Contoh Resume | Sedang mencari pekerjaan? Tidak kira lepasan SPM, Diploma, Ijazah atau yang sedang berusaha mencari pekerjaan lain, maka perkara utama yang perlu disediakan adalah resume. Format resume sering berubah-ubah mengikut peredaran zaman. Sebagai seorang yang sedang mencari kerja, anda perlu peka apakah format resume yang terkini. Namun, kini ada pelbagai kemudahan untuk menulis resume dan salah satu contoh resume kerja ialah menggunakan Template Canva. Ada yang percuma dan juga berbayar (premium). Terpulang kepada individu untuk memilih yang mana satu contoh resume ringkas.
Apakah Itu Resume?
Resume merupakan dokumen yang digunakan untuk menerangkan secara ringkas mengenai tahap pendidikan, pengalaman bekerja, kelayakan, kemahiran dan pencapaian kita kepada bakal majikan.
Resume yang dikarang dengan baik mampu memberikan ‘first impression’ dan impakyang positif kepada bakal majikan.Ini secara tidak langsung mencerahkan lagi peluang anda untuk diterima bekerja di syarikat yang dipohon.
Kebiasaanya resume ditulis dalam Bahasa Inggeris. Boleh juga ditulis dalam Bahasa Melayu bergantung kepada siapakah bakal majikan atau jawatan yang dipohon.
Butiran Penting Dalam Contoh Resume
Menulis resume bukan seperti menulis novel yang menggunakan ayat berbunga. Cukup menggunakan ayat short, simple and sweet. Biar boleh ‘menawan’ pegawai sumber manusia (human resouces) untuk menghubungi kita.
1. Kenyataan Peribadi (Profil Diri)
Nyatakan tentang keperibadian diri anda sendiri. Sebagai contoh anda seorang individu yang berfikiran positif, mampu bekerja dalam pasukan serta sentiasa bersedia mempelajari perkara yang baru.
2. Maklumat Peribadi
Nyatakan maklumat peribadi anda seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat rumah, nombor telefon dan emel tetap yang boleh dihubungi.
3. Pengalaman Bekerja
Nyatakan mengenai pengalaman bekerja anda berserta nama syarikat jika ada. Mulakan daripada yang terkini di bahagian atas dan diikuti dengan sebelumnya.
4. Kelayakan Pendidikan
Nyatakan mengenai latar belakang pendidikan berserta tahun dan institusi pendidikan yang anda ceburi. Mulakan daripada yang terkini di bahagian atas dan diikuti dengan sebelumnya.
5. Kemahiran Profesional
Nyatakan kemahiran yang anda miliki. Sebagai contoh anda mahir dalam mengendalikan perisisian Microsoft Office, Programming dan sebagainya.
6. Kursus Dihadiri
Nyatakan kursus-kursus yang anda pernah dihadiri. Kemungkinan kursus-kursus ini ada yang berkaitan dengan pekerjaan yang dipohon.
7. Kefahaman Dan Kefasihan Bahasa
Nyatakan kefahaman dan kefasihan anda dalam bahasa utama seperti bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan lain-lain bahasa yang anda fasih.
8. Rujukan
Nyatakan individu profesional yang anda boleh jadikan sebagai sumber rujukan untuk pengesahan dari pihak majikan.
Tip Penulisan Resume
- Pastikan resume yang dihantar mengikut kesesuaian jawatan yang dimohon.
- Gunakan font yang sesuai seperti Arial, Calibri dan Times New Roman. Saiz font antara 10 hingga 12.
- Masukkan gambar anda yang professional. (latar belakang putih atau biru)
- Pastikan satu atau dua muka surat sahaja untuk membuat resume.
- Gunakan dua atau tiga tone warna sahaja.
- Pastikan maklumat untuk dihubungi seperti nombor telefon dan emel adalah betul.
- Pastikan ayat yang digunakan adalah bersesuaian dan sila semak ejaan supaya tiada kesilapan di dalam penulisan.
- Setiap informasi yang ditulis di dalam resume mestilah jujur.
Kesilapan Biasa Dalam Resume
- Banyak kesilapan ejaan di dalam resume.
- Menggunakan format resume yang salah.
- Resume yang terlalu panjang. Satu atau dua muka surat sudah memadai.
- Tidak fokus kepada pencapaian anda.
- Maklumat untuk dihubungi seperti nombor telefon dan email tidak tepat.
- Terlalu berlebihan dalam memberitahu kelebihan diri.
Contoh Resume Terbaik Di Template CANVA
Kesimpulan
Selamat mencari kerja buat mereka yang sedang mencari kerja dan cuba buat resume yang terbaik mengikut contoh resume yang disertaka di atas untuk diri anda. Selebihnya, rezeki adalah di tangan Allah SWT. Jika sudah tertulis jawatan yang dipohon adalah rezeki kita, tentu tak lari gunung yang dikejar.
Baca juga; Cara Keluar Duit ASB Online & Beli Kereta
sofea
Nice article Sis.. 🙂
azni
WOW.. hebatlah sis dah boleh masuk file mcm tu
duniamyzan
kan, kalau tak sebab task tu, tak tahu pun boleh buat macam ni.