MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Santai
Filem Dua Garis Biru Papar Dilemma Remaja Jadi Ibu Bapa
Diari Santai

Filem Dua Garis Biru Papar Dilemma Remaja Jadi Ibu Bapa

duniamyzan July 13, 2021

Menonton Filem Dua Garis Biru secara tak sengaja bila Astro menayangkan naskhah dari Negara Seberang baru-baru ini menyuntik ilmu baharu.

Contents hide
1 Sinopsis Filem Dua Garis Biru
2 Keliru
3 Iktibar Daripada Filem Dua Garis Biru

Walaupun menonton filem Dua Garis Biru itu di tengah-tengah namun jalan cerita yang dimainkan oleh pengarahnya begitu menyentuh hati.

Tergamam dan terkesan dengan mesej yang ingin disampaikan oleh sutradara filem Dua Garis Biru ini. Setelah selesai menonton, cari balik awalan cerita untuk tahu dan faham jalan cerita filem ini.

Filem Dua Garis Biru ini wajib ditonton oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira usia.

Pelakon utama Filem Dua Garis Biru.
Foto: Instagram @duagarisbirufilm

Sebenarnya filem Dua Garis Biru ini telah dikeluarkan pada tahun 2019. Rupanya filem arahan Gina S Neor ini mendapat respon luar biasa dan melebihi dua juta tontonan dan memenangi beberapa anugerah.

“Menjadi orang tua itu adalah pekerjaan seumur hidup,” adalah kata-kata seorang ibu terhadap anak gadisnya yang melekat di minda hingga sekarang.

Sinopsis Filem Dua Garis Biru

Filem Dua Garis Biru ini mengisahkan pasangan kekasih yang masih belajar di sekolah. Angga Yunanda telah mambawa wataknya dengan cemerlang sebagai Bima. Begitu juga pasangannya dalam filem ini, Dara, lakonan Zara Adhisthy.

Seperti biasa pasangan kekasih ini datang daripada dua kasta yang berbeza. Gadis ialah seorang pelajar yang pintar manakala teman lelakinya pelajar paling corot di dalam kelas.

Masing-masing berusia 17 tahun dan membesar dengan penuh kasih sayang bersama keluarga dalam kelas yang tersendiri. Namun, atas kesilapan mereka berdua, Dara hamil.

Konflik bermula, bagaimana mereka merancang untuk menggugurkan kandungan sehinggalah rahsia mereka pecah tanpa sengaja.

Garapan menarik filem ini tentang penerimaan ibu dan bapa masing-masing. Sudah pasti kedua-dua ibu bapa pasangan Bima dan Dara ini marah dan kecewa pada awalnya.

Namun, akhirnya terpaksa menerima kesilapan anak masing-masing dengan berat hati. Di sini kita dapat melihat penilaian ibu bapa yang berbeza mengikut status pendidikan dan harta terhadap anak masing-masing.

Bima mahu bertanggungjawab atas apa yang berlaku namun tidak tahu beban yang bakal dipikulnya sebagai seorang bapa. Akhirnya Bima dan Dara mengambil keputusan untuk berkahwin.

Menariknya filem ini, baik Bima mahupun Dara masing-masing jaga air muka pasangan.

Ibu bapa Dara mahu memberikan ‘cucu’ mereka kepada pasangan yang mahukan anak tetapi Dara tidak setuju dan sudah mula menyayangi anak yang berada dalam rahimnya.

Keliru

Dari perbulan scene ini terkeluarnya kata-kata ibu Dara, “Menjadi orang tua itu adalah pekerjaan seumur hidup,”.

Memang benar, sekali kita mengambil keputusan untuk menjadi ibu, tanggungjawab yang perlu dipikul bukan calang-calang. Dugaan dan ujian yang mendatang kadang-kadang tak pernah terjangkau dek fikiran pun boleh berlaku.

Namun, Dara juga keliru dengan keputusannya kerana sudah lama bercita-cita mahu melanjutkan pelajarannya ke Korea Selatan. Sebagai remaja perempuan lain, Dara merupakan peminat K-Pop tegar.

Watak doktor dalam filem ini juga merupakan satu daya tarikan. Beliau membawa watak dengan jayanya apabila tanpa prejudis merawat anak muda berusia 17 tahun yang mengandung ini.

Memiliki sikap keibuan, doktor menerangkan dengan jelas kepada pasangan remaja ini yang tidak tahu lansung akan proses kehamilan. Scene ini amat menyentuh hati saya.

Bukan menggalakkan situasi ini berlaku tetapi support system sangat penting dalam apa juga cabaran hidup yang kita tempuh.

Pengakhiran ceritanya agak tergantung. Namun, ia tetap menyajikan jalan penyelesaian buat pasangan suami isteri muda ini dalam menjaga dan membesarkan anak sulung mereka, Adam.

Foto: Instagram @duagarisbirufilm

Terus terbayang saat membuat tugasan di Rumah Perlindungan & Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah suatu ketika dahulu. Setiap penghuni mempunyai 1001 macam cerita seumpama menonton drama TV saat mendengarnya.

Semoga anak-anak remaja termasuk anak kita sendiri tidak kira lelaki atau perempuan terus terpelihara daripada perbuatan zina yang boleh sehingga boleh merosakkan akhlak dan jati diri remaja tersebut.

Iktibar Daripada Filem Dua Garis Biru

  1. Bahaya menggugurkan kandungan.
    Bima dan Dara pada mulanya merancang untuk mengggugurkan kandungan. Mereka mula mencari tempat yang memberi perkhidmatan menggugurkan tanpa lesen kerana tidak mempunyai wang. Setelah melihat tempat tersebut mencurigakan pasangan ini telah membatalkan niat tersebut.
  2. Komunikasi.
    Dalam sebuah keluarga komunikasi sangat penting. Apa juga masalah kalau berbincang dengan ibu bapa pasti akan ada jalan penyelesaian. Biarpun akan kena marah, tapi sebagai ibu dan bapa pasti mereka mahu yang terbaik untuk anak-anak.
  3. Peluang Kedua.
    Setiap manusia wajar diberi peluang kedua. Ini dapat dilihat melalui garapan watak kedua ibu bapa Bima dan Dara. Biarpun mereka sangat kecewa dengan anak masing-masing tapi tetap berbincang bersama-sama. Malah turut menemani pasangan ini berjumpa dengan doktor untuk mengetahui perkembangan bayi atau lebih tepat lagi cucu mereka.

Pengalaman Masuk Penjara

Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

Drama Aku Tanpa Cintamu Episod Akhir (15), Kupas Kisah Narsistik
Drama Aku Tanpa Cintamu Episod Akhir | Kisah cinta antara …

Drama Aku Tanpa Cintamu Episod Akhir (15), Kupas Kisah Narsistik

Ejen Ali Musim 3 Muncul Sebanyak 7 Episod Teruja Nak Tunggu Sambungan
Ejen Ali Musim 3 ini sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat filem …

Ejen Ali Musim 3 Muncul Sebanyak 7 Episod Teruja Nak Tunggu Sambungan

About The Author

duniamyzan

4 Comments

  1. Netty

    Baru ni pun saya tertengok filem Indonesia lupa tajuknya.. tapi best menusuk ke tangkai hati.. mesti filem ni pun best.. macam nak kena cari lah pulak.

    July 14, 2021
  2. azni

    Drama Indon erk , lama dah tak tengok drama indon ni. nnt boleh ler temgok . asyik drama kpop je hahaha

    July 14, 2021
  3. MAMA REEN

    Terbaikkk..nnt layan

    July 14, 2021
  4. Wawa azwa

    Byk pengajaran boleh diambil.

    July 14, 2021

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
    Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini …
    September 6, 2023 0
  • 6 Cara Memilih Beras Yang Baik & Berkualiti
    6 Cara Memilih Beras Yang Baik & …
    September 4, 2023 0
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
    Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear …
    September 17, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh