Whoscall Online Malaysia | Jenayah scam makin menjadi-jadi dan sebagai suatu inisiatif membanteras penipuan scammer, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bekerjasama dengan syarikat pembangun aplikasi Whoscall dalam membendung scammer online. Menerusi Whoscall, mana-mana nombor telefon yang tersenarai di dalam pangkalan data Sistem Semakmule milik Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) akan ditandakan sebagai “scammer”.
Aplikasi Whoscall ini dibangunkan bagi membantu PDRM mengekang jenayah scam daripada berleluasa. Ada sahaja teknik yang digunakan oleh scammer untuk memperdayakan mangsa demi curi duit melalui no akaun kita.
Jenayah scam ini akan menyamar sebagai pegawai polis, pegawai mahkamah, LHDN dan sebagainya untuk menipu mangsa.
Kita memang sentiasa berwaspada dengan tipu helah panggilan telefon ini. Kita tidak melayan panggilan dari nombor yang tidak dikenali dan memang sedar bahawa jenayah penipuan ini mempunyai pelbagai helah.
Macam Mana Scammer Curi Duit
Macam mana scammer curi duit antaranya menggunakan kaedah “Spoofing” dan “Voice over Internet Protocol”(VoIP) yang mencipta nombor telefon yang pelbagai bagi memperdayakan mangsa untuk menipu.
Baca juga; Cara Scammer Ambil Duit Kita Dalam Bank
Tapi kadang-kadang terfikir jika ada kecemasan yang menggunakan no telefon orang yang tak dikenali menyebabkan terpaksa menganggat panggilan telefon tersebut.
Namun, aplikasi Whoscall ini boleh memberikan pengesahan informasi kepada pengguna untuk setiap panggilan yang diterima.
Justeru, apabila pengguna Whoscall dihubungi oleh mana-mana nombor telefon yang tersenarai di dalam pangkalan data Semakmule, paparan perkataan “scammer” akan tertera di telefon sekali gus membolehkan pengguna berwaspada.
Kerjasama PDRM & Whoscall
PDRM mempunyai pangkalan data (sistem) yang menyimpan semua nombor telefon scammer yang telah dilaporkan oleh mangsa.
PDRM telah menyalurkan pangkalan data tersebut kepada Whoscall. Jadi apabila nombor telefon milik scammer yang membuat panggilan masuk ke atas telefon bimbit yang memuat naik aplikasi Whoscall ini maka akan tertera di skin telefon bimbit – scammer verified by PDRM.
Cara Muat Turun Whoscall
Cara muat turun Whoscall adalah sangan mudah;
- Muat turun aplikasi ini di Play Store (bagi pengguna Android), App Store (bagi pengguna IPhone).
- Pilih aplikasi Whoscall sebagai default phone app.
- Aplikasi Whoscall sudah boleh digunakan dan setiap panggilan akan tercatat nama pemanggilnya.
Fakta Tentang WHOSCALL Online Malaysia
- Whoscall merupakan rakan strategic PDRM.
- Syarikat My Gogo and Look Sdn. Bhd. merupakan pembangun aplikasi Whoscall.
- Satu aplikasi yang selamat daripada sudut privasi data. Ini kerana aplikasi lain akan menyedut atau menyimpan setiap nombor telefon yang disimpan dalam telefon bimbit dalam sistem aplikasi tersebut. Manakala Whoscall tak simpan nombor telefon milik kita dalam pangkalan data mereka. Whoscall hanya baca nombor telefon yang kita simpan dalam telefon bimbit.
Baca juga; Apa Perlu Buat Jika Kena Tipu Scammer, Penipuan Dalam Talian,