Bila diperkenalkan cara buat tabung MAE ni, terus Myzan teruja nak cuba. Sepantas kilat muat turun aplikasi MAE di handphone.
MAE (Maybank, Anytime & Everywhere) adalah aplikasi terbaharu daripada Maybank dengan kemudahan super convenient.
Salah satu kelebihan yang ada pada aplikasi ini ialah buat tabung. Tabung ni ala-ala macam main kutu dulu-dulu. Cara buat tabung MAE juga mudah sangat!
Siapa yang pernah main kutu? Kawan-kawan kat office selalu ajak main kutu.
Kumpul beberapa orang, bincang berapa nak bayar selepas dapat gaji dan cabut undi siapa dapat dulu.
Main kutu adalah langkah mudah simpan duit dan mesti ada mak kutu yang main peranan kumpul dan serahkan duit kepada penerima tiap-tiap bulan.
BACA: Kelebihan Bulan Zulhijjah
Biasanya ramai yang suka main kutu tapi tak ramai yang sukarela nak jadi mak kutu kan.
Sekarang dah tak payah risau kerana MAE boleh jadi mak kutu secara sukarela.
Langkah Pertama
- Mula sekali kena muat turun aplikasi MAE di Play Store atau Apps Store.
- Kemudian buat tabung atau create tabung.
Aplikasi MAE akan menjadi mak kutu era digital. Sebenarnya main kutu ini juga salah satu menabung.
Cara Buat Tabung MAE
Cara Buat Tabung MAE – Diri Sendiri
Setiap tahun kita pasti ada commitment seperti nak bayar cukai jalan, insuran kereta dan cukai pintu.
Nak keluar duit segepuk memang terasa kan. Jadi, kita boleh kumpul duit guna tabung MAE ini.
Kita juga biasa ada simpan keinginan untuk beli sesuatu. Kalau orang yang tiap tahun dapat bonus untunglah, boleh guna duit bonus.
Kalau jarang-jarang dapat bonus boleh simpan duit dalam tabung. Cukup masa, cukup duit keluarkan dan beli lah apa yang diidamkan itu.
Kita boleh rancang jumlah yang nak simpan dan bulan berapa nak dikeluarkan.
Cara Buat Tabung MAE – Kumpulan
Selain buat tabung sendiri, tabung MAE ini juga boleh dibuat secara kumpulan. Ini yang macam main kutu tu.
Salah seorang akan create tabung dan jemput kawan-kawan lain untuk turut-serta.
Myzan dan Geng Lunch selalu berangan nak bercuti bersama. Ala-ala travel with friends, gitu.
Jadi kami create tabung Geng Lunch selama setahun. Malangnya, tahun ni tak dapat menlancong sebab pandemik COVID-19.
Tapi masing-masing tak nak keluarkan duit dan biarkan duit dalam tabung tersebut.
Duit yang kita simpan dalam tabung boleh dikeluarkan bila-bila masa jika kita tak mahu untuk meneruskan simpanan.
Cuma satu soalan yang sampai sekarang tak dapat jawapan, di manakah duit tabung itu pergi sepanjang berada dalam tabung?
Netty
Wah! Syok ni kak.. dah ada main kutu online ya sekarang.
azni
aku pun baru install … mmg senang nak monitor pakai nih kan
Sofea
Artikel yg menarik… baru tau nie… terima kasih.. keep up the good info..
Hasnita Sawal
Sis buat tabung gembira utk diri sendiri je lps failed join tabung kutu dgn geng2 hihi
Rabiah
Hi sis,.. good info.. tq2 tapi yg sy xfhm kan.. dah create tabung ramai² dgn kaka2 sy tp bila nak dekat timing nak start kumpul tu adakah mereka akan trnasfer duit ke saya atau auto deduct dr akaun mereka? Thank you
duniamyzan
Dia akan auto masuk dalam acc masing2