Cara Scammer Ambil Duit | Semakin canggih teknologi semakin canggih pencuri mengambil hak orang lain tanpa belas kasihan.
Kecoh kisah Pakar Perubatan terkenal, Dr Rafidah kehilangan wang sebanyak RM13,000 menerusi tiga transaksi mencurigakan di CIMB. Taktik apa agaknya cara scammer ambil duit tersebut.
Bukan Dr Rafidah seorang malah ramai yang dah jadi mangsa scammer ini.
Cara scammer ambil duit dalam bank sangat licik dan kita kadang-kadang tak sedar pun benda tu berlaku. Macam mana cara curi duit dalam akaun kita sesenang hati dia.
Itu sebab kita dinasihatkan agar sentiasa melihat akaun bank takut-takut ada pengeluaran yang mencurigakan. Cara scammer ambil duit dalam bank terlalu licik.
5 Teknik Penipuan Yang Kerap Dilakukan
Biasanya ini 5 cara scammer ambil duit dalam bank tanpa kita sedar ataupun sedar. Penat-penat kita cari duit tiba-tiba hilang dan tak boleh dituntut semula pulak tu. Cara mengambil duit dari akaun orang lain nampak senang jer scammer lakukan.
Ayuh! Kita berhati-hati dan saling ingat mengingati di kalangan keluarga dan teman rapat agar peka bagaimana cara curi duit melalui no akaun ini.
1. Wangiri
Apa Itu Wangiri
Ia memperdaya mangsa dengan meninggalkan notifikasi panggilan tak dijawab. Panggilan ini hanya berdering sekali dan berhenti.
Bagaimana Penipu Beroperasi?
- Membuat panggilan singkat daripada nombor antarabangsa.
- Mangsa menelefon balik dan dikenakan caj kadar premium.
- Mangsa akan ditahan di talian selama yang mungkin.
- Lebih lama mangsa di talian, lebih banyak pendapatan penipu.
Apa Yang Perlu Diteliti?
Panggilan tak dijawab, selalunya daripada nombor antarabangsa.
Bagaimana Anda Harus Bertindak?
- Elak menelefon balik nombor antarabangsa yang tidak dikenali.
- Jangan kongsi maklumat peribadi anda.
- Lapor nombor tersebut kepada penyedia perkhidmatan anda.
2. SMS
Apa Itu Penipuan SMS?
SMS daripada nombor yang tidak dikenali untuk mempromosi perniagaan/perkhidmatan langganan. Ia bertujuan mencuri maklumat peribadi/wang anda.
Bagaimana Penipu Beroperasi?
- Penipu mempromosi perkhidmatan langganan SMS yang mengenakan caj harian/mingguan/bulanan.
- Mereka akan cuba memperdaya mangsa kongsi maklumat peribadi seperti butiran perbankan.
Apa Yang Perlu Diteliti?
- Tawaran daripada nombor yang tidak dikenali/kod pendek.
- SMS yang mengandungi pautan luaran.
- Ugutan/amaran palsu seakan daripada agensi penguat kuasa/institusi kewangan.
Bagaimana Anda Harus Bertindak?
- Jangan melanggan sebarang perkhidmatan daripada SMS yang mencurigakan.
- Jangan klik sebarang pautan dalam SMS tersebut.
- Lapor nombor penghantar SMS tersebut kepada penyedia perkhidmatan anda.
- Semak maklumat SMS dengan bank/agensi berkenaan.
3. Panggilan Palsu
Apa Itu Panggilan Palsu Atau Memancing Data?
Panggilan daripada penipu bertujuan mencuri wang/maklumat peribadi anda.
Bagaimana Penipu Beroperasi?
Penipu menggunakan pelbagai cara untuk mencuri maklumat peribadi seperti butiran perbankan. Antaranya termasuk;
- Intimidasi (dengan menyamar sebagai seseorang daripada agensi penguat kuasa/institusi kewangan).
- Mengemukakan tawaran masa terhad yang menarik.
- Menyamar sebagai seseorang yang mungkin dikenali.
Apa Yang Perlu Diteliti?
Pemanggil yang mengatakan mereka adalah pihak berkuasa, pegawai tempatan, bank/perkhidmatan telemarketing.
Bagaimana Anda Harus Bertindak?
- Jangan kongsi sebarang maklumat peribadi/kod OTP.
- Jangan percaya tawaran yang terlalu hebat, terutamanya daripada pemanggil tidak dikenali.
- Rujuk pada laman rasmi/kedai yang sah untuk mengesahkan sebarang promosi.
- Lapor nombor tersebut kepada penyedia perkhidmatan anda.
- Hubungi pihak bank/penguat kuasa tempatan dan sahkan maklumat yang diterima.
4. Penipuan Media Sosial
Apa Itu Penipuan Media Sosial?
Penipu menawarkan promosi menarik melalui profil/laman palsu dalam talian.
Bagaimana Penipu Beroperasi?
Penipu menggunakan pelbagai taktik untuk mencuri maklumat peribadi seperti butiran perbankan. Antaranya termasuklah;
- Menawarkan promosi yang menarik di akuan media social, lama web dan platform membeli-belah yang palsu.
- Menghubungi mangsa dan menawarkan kad hadiah percuma.
- Menggunakan profil palsu untuk memikat mangsa melalui aplikasi janji temu.
Apa Yang Perlu Diteliti?
- Tawaran yang dinyatakan terlalu hebat.
- Akaun/profil yang kelihatan palsu atau tidak konsisten.
Bagaimana Anda Harus Bertindak?
- Jangan cepat mempercayai tawaran yang terlalu hebat.
- Jangan kongsi maklumat peribadi/kod OTP.
- Rujuk pada laman rasmi/kedai yang sah untuk mengesahkan sebarang promosi.
5. Malware
Apa itu “Malware”
Perisian berbahaya yang tersembunyi sebagai aplikasi yang sah di telefon anda.
Bagaimana “Malware”Beroperasi?
Perisian “Malware” dalam telefon kebiasaannya tidak dapat dikesan. Ia beroperasi secara senyap, mencuri maklumat peribadi dan boleh mengaktifkan kamera dan mikrofon tanpa pengetahuan anda.
Apa Yang Perlu Diteliti?
- Muncul iklan pada telefon anda.
- Bateri telefon anda cepat habis.
- Aplikasi dan caj yang tidak diketahui.
Bagaimana Anda Harus Bertindak?
- Hanya muat turun aplikasi dari laman aplikasi yang rasmi.
- Kemas kini peranti anda.
- Imbas peranti anda untuk mengesan virus dan padam aplikasi secara manual atau set semula peranti pada tetapan kilang.
Sumber: Facebook Polis Daerah Petaling Jaya
Berhati-hati dalam menerima panggilan telefon kerana ini salah satu cara scammer ambil duit dalam bank.
Baca juga; Kedai Buku Tercantik di Malaysia
sofea
licik sungguh scammer nie yea.. harap2 dijauhkan dari terkena scamm.. aaminn..
azni
dah jadi kerja nak check akaun bank selalu hahahha..
mrhanafi
menarik juga info ini..
memang bermamfaat