Semua ‘ulat buku’ memang wajib berkunjung ke 3 kedai buku tercantik di Malaysia ini. Bagi peminat buku 3 toko buku ini umpama sebuah syurga. Tak jumpa beli buku yang diidamkan di kedai buku tercantik di Malaysia ini dapat tengok buku pun dah seribu rahmat bak kata orang. Saat menjejakkan kaki ke gedung buku terbesar ini memang perasaan lain macam. Sedap mencium bau buku bagai menyambut kehadiran kita di antara kedai buku tercantik di Malaysia ini. Macam mana bau atau aroma buku tu? Hanya orang yang suka membaca dan suka berkunjung ke toko buku saja yang faham bau buku tu macam mana.
Kedai Buku Dulu & Sekarang
Bila imbas kembali zaman remaja kedai buku tidak gah dan secantik sekarang. Sementelah lagi membesar di kampung dan bukan di kota metropolitan seperti Kuala Lumpur.
Dulu-dulu kedai buku begitu sinonim dengan perpustakaan yang suram, timbunan buku-buku yang pelbagai dan dipenuhi dengan ‘ulat buku’.
Namun, peredaran masa membuatkan pengusaha gedung buku semakin ghairah untuk menonjolkan keindahan dan keistimewaan masing-masing menjual buku. 3 kedai buku tercantik di Malaysia ini antara contoh yang sangat menginspirasikan.
Buku-buku disusun indah di atas rak yang terbina kukuh dengan dekorasi dan konsep yang mengagumkan. Memang betul-betul terpesona dan sejuk mata memandang.
Keindahan dekorasi ini membangkitkan mood dan semangat untuk membaca pelbagai jenis genre bacaan yang disediakan. Bijak sungguh ilham pemilik 3 kedai buku tercantik di Malaysia ini.
Baca juga; Kumpul Duit Beli Buku Dengan Cara Buat Tabung MAE
3 Kedai Buku Tercantik Di Malaysia
- Tsutaya Books
- Books Kinokuniya
- BookXcess

Tsutaya Books Bukit Jalil
Gedung buku ini di Jepun mendapat jolokan ‘Gedung Buku Tercantik Di Dunia’. Buat mereka yang pernah berkunjung toko buku ini di Jepun sudah pasti gembira tak terkira apabila salah satu daripada kedai buku tercantik di dunia ini memilih Malaysia sebagai cawangan pertama di Asia Tenggara.
Tsutaya Books memilih Pusat Beli Belah Pavillion Bukit Jalil sebagai lokasi operasi pertama di Malaysia. Menerusi konsep gedungnya, ‘Cultivate Culture & Lifestyle’ (Memupuk Budaya & Gaya Hidup) yang menyediakan lokasi yang lebih daripada sekadar tempat membeli buku.
Ruang seluas 31,000 kaki persegi meliputi kedai buku, kafe, ruang cenderamata khas dan kawasan aktiviti yang dibangunkan untuk memberi ruang istirahat dan inspirasi bagi komuniti.
Tsutaya Books membawa personaliti tersendiri di setiap cawangannya di mana setiap Gedung direka dengan konsep yang berbeza-beza di T-Site di Daikanyama, Shibuya dan Ginza Six di Tokyo.
Kedai buka cantik macam ni bukan saja buruan peminat buku malah kaki OOTD pun mesti singgah di sini sebab mempunyai banyak ruang yang wajib dipotretkan.
Walaupun ramai orang di kedai buku ini tetapi masih ada peluang nak ambil gambar tanpa kehadiran mereka. Bak kata orang sekarang tak ada orang entre frame gitu!
Anak-anak memang peminat anime dan sudah tentu buku-buku koleksi kartun Jepun ini menjadi tumpuan. Begitu juga barang-barang dagangan (merchandise) mereka. Cuma harganya agak mahal. Tetapi, anak-anak lebih suka pergi ke Books Kinokuniya di Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

Kinokuniya KLCC
Tak lengkap sekiranya mengunjungi Suria KLCC kalau tak singgah ke Books Kinokuniya ini. Sebuah lagi gedung buku yang berasal dari Jepun.
Mungkin sebab orang Jepun menanam sifat suka membaca sejak kecil membuatkan mereka menghasilkan toko buku yang indah dan sarat dengan ilmu.
Kedai buku ini berada di tingkat atas sekali dalam Suria KLCC berhadapan dengan Petrosains The Discovery Centre KLCC. Nak mudah naik lif sahaja dan kena sabar sikit kalau tunggu lama untuk pintu lif terbuka.
Books Kinokuniya merupakan syurga buat peminat buku Manga. Bukan majalah Mangga yang dulu-dulu tu tau! Jangan salah faham. Buku Manga ni menjadi koleksi buat peminat komik anime.
Books Kinokuniya mempunyai variasi buku pelbagai bahasa dengan hampir 300,000 judul di dalamnya. Mempunyai dua tingkat dan rak buku yang disediakan mampu dicapai oleh tangan dengan ketinggian biasa rakyat Malaysia.

BookXcess
Seronok melihat peruncit kedai buku berlumba-lumba untuk menjadikan gedung buku sebagai tempat yang menarik untuk dikunjungi.
Pelbagai idea dekorasi yang ditonjolkan sedikit sebanyak dapat memupuk semangat suka membaca.
Salah satu kedai buku tercantik di Malaysia ialah BookXcess. Gedung buku ini merupakan salah satu kedai buku terbesar di Semenanjung Malaysia.
Dilaporkan, terdapat lebih daripada 1 juta buku yang meliputi pelbagai genre seperti sains fiksyen, cinta, fiksyen, bibliografi dan banyak lagi di bawah jenama BookXcess.
Terdapat beberapa cawangan kedai buku BookXcess ini di Malaysia tapi hanya sempat berkunjung di Tropicana Garden Malls, Petaling Jaya.
Susun atur kedai buku ini sememangnya mengagumkan dan sangat praktikal untuk peminat buku. Seperti kedai buku tercantik di Malaysia ini, BookXcess memberi kebebasan kepada peminatnya untuk menelaah buku tanpa sempadan.
Nak belek buku daripada kulit ke kulit pun tiada halangan dan disediakan ruang membaca dengan limpahan cahaya lampu yang sesuai untuk kaki buku membaca.
Baca juga; Review Novel Terima Kasih Allah Saat Roh Di Sempadan Barzakh

Netty Ah Hiyer
Wah! Seronoknya kak. Mesti suasana dia berbeza bila dapat jejak dengan anak-anak.
Maizan
Tak pernah sampai Tsutaya lagi…Selalu pergi Bookxcess je sebab murah, hehe. Thanks recommend. Nak try jejak nanti.
ZAIDALIFAH HUSSIN
2 kedai buku ni kalau masuk rasa tak jumpa jalan keluar hehehe suka sangat