Waktu Subuh sememangnya suasana yang tenang dan waktu paling mustajab untuk berdoa. Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda: “Allah turun ke langit dunia setiap malam pada ⅓ malam terakhir. Allah lalu berfirman, Siapa yang berdoa kepada-Ku nescaya Aku kabulkan! Siapa yang meminta kepada-Ku nescaya Aku beri! Siapa yang meminta ampun kepada-Ku tentu Aku ampuni. Demikianlah keadaannya hingga terbit fajar,”. (HR. Bukhari no. 145 dan Muslim no. 758).
Sangat rugi mereka yang tidak bangun awal untuk berdoa lebih-lebih lagi sepertiga malam yang terakhir. Menurut Asatizah amalan paling minimum adalah dengan mengerjakan solat tahajud sebanyak 2 rakaat dan solat sunat Witir sebanyak 1 rakaat. Itu pun sudah memadai.
Amalan Yang Dianjurkan Sebelum Solat Subuh
Amalan bangun awal pagi ini sememangnya dituntut oleh agama. Ramai tokoh yang berjaya juga turut mengamalkan tabiat bangun awal pagi. Jadi ini adalah antara amalan yang boleh dipraktikkan sebelum memulakan aktiviti seharian. Amalan pagi awal pagi juga dikaitkan dengan rezeki yang melimpah-ruah.
No. | Sebelum Solat Subuh | Solat Subuh |
---|---|---|
1. | Bangun sebelum waktu Subuh | Qabliyah Subuh |
2. | Memakai pakaian bersih | Solat Subuh |
3. | Qadha hajat | Doa (Nabi, Sahabat & Solihin) |
4. | Wudhu | Tasbih & zikir |
5. | Mandi/ mandi hadas (jika perlu) i. Kesegaran ii. Untuk beribadat iii. Elak sihir | Baca Al-Quran |
6. | Pergi masjid (terutama untuk lelaki) | Tafakur & muraqabah |
7. | Masuk masjid (niat beriktikaf) |
Amalan Yang Dianjurkan Sebelum Waktu Zohor
Tempoh waktu ini ramai yang sudah sibuk melakukan aktiviti harian. Sebaik-baiknya cuba mengambil masa sebentar untuk mengamalkan amalan yang dianjurkan ini mengikut kemampuan masing-masing.
Umpamanya jika tidak mampu melakukan solat Dhuha 8 atau 6 rakaat, cukup hanya melakukan 2 rakaat sahaja.
Manakala setiap hari Isnin, Khamis dan Jumaat disunatkan memotong kuku. Ikuti cara memotong kuku menurut Islam. Amalan yang memotong kuku yang kedua dikatakan tak putus rezekinya.
No. | Antara Waktu Syuruk & Zohor |
---|---|
1. | Solat sunat Isyraq. (Waktunya ialah tambah (+) 17 minit waktu syuruk. Tempohnya tak panjang cuma 15 minit sahaja). |
2. | Solat Sunat Istikharah. (Solat ini bertujuan untuk diberi petunjuk dan perlindungan sebelum melakukan aktiviti harian). |
3. | Solat Sunat Dhuha. |
4. | Belajar ilmu yang bermanfaat. (Kuliah Dhuha) |
5. | Ibadah sunat. |
6. | Amal bakti. |
7. | Qailullah (tidur sebentar sebelum waktu zohor) |
Cadangan Amalan Waktu Zohor & Asar
Sekitar waktu ini kebiasaannya orang ramai sibuk dengan aktiviti harian. Usah abaikan solat sunat Qabliyah dan Ba’diyyah kerana besar pahala melakukannya.
No. | Amalan Waktu Zohor | Amalan Waktu Asar |
---|---|---|
1. | Qabliyyah Zohor Solat Zohor Ba’diyyah Zohor | Qabliyyah Asar Solat Asar |
2. | Belajar ilmu bermanfaat Khidmat guru Baca Al-Quran Zikir Urusan Diri | Belajar ilmu bermanfaat Khidmat guru Baca Al-Quran Zikir Urusan Diri |
Cadangan Amalan Waktu Maghrib & Isyak
Perbanyakkan amalan zikir untuk mencukupkan bilangan zikir harian ketika waktu ini. Mengerjakan solat sunat Awwabin juga sangat dituntut selepas melakukan solat sunat ba’diyyah Maghrib.
No. | Amalan Waktu Maghrib | Amalan Waktu Isyak |
---|---|---|
1. | Di masjid baca Al-Quran. Zikir. | Qabliyyah Isyak Solat Isyak Ba’diyyah Isyak |
2. | Solat Maghrib Ba’diyyah Maghrib | Kuliah Maghrib Baca Al-Quran Zikir |
3. | Solat sunat Awwabin | Solat sunat Witir |
Petua Kejut Bangun Pagi
Ada satu amalan yang boleh dipraktikkan untuk mengejutkan kita pada waktu yang diingini. Petua kejut bangun pagi ialah dengan membaca Surah Al-Kahfi ayat 107 – 110 sebelum tidur. Insyaallah, kita akan ‘dikejutkan’ dengan apa cara sekali pun. Tetapi, dengan syarat jangan tidur semula selepas dikejutkan.
Amalan yang Dianjurkan Ketika ⅓ Malam
Amalan di waktu malam telah dibahagikan kepada 3. Terpulang kepada individu untuk memilih bagi melakukan qiamullail. Baca doa tahajud dengan lembut dan mendayu-dayu sehingga boleh menitiskan air mata.
No. | Amalan ⅓ Malam |
---|---|
1. | Solat sunat Tahajjud |
2. | Solat sunat Taubat |
3. | Solat sunat Tasbih |
4. | Solat sunat Istikharah |
5. | Solat sunat Hajat |
Baca juga; Kelebihan Bulan Zulhijjah terutama 10 hari yang terawal.
Sumber: Kuliah Dhuha oleh Ustaz Muhadir Haji Joll di Masjid Tengku Ampuan Jemaah (MTAJ) Bukit Jelutong, Shah Alam pada 8hb Jun 2023.
Nita
Good sharing. Moga ilmu ni jd manfaat utk kita semua jadi hamba Allah yg lbh baik. InshaAllah
Eswati azni
Wah bagus content camnih. Senang nK baca