Teater Tanjong Tonjol Keunikan Adat Perpatih | Siapa lagi yang akan mengangkat falsafah seni realisme jika bukan kita sendiri.
Teruja mendengar sendiri tentang pembikinan pementasan Teater Tanjong Tonjol Keunikan Adat Perpatih ini di majlis sidang media yang berlangsung di Istana Budaya Kuala Lumpur.
Kisah bagaimana ia bermula dengan ‘gurauan’ anak agar sejarah keluarga digarap dan dipentaskan di pementasan teater. Siapa sangka, akhirnya gurauan dapat direalisasikan. Lebih membanggakan apabila ia berjaya dipentaskan di Istana Budaya.
Lebih istimewa apabila hampir keseluruhan tenaga kerja Teater Tanjong Tonjol Keunikan Adat Perpatih ini mempunyai ikatan persaudaraan.
Menurut Sutradara Teater Tanjong Tonjol Keunikan Adat Perpatih ini, Prof Dr. AhmadRashidi Hasan naskah ini diangkat untuk mendidik masyarakat mengenai budaya Adat Perpatih, selain memartabatkan seni teater yang kian pudar.

Objektif Teater Tanjong Tonjol Keunikan Adat Perpatih
Objektif dan matlamat pementasan Teater Tanjong Tonjol Keunikan Adat Perpatih ini adalah bertujuan untuk memberikan wadah buat anak remaja dan kanak-kanak khususnya komuniti Kelab Teater Asar Negeri Sembilan (ASAR) untuk melakukan aktiviti bermanfaat, menyemai minat melakukan aktiviti keseniaan, membentuk keyakinan diri.
Sebahagian keuntungan daripada teater Teater Tanjong Tonjol Keunikan Adat Perpatih ini juga disalurkan bagi membantu keluarga dan pendidikan anak-anak ASAR dan yang memerlukan.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, MOTAC amat berpuas hati, menyokong dan begitu teruja dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat di dalam pementasan Teater Tanjong Tonjol Keunikan Adat Perpatih.
Justeru, Kelab Teater ASAR telah dianugerahkan Geran Padanan Seni Dan Budaya bagi menjayakan pementasan teater Tanjong di Istana Budaya.
Diharap dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi ini akan menyuntik semangat kepada barisan pelakon dan juga semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan pementasan Tanjong.
Pementasan teater ini juga telah mendapat kerjasama dari Dato Eddin Syazlee Bin Shith, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), UPSI, UiTM, Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, Lembaga Muzium Negeri Sembilan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Yayasan Budi. Juga disokong oleh Mycreative, Cendana dan juga PRISMA.

Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan juga amat berbesar hati dengan sokongan dan galakan yang diberikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Hj. Aminuddin Harun untuk teater Tanjong dan ianya akan dapat mempertabatkan lagi adat perpatih.
Beliau juga amat berpuas hati dan merasa bangga dengan perjalanan teater Tanjong sehingga dapat dipersembahkan di Istana Budaya untuk tontonan orang ramai. Kerajaan negeri berharap pementasan teater Tanjong di Istana Budaya, Kuala Lumpur nanti akan berjalan dengan jayanya hasil komitmen semua pihak yang terbabit.
Sinopsis Teater Tanjong
Latarnya 1700, Tanjong hanyalah sebuah luak (negeri) kecil di Negeri Sembilan. Ramai penduduknya adalah penghijrah dari Tanah Minagkabau, Sumatera yang mengamalkan budaya hidup Adat Perpatih.
Serangan Bugis dan Belanda ke atas Kesultanan Johor yang menaungi Luak Tanjong ketika itu menyebabkan Kesultanan Johor lemah dan tidak lagi mampu melindungi Tanjong daripada ancaman serangan.
Beberapa orang Penghulu Luak, termasuk Penghulu Luak Tanjong, memohon perlindungan daripada Kesultanan Pagaruyung, Sumatera. Penghulu Luak Tanjong, Tok Nargho yang sudah tua meninggalkan jawatannya untuk dipangku oleh anaknya Baroq.
Hal ini tidak dipersetujui oleh Pembesar-pembesar Luak (Dato’ Lembago) kerana ia mencemar adat. Jawatan itu sepatutnya diserahkan kepada penggilirnya, Tok Perdano Andika.
Namun Tok Nargho berkeras mahukan anaknya memangku. Tok Nargho tidak mahu jawatan itu digilirkan dahulu sebab penggiliran berlaku hanya atas sebab kematian.
Baroq sekadar memangku sahaja. Atas ketaatan kepada pemimpin, pembesar-pembesar Luak Tanjong patuh.
Cinta Tanjong
Gadis bernama Tanjong ialah anak Penghulu Luak Tok Nargho, anggun dan ayu yang menjadi kegilaan pemuda di Luak Tanjong. Hati Tanjong yang juga adik Baroq sudah dimiliki Anjang, anak Tok Perdano.
Dabur merupakan abang kepada Anjang juga bergelar Bongkok, adalah seorang yang tangkas dalam persilatan juga mempunyai hati terhadap Tanjong dan mencari jalan usaha untuk memiliki Tanjong.

Perbalahan
Dalam urusan ke Pagaruyung itu, Tok Nargho yang sudah uzur itu menemui ajalnya. Di Tanjong, berlaku perselisihan dalam menggilirkan jawatan Penghulu Luak. Baroq ingin kekal berkuasa kerana dia berdiri atas alasan kedudukannya sebagai waris Penghulu Luak.
Dato-Dato Adat menentang atas alas an perlantikan pemimpin harus mengkut budaya Adat Perpatih, iaitu penggiliran mengikut rumpun keluarga. Baroq berkeras untuk terus memegang tampuk kuasa.
Dato-Dato Adat yang diketuai Tok Perdano berkeras menuntut haknya. Tanjong berbalah. Baroq berjaya mendapatkan sokongan Orang Gunung setelah merasuh mereka.
Apa kesudahan konflik yang berlaku antara Anjang dan Baroq. Bagaimana pula cinta tiga segi antara Anjang, Dabur dan Tanjong. Jom kita menyokong dengan menempah tiket di;
Baca juga; Sinopsis Drama Risik Pada Hati

Info Teater Tanjong
Tarikh Pementasan: 9 hingga 11 September 2022
Waktu Pementasan: 8 malam
Lokasi: Istana Budaya, Kuala Lumpur
Pentas Produksi: Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan
Karya dan Arahan: Prof Dr. AhmadRashidi Hasan
Durasi: 120 minit disusun dalam 13 adegan
Tenaga kerja: 150 tenaga termasuk pelakon, pemuzik, penari, pesilat petugas belakang takbir, penata cahaya dan pereka kostum, tatarias dan juga pengurus pentas.
Watak Pelakon Teater Tanjong
Zamir Rashidi sebagai Anjang
Sufi Sufea sebagai Tanjong
Adli Fadle sebagai Baroq
Dato’ Jalaluddin Hassan sebagai Dato’ Perdano Andika
Turut disertai oleh;
Kartunis Ujang dan
Penyanyi rakyat dan lagenda Negeri Sembilan, Ulong Bakar.

sofea
macam teringin jugak nak tengok teater.. selalu tengok movie kt panggung jer.. 🙂