STR Semakan | Kerajaan telah mengumumkan bahawa pembayaran bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) Fasa 1 untuk tahun 2023. Pembayaran Bantuan tunai STR bermula sejak 17 Januari lalu.
Tarikh Pembayaran Bantuan STR Fasa 1 Adalah Seperti Berikut;
Ada Akaun | Bayaran Bantuan STR 2023 mulai 17 Januari secara berperingkat. |
Tiada Akaun | Penunaian di kaunter Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023. |
Tiada Akaun (Pedalaman Sabah / Sarawak) | Penunaian pembayaran Fasa 1 di kaunter Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023. |

Cara Buat STR Semakan Status Pembayaran
Buat mereka yang mahu mengetahui sama layak atau tidak menerima STR ini boleh cuba cara buat STR Semakan.
Apa yang perlu dilakukan adalah dengan mengunjungi portal Rasmi STR iaitu – https://bantuantunai.hasil.gov.my.
Ikuti langkah demi langkah untuk membuat semak STR di portal rasmi STR;
Langkah | Apa Yang Perlu Dilakukan |
Langkah 1 | Tekan butang Log Masuk MySTR (Login STR) |
Langkah 2 | Masuk Nombor MyKad (Kad Pengenalan) Pemohon |
Langkah 3 | Pengesahan Kata Kunci Keselamatan |
Langkah 4 | Masuk Kata Laluan |
Langkah 5 | Tekan butang Menu Semakan Pembayaran Fasa 1 |
Langkah 6 | Maklumat yang akan dipaparkan * Nama Pemohon * No Mykad (Kad Pnegenalan) Pemohon * Status Permohonan * Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1 STR) |
Kata Laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022. |
Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Senarai Semakan Permohonan STR
No. | Kemudahan | Layari/Hubungi |
1 | PORTAL | Portal Rasmi STR iaitu https://bantuantunai.hasil.gov.my. |
2 | APLIKASI TELEFON BIMBIT | Selain melayari portal STR juga boleh memuat naik pada telefon bimbit Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah. Aplikasi ini dimuat turun di Play Store (bagi pengguna Android), App Store (bagi pengguna IPhone) |
2 | BADAN BERKANUN | Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau Hadir ke LHDNM yang berhampiran. |
Cara Guna MySTR
Selepas memuat naik aplikasi MySTR anda boleh melihat STR semakan dengan menggunakan cara yang telah ditenagkan di bawah ini. cara Guna MySTR ialah seperti berikut;
Langkah | Apa Yang Perlu Dilakukan |
Langkah 1 | Klik pautan MySTR dan pastikan No MyKad anda merupakan pemohon STR. |
Langkah 2 | Masuk maklumat keselamatan. |
Langkah 3 | Masuk kata kunci keselamatan dan kata laluan. |
Langkah 4 | Daftar STR sudah berjaya. Anda boleh mengguanakan MySTR |

Apa itu STR
- STR (Sumbangan Tunai Rahmah) adalah bantuan kewangan yang menggantikan Bantuan Tunai Rakyat (BTM), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan bantuan kewangan sebelumnya.
- STR diberikan kepada golongan B40 yang berkelayakan, yang terdiri dari kategori bujang dan isi rumah berkeluarga.
- Penerima STR yang layak menerima bayaran Fasa 1 adalah merujuk kepada penerima BKM 2022 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 31 Disember 2022.
Sebagaimana kenyataan media yang telah dibuat oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pembayaran STR Fasa 1 kepada 8.7 juta golongan B40. Bantuan STR yang bernilai RM1.67 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat.
Kategori Penerima | Jumlah Penerima | Kadar STR Fasa 1 | Implikasi Kewangan (RM bilion) |
Isi Rumah | 4.0 juta | RM300 | 1.20 |
Warga Emas Tiada Pasangan | 1.2 juta | RM100 | 0.12 |
Bujang | 3.5 juta | RM100 | 0.35 |
Jumlah | 8.7 juta | – | RM1.67 bilion |
Baca juga; Cara Keluar Duit ASB Online, Cara Tukar Transfer Limit Maybank2u