Program eBelia Rahmah sudah tiba. Berita gembira buat belia yang berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar yang menuntut di institut pengajian tinggi (IPT) secara sepenuh masa. Mulai hari ini, 26 Jun jam 8.00 pagi sudah boleh menebus EBelia Rahmah untuk tahun 2023. Mereka yang layak berhak menerima kredit RM200 menerusi program eBelia Rahmah. Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MoF) tempoh pendaftaran dan penebusan eBelia Rahmah ini berlangsung sehingga 31 Ogos 2023 depan.
Siapa Yang Layak Memohon
No. | Siapa | Umur | Kredit |
---|---|---|---|
1. | Belia | 18 hingga 20 tahun (Lahir pada 2003, 2004 & 2005) | RM200 |
2. | Pelajar IPT (Sepenuh Masa) Rakyat Malaysia yang berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa di IPT (IPTA & IPTS) dalam negara. | RM200 |
Tempoh Pendaftaran & Tuntutan
No. | Tarikh Mula Penfadtaran | Tarikh Akhir Tuntutan |
---|---|---|
1. | 26 Jun 2023 | 31 Ogos 2023 |
Di Mana Nak Mohon
Ebelia Rahmah app. Terdapat 3 penyedia perkhidmatan e-dompet yang boleh digunakan oleh golongan belia yang layak. Golongan belia ini boleh memilih salah satu daripada tiga penyedia perkhidmatan e-dompet iaitu;
- Boost
- Setel
- Touch ‘n Go eWallet
10 Langkah Mudah Tebus eBelia Rahmah TNG
Belia yang mahu menuntut eBelia Rahmah TNG menerusi Touch ‘n Go eWallet boleh mengikut 10 langkah demi langkah seperti yang disediakan di bawah ini.
Langkah 1
Buka aplikasi Touch ‘n Go eWallet. Jika belum mempunyai aplikasi ini, para belia dan pelajar IPT boleh memuat turun aplikasi tersebut di di Play Store (bagi pengguna Android) dan App Store (bagi pengguna IPhone). Kemudian klik di ruang tebusan eBelia Rahmah. Boleh pilih untuk paparan Bahasa Melayu (BM) atau Bahasa Inggeris (ENG).
Langkah 2
Belia dan pelajar IPT dapat melihat paparan tentang eBelia Rahmah
Langkah 3
Klik setuju dengan terma dan syarat kemudian tekan di ruangan “TUNTUT SEKARANG” atau “CLAIM NOW”
Langkah 4
Isi NAMA PENUH dan nombor kad pengenalan pemohon. Kemudian tekan butang seterusnya.
Langkah 5
Isi ruangan kosong dengan menyertakan alamat kediaman yang lengkap.
Langkah 6
Kemudian penuhkan ruangan kosong dengan menyatakan jantina dan keturunan. Pilih tahap pendidikan masing-masing.
Langkah 7
Sertakan jumlah pendapatan dan industri pekerjaan buat belia yang sudah bekerja.
Langkah 8
Selepas mengisi ruangan kosong yang disediakan tekan butang HANTAR atau SUBMIT
Langkah 9
Paparan permohonan sudah diterima
Langkah 10
Permohonan selewat-lewatnya akan mengambil masa 5 hari untuk lulus dan pengkreditan RM200 dalam aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
Belanjawan Negara
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada 24 Feb lepas menyatakan bahawa kerajaan akan memberikan kredit e-tunai berjumlah RM200 kepada dua juta belia berusia 18 hingga 20 tahun, membabitkan peruntukan RM400 juta.
Selain eBelia Rahmah boleh juga membuat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan buat STR Semakan juga bermula 26 Jun 2023
Insentif Tambahan
Selain bantuan RM200 dalam bentuk kredit e-tunai daripada kerajaan, penyedia perkhidmatan e-dompet terbabit turut memberikan insentif tambahan sepanjang tempoh program berkenaan iaitu;
- Baucar,
- Pulangan tunai atau
- Diskaun mata ganjaran
Kredit RM200 ini boleh dimanfaatkan di peruncit atau peniaga yang menerima pembayaran melalui kod QR DuitNow dengan menggunakan salah satu e-dompet terbabit dalam program ini, namun tertakluk kepada transaksi dibenarkan.
Kesimpulan eBelia Rahmah 2023
Buat para belia dan pelajar IPT gunakan sumbang kewangan ini dengan sewajarnya mengikut keperluan bukan kemahuan. Guna secara bijak demi membina masa depan yang cerah dan terjamin. Elakkan daripada menggunakan bantuan kewangan ini kepada saluran yang tidak wajar.
Fikir dengan teliti sebelum melakukan sesuatu perkara dan yang paling penting ingat Allah SWT dan jangan lupa segala laranganNya.
Kedua, ingat kepada ibu bapa yang sudah bersusah payah membesarkan anda selama ini. Ibu dan bapa tidak mengharapkan balasan cukup dengan menjadi anak yang soleh dan solehah.
Anda yang bakal memimpin negara suatu masa nanti dan berusaha untuk menjadi pemimpin yang baik.