Cara memotong kuku menurut Islam nampak simple tetapi mengamalkannya dapat pahala sunat. Rupa-rupanya ada 4 amalan memotong kuku yang boleh diamalkan oleh umat Islam. Begitu hebatnya agama Islam, bukan setakat solat, puasa, menunaikan zakat sahaja, malah amalan potong kuku pun ada panduannya.
Mulakan cara memotong kuku tu dengan tangan kanan dan Bismillah serta selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Cara Memotong Kuku Menurut Islam
Menerusi ucapan Ustaz Muhadir Joll yang dipetik daripada Kuliah Dhuha Khas Sempena Peristiwa Isra’ Mikraj di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Shah Alam pada 23 Februari 2023 bersamaan 2 Syaaban 1444H ada 4 cara memotong kuku menurut Islam.
Cara Yang Pertama Memotong Kuku
Cara yang pertama adalah bersandarkan hadis (cara Nabi potong kuku). Nabi Muhammad SAW bersabda, “Wahai ‘Aisyah, sekiranya engkau memotong kukumu, mulakan dengan jari tengah, kemudian jari kelingking, kemudian ibu jari, kemudian jari manis, kemudian jari telunjuk. Sesungguhnya cara begitu mewariskan kekayaan,”. (hadis riwayat Abu Ya’la).
Aturan Memotong Kuku
- Jari hantu (tangan kanan)
- Jari kelingking (tangan kanan)
- Ibu jari (tangan kanan)
- Jari manis (tangan kanan)
- Jari telunjuk (tangan kanan)
- Jari hantu (tangan kiri)
- Jari kelingking (tangan kiri)
- Ibu jari (tangan kiri)
- Jari manis (tangan kiri)
- Jari telunjuk (tangan kiri)
Cara Yang Kedua Memotong Kuku
Sebahagian ulama berkata siapa yang potong kuku cara kedua ini, insyallah rezekinya tak putus.
Nabi Muhammad SAW bersabda, “Sesiapa yang memotong kuku-kukunya dengan berselang-selang, tidak akan dilihat sakit mata pada kedua-duanya,”. (Lihat : *Taudhih Al-Adillah*, 5/102).
Bila mata tak sakit boleh buat kerja dengan elok. Itu yang katanya insyaallah tak putus rezekinya.
Aturan Memotong Kuku
- Jari kelingking (tangan kanan)
- Jari hantu (tangan kanan)
- Ibu jari (tangan kanan)
- Jari manis (tangan kanan)
- Jari telunjuk (tangan kanan)
- Ibu jari (tangan kiri)
- Jari hantu (tangan kiri)
- Jari kelingking (tangan kiri)
- Jari telunjuk (tangan kiri)
- Jari manis (tangan kiri)
Cara Yang Ketiga Memotong Kuku
Cara yang dianjurkan oleh Imam Ghazali rahimahullah.
Aturan Memotong Kuku
- Jari telunjuk (tangan kanan)
- Jari hantu (tangan kanan)
- Jari manis (tangan kanan)
- Jari kelingking (tangan kanan)
- Jari kelingking (tangan kiri)
- Jari manis (tangan kiri)
- Jari hantu (tangan kiri)
- Jari telunjuk (tangan kiri)
- Ibu jari (tangan kiri)
- Ibu jari (tangan kanan)
Cara Yang Keempat Memotong Kuku
Cara yang dianjurkan oleh Imam Nawawi rahimahullah.
Aturan Memotong Kuku
- Jari telunjuk (tangan kanan)
- Jari hantu (tangan kanan)
- Jari manis (tangan kanan)
- Jari kelingking (tangan kanan)
- Ibu jari (tangan kanan)
- Jari kelingking (tangan kiri)
- Jari manis (tangan kiri)
- Jari hantu (tangan kiri)
- Jari telunjuk (tangan kiri)
- Ibu jari (tangan kiri)
Kita selang seli guna keempat-empat cara memotong kuku menurut Islam ini. Namun biasakan cara yang ketiga memotong kuku, mudah-mudahan rezeki kita tak putus.
Cara Potong Kuku Kaki
Bermula dengan kaki kanan. Mula dengan jari kelingking hingga ke ibu jari kaki kanan. Kemudian sambung ibu jari kaki kiri sehingga jari kelingking kiri kaki.
Cara Memotong Kuku
Kuku sepatutnya dipotong atau diketip secara lurus atau menegak. Elakkan pemotongan secara melengkung dan terlalu dalam ke tepi. Kurangkan ketajaman tepi kuku menggunakan pengasah kuku.
Cara Potong Kuku Bayi
Sebaik-baiknya sewaktu ibu bapa memotong kuku bayi juga mengikut aturan yang telah disarankan ini. Namun cara potong kuku bayi perlu menggunakan pengetip khas untuk bayi.
Waktu yang terbaik untuk potong kuku bayi adalah ketika sedang tidur. Perlu berhati-hati kerana kuku bayi sangat nipis dan mudah terluka.
Berbeza pula ketika memotong kuku warga emas. Kuku warga emas agak keras dan kurang lembap. Sebaik-baiknya guna pengetip kuku yang tajam dan elakkan guna pengetip kuku yang tumpul.
Jika kuku warga emas masih keras boleh letak minyak bayi atau minyak zaitun untuk melembutkan kuku terlebih dahulu. Boleh juga basuh tangan ibu bapa kita dengan air suam untuk melembutkan kuku agar proses memotong kuku lebih mudah.
Hari Sunnah Potong Kuku Dalam Islam
Hari yang digalakkan oleh Islam untuk memotong kuku atau hari sunnah potong kuku adalah pada hari Khamis (waktu Asar) dan Jumaat (pagi).
Baca juga; Pengurusan Jenazah Wanita Di Rumah dan Cara Bekam Terbaik Dalam Islam
Netty Ah Hiyer
Terima kasih kak ilmunya.. banyak baru tahu ni.
ombakbergigi
Kita suka teknik potong kuku no 3 tu, senang nak ingat tiap kali potong kuku
MShahrulnizam
Terima kasih diatas perkongsiannya….
Nita
Alhamdulillah terima kasih share ilmu bermanfaat