MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Santai
Drama Risik Pada Hati Meruntun Jiwa 2 Isteri
Diari Santai

Drama Risik Pada Hati Meruntun Jiwa 2 Isteri

duniamyzan July 28, 2022

Drama Risik Pada Hati yang ditayangkan di TV3 dan juga boleh distrim di Disney+ Hotstar ini sekali lagi merungkai kisah kehidupan suami dan isteri.

Contents hide
1 Adam, Hayfa dan Aisyah
2 Suhara dan Nazim
3 Effa dan Farid
4 Mesej Lain Drama Risik Pada Hati
5 Info Drama Risik Pada Hati
6 Watak Pelakon Drama Risik Pada Hati

Drama adaptasi ini disiarkan setiap minggu mulai Isnin hingga Khamis ini benar-benar meruntun jiwa seorang isteri yang begitu menyayangi seorang lelaki bergelar suami.

Sedikit sinopsis novel Risik Pada Hati ini apabila pasangan suami isteri (Adam dan Hayfa) bahagia melayari kehidupan rumahtangga dan saling mencintai namun diuji dengan rezeki anak.

Dalam siri sinopsis novel Risik Pada Hati kita dapat melihat lakonan mantap Ummi Nazeera dan Zara Zya sememangnya tidak perlu dipertikaikan.

Ummi Nazeera bijak mengawal emosi dan bermain dengan air mata dalam menjayakan watak sebagai isteri pertama.

Drama Risik Pada Hati pamer lakonan mantap Ummi Nazeera dan Zara Zya.
Foto: Instagram @umminazeera

Zara Zya pula yang jatuh cinta dengan suami orang tanpa sedar dan akhirnya ‘terpilih’ untuk menjadi isteri kedua kepada lelaki idamannya itu turut bijak mempamerkan air muka yang mengundang simpati.

Alif Satar pula sebagai suami yang tidak mahu mempraktikkan poligami akhirnya akur dengan permintaan isteri untuk menikah sekali lagi kerana zuriat.

Benar kata orang cinta dan perasaan itu boleh dipupuk. Alif Satar yang melakonkan watak sebagai Adam dalam drama Risik Pada Hati ini sukar menerima Aisyah (lakonan Zara Zya) sebagai suri hidupnya pada permulaan perkahwinannya.

Lama kelamaan cinta hadir tanpa sedar tambahan pula dengan kehadiran zuriat sebagai penyeri rumah tangga.

Baca juga; Pergolakan Hidup Anak Remaja Dalam Filem Dua Garis Biru

Adam, Hayfa dan Aisyah

Rasa cinta yang amat mendalam pada Hayfa (lakonan Ummi Nazeera) membuatkan dirinya sukar untuk menerima cinta Wanita lain. Namun, Adam tersepit antara cinta dan naluri sebagai seorang lelaki atau suami yang mahukan zuriat.

Perkahwinan kedua Adam Bersama Aisyah sememangnya nampak indah di awalnya kerana mendapat restu daripada isteri pertama dan ibu bapa Adam. Lebih-lebih lagi apabila Aisyah menerima Adam dengan sepenuh hati kerana jatuh cinta pada pandangan pertama.

Foto: Instagram @zarazya

Namun, ibu kepada Hayfa menentang keras tentang niat anak perempuannya memberi kebenaran poligami kepada Adam. Rakan baik Hayfa aka BFF iaitu Suhara juga turut menyokong ibu kepada rakan baiknya itu malah berkompromi untuk meruntuhkan rumah tangga kedua Adam.

Menelusuri perasaan seorang isteri yang belum mampu memberi zuriat kepada suami MJ tak pasti berapa ramai wanita yang sanggup mencarikan isteri untuk suaminya. Masalah hanya akan muncul apabila wujud orang keliling yang sering menghasut dan menyuntik aura negatif.

Hayfa bahagia apabila rancangannya berjaya sehingga madunya melahirkan seorang anak lelaki. Hatinya tambah berbunga-bunga apabila melihat keterujaan suami tersayang akhirnya bergelar seoarang ayah. Walaupun berkongsi kasih dengan anak suami bersama madunya, Hayfa tetap bahagia.

Lebih-lebih lagi apabila suaminya masih tetap sayangkan dirinya seperti sebelum berkahwin. Namun, Hayfa hanyalah wanita biasa yang tidak dapat lari daripada dugaan hidup.

Cuba menjadi isteri pertama yang kuat namun goyah apabila sering dihasut oleh kawan baiknya Suhara yang begitu negatif dengan poligami.

Rasa tamak ingin memiliki suami mula menguasai diri dan terlupa dengan keikhlasan niatnya untuk bermadu. Benar kata orang mengungkapkan kata ikhlas itu senang tetapi untuk mengotakannya, memang payah. Terutama bila berkisar tentang kehidupan berkongsi suami.

Apabila melihat kehidupan rumah tangga Adam dan Hayfa ini teringat tentang kisah Nabi Zakaria A.S
Yang diturut diuji dengan zuriat. Walaupun usia sudah lanjut namun Nabi Zakaria A.S tidak pernah berhenti berdoa untuk dikurniakan zuriat sebagai pewarisnya.

Nabi Zakaria A.S menanti puluhan tahun untuk mendapat anak dan tidak pernah putus doa walaupun hakikat isterinya sudah tua dan mandul. Rezeki tidak pernah salah alamat cuma cepat atau lambat. Di usia 90 tahun Allah SWT kabulkan permintaan Nabi Zakaria A.S.

Suhara dan Nazim

Drama Risik Pada Hati ini juga turut menyingkap kisah rumah tangga Suhara (lakonan Shiqin Kamal) dan Nazim (lakonan Izzue Islam). Pasangan suami isteri ini telah dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Lola.

Namun, sikap Nazim yang suka berfoya-foya denga wanita lain menyebabkan dia mengabaikan tanggungjawab seorang suami dan lebih parah lagi perniagaannya mula goyah. Dalam situasi menghadapi kemelut perniagaan yang mula jatuh, Nazim sempat bernikah satu lagi.

Tidak seperti Hayfa, Suhara begitu menentang poligami namun terpaksa akur kerana cintanya terhadap suami dan mahu anaknya membesar dengan kasih sayang ayah dan sempurna. Suhara sendiri membesar tanpa kasih sayang seorang ayah kerana bapanya telah mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa.

Foto: Instagram @umminazeera

Effa dan Farid

Kisah rumah tangga pasangan ini dalam drama Risik Pada Hati ini hanya sebagai tokok tambah. Effa (lakonan Trisha Ooi) adalah sepupu Adam yang begitu tergila-gilakan sepupunya itu. Sanggup menjadi isteri kedua Adam malah sanggup menjadi isteri ketiga Adam apabila lelaki itu telah menikahi Aisyah.

Namun, jodoh Effa ialah Farid iaitu lelaki satu pejabat dengan Aisyah dan sering mengganggu isteri kedua Adam itu. Farid bukan sahaja suka mengganggu Aisyah ketika bekerja bersama-sama dalam satu pejabat tetapi turut mengacau Aisyah walaupun wanita itu sudah berkahwin.

Farid Risik Pada Hati yang dibuang kerja kerana gangguan melampau terhadap Aisyah akhirnya terjebak dalam pelaburan yang tidak diiktiraf dan mengaku kaya ketika cuba memikat Effa. Terpesona dengan ‘kekayaan’ Farid menyebabkan Effa sudi menerima lamaran Farid.

Mesej Lain Drama Risik Pada Hati

Selain kisah rumah tangga sisi lain mesej daripada drama Risik Pada Hati ini ialah semangat setiakawan dan kasih sayang antara mentua dan menantu.

Info Drama Risik Pada Hati

  • Tarikh Tayangan TV3: 27 Jun – 4 Ogos 2022
  • Waktu Siaran: Isnin – Khamis, 7.00 malam
  • Rangkaian: Slot Akasia di TV3
  • Novelis: Hanni Ramsul
  • Pengarah: Pali Yahya
  • Produksi: Zamries Goldeen Pictures
  • Pelakon:
    • Alif Satar
    • Ummi Nazeera
    • Zara Zya
    • Shiqin Kamal
    • Ifa Raziah
    • Trisha Ooi
    • Izzue Islam
    • Shazia Rozaini

Watak Pelakon Drama Risik Pada Hati

Alif Satar sebagai Adam
Ummi Nazeera sebagai Hayfa
Zara Zya sebagai Aisyah
Shiqin Kamal sebagai Suhara

Sinopsis Drama Tarik Aku Ke Syurga

Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

Kenali Menara Condong Teluk Intan Dibina Pada Tahun 1885
Kalau datang ke Perak tak sah kalau tak singgah ke …

Kenali Menara Condong Teluk Intan Dibina Pada Tahun 1885

4 Cara Pilih Minyak Wangi Agar Tepat Dengan Personaliti
Cara Pilih Minyak Wangi | Tidak salah sekiranya mahu reward …

4 Cara Pilih Minyak Wangi Agar Tepat Dengan Personaliti

About The Author

duniamyzan

6 Comments

  1. Naili UmmiTersenyum

    Mesti drama ni sarat dengan emosi. Teringat kawan-kawan yang diuji dengan TTC. Semoga mereka diberi kesabaran yang berpanjangan.

    July 29, 2022
  2. yong

    erm..lama x tengok tv ..bukan apa risau teremosi ..eheheheh

    July 29, 2022
  3. Shida Rahmat

    tak pernah mis cerita ni … nak tunggu apa akan jadi nexr n next.. geram pun ada kesian pun ada ..

    July 29, 2022
  4. Marina

    Tengah layan juga ni. Seronok juga kisahnye. Tak sabar nak tengok episod seterusnya.

    July 30, 2022
  5. nettyahhiyer

    Memang boleh ter emo kalau bab bab kahwin dua ni kak maizan.. kiki

    July 30, 2022
  6. kisahsidairy

    sedih sangat dengan ending cerita ni.masing-masing nak jaga hati pasangan tapi tak sedar hati sendiri tak terjaga.Bukan mudah kan nak bermadu

    August 4, 2022

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
    Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini …
    September 6, 2023 0
  • 6 Cara Memilih Beras Yang Baik & Berkualiti
    6 Cara Memilih Beras Yang Baik & …
    September 4, 2023 0
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
    Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear …
    September 17, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh