewan Syarahan Dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam

Baca juga; Kesedaran Terhadap Faraid dan Kelebihan Bulan Zulhijjah

Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article

Related Articles

7 Amalan Hebat Seawal Subuh Buka Pintu Rezeki
Waktu Subuh sememangnya suasana yang tenang dan waktu paling mustajab …

7 Amalan Hebat Seawal Subuh Buka Pintu Rezeki

Cara Pengurusan Jenazah Wanita Di Rumah, Apa Yang Perlu Dilakukan
Pengurusan Jenazah Wanita | Sesungguhnya kematian itu pasti. Cuma tidak …

Cara Pengurusan Jenazah Wanita Di Rumah, Apa Yang Perlu Dilakukan

About The Author

duniamyzan

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
    Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini …
    September 6, 2023 0
  • 6 Cara Memilih Beras Yang Baik & Berkualiti
    6 Cara Memilih Beras Yang Baik & …
    September 4, 2023 0
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
    Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear …
    September 17, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh