
AEON Hometown Forest Programme – 1,500 Pokok Ditanam di AEON Mall KL Midtown
Hujung minggu lalu, saya berpeluang meluangkan masa bersama rakan-rakan blogger lain untuk menyertai AEON Hometown Forest Programme yang berlangsung di AEON Mall KL Midtown. Seronok rasanya dapat kembali bermain dengan tanah dan melakukan aktiviti menanam pokok! Sudah lama juga saya tidak berpeluang melakukan aktiviti sebegini, jadi memang teruja apabila mendapat jemputan untuk turut serta dalam program yang cukup bermakna ini. …