MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Santai
Drama Biarkan Ia Pergi Perebutan 2 Cinta, Penipuan & Air Mata
Diari Santai

Drama Biarkan Ia Pergi Perebutan 2 Cinta, Penipuan & Air Mata

duniamyzan September 8, 2022

Drama Biarkan Ia Pergi | Drama adaptasi novel Biarkan Ia Pergi karya Liza Nur ini disiarkan setiap minggu mulai Isnin hingga Khamis di TV3. Tayangan yang bermula pada 11 Ogos 2022 ini juga boleh distrim di Disney+ Hotstar.

Contents hide
1 Sinopsis Drama Biarkan Ia Pergi
1.1 Zaquan Zachery dan Alissa Othman
1.2 Fara Zaliqa dan Izani
1.3 Menawan Hati Ibu Bapa Alissa
2 Info Drama Biarkan Ia Pergi
3 Pelakon Drama Biarkan Ia Pergi
3.1 Watak Utama
3.2 Watak Pembantu

Kisah yang diangkat dalam drama Biarkan Ia Pergi ini sering berlaku dalam masyarakat kita. Drama arahan Fairuz Loy ini berkisar tentang perebutan cinta, penipuan, pengkhianatan dan linangan air mata.

Amar Baharin yang sudah lama tidak muncul di kaca televisyen tidak pernah gagal membawa watak yang dilakonkannya. Dalam drama Biarkan Ia Pergi ini Amar Baharin berlakon sebagai Zaquan Zachary.

Manakala Isyariana Che Azmi turut menjadi pendukung drama Biarkan Ia Pergi ini yang membawa watak utama sebagai Alissa Othman. Biarpun masih baharu tetapi, Isyariana mampu menghayati watak dan membuat penonton menghayati sama perasaan kewanitaan milik Alissa Othman.   

Pelakon utama Drama Biarkan Ia Pergi, Amar Baharin dan Isyariana.

Sinopsis Drama Biarkan Ia Pergi

Zaquan Zachery dan Alissa Othman

Drama Biarkan Ia Pergi sekali lagi merungkai kisah perhubungan di antara lelaki dan wanita. Ia bermula apabila Alissa Othman (lakonan Isyariana Che Azmi) merupakan anak kampung yang hidup susah dan terpaksa mengadai rumah dan tanah pusaka untuk melanjutkan pelajaran.

Alissa juga merupakan anak tunggal, tekun belajar kerana mahu membalas jasa baik kedua ibu bapanya. Dalam masa yang sama Alissa ditakdirkan jatuh cinta dengan rakan sekuliahnya, Izani (lakonan Zaki Azeman).

Konflik mula berlaku apabila rakan baik dan juga rakan serumah, Alissa menyimpan perasaan terhadap Izani. Cinta Fara Zaliqa (lakonan Asha Merican) ditolak mentah-mentah oleh Izani kerana begitu sayangkan Alissa.

Fara tidak puas hati apabila cintanya ditolak dan mula merancang dan mencuba untuk merebut Izani daripada Alissa.

Manakala dalam situasi lain pula, Zaquan Zachary atau mesra disapa Zack pun terlalu marah terhadap teman wanita abang kandungnya apabila mengecewakan abangnya sehingga mahu meragut nyawanya sendiri.

Ketika mahu berdepan dengan teman wanita abangnya Zack telah dianiaya kawannya sendiri apabila tidak sengaja minum air yang telah diletakkan bahan terlarang. Berlaku peristiwa yang tidak diingini di antara Zack dan Alissa yang membawa kepada konflik drama Biarkan Ia Pergi ini.  

Fara telah mengambil kesempatan untuk merampas Izani apabila Alissa tiba-tiba pulang ke rumah dan memberitahu kesucian dirinya sudah diragut oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya.

Fara Zaliqa dan Izani

Akibat hasutan Fara, Izani meninggalkan Alissa terkontang-kanting tanpa menyiasat perkara yang sebenar.

Lelaki yang telah meragut kesucian Alissa melakukannya di bawah pengaruh bahan terlarang dan tanpa niat. Apabila menyedari perbuatannya Zack mahu bertanggungjawab terhadap gadis yang tidak berdosa itu.

Pencarian Zack sia-sia apabila Alissa telah hilang dari radarnya. Alissa telah pulang ke kampung tetapi tidak memberitahu keadaaan dirinya kepada kedua orang tuanya.

‘Rahsia’ Alissa pecah apabila dia jatuh pengsan ketika memancing bersama bapanya dan doktor mengesahkan bahawa dirinya telah mengandung.

Sebagai bapa yang normal, Othman (lakonan Hafidzuddin Fazil) tidak dapat menerima hakikat anak kesayangan yang menjadi harapannya telah berbadan dua tanpa ikatan perkahwinan yang sah.

Akibat terlalu malu dan marah, Othman telah menghalau Alissa keluar dari rumah.

Di pertengahan jalan, Alissa bertembung dengan Maksu Sufi (lakonan Sheila Mambo) yang merupakan adik kepada ayahnya. Maksu Sufi membantu menyelamatkan Alissa namun mempunyai niat yang tidak baik.

Akhirnya Alissa selamat melahirkan anak lelaki dengan bantuan orang kampung di tempat persembunyiannya. Kerana tak sanggup melihat sifat tamak Maksu Sufi, Alissa telah melarikan diri ke bandar dengan bantuan sahabat baiknya Fadzillah (lakonan Ana Dahlia).

Rezeki memihak kepada Alissa apabila telah mendapat tawaran kerja dan seterusnya menetap di London selama 5 tahun.

Menawan Hati Ibu Bapa Alissa

Semasa ketiadaan Alissa di bumi Malaysia, Zack telah berjaya menawan hati kedua ibu bapa Alissa termasuk menebus semula tanah dan rumah yang telah digadaikan untuk pembelajaran Alissa.

Zack juga tidak pernah putus asa mencari Alissa sepanjang tempoh itu dan menjaga kedua ibu bapa Alissa dengan baik.

Pertemuan yang tidak disangka atas urusan kerja di antara Alissa dan Zack telah memberi sinar harapan kepada Zack lebih-lebih lagi selepas melihat anaknya sendiri.

Zack berusaha mencuri hati Alissa walaupun menerima penolakan dan saingan daripada Izani dan Badry (lakonan Hariz Hamdan). Cuma Zack mempunyai ‘talian hayat’ apabila anaknya cepat mesra dengan dirinya sehingga memanggilnya ‘Daddy’.

Kemuncak drama Biarkan Ia Pergi ini apabila Izani membocorkan rahsia Zack kepada Alissa di majlis resepsi mereka. Alissa tidak dapat menerima hakikat bahawa lelaki yang yang sudah menjadi suaminya itu menipu dirinya.

Hati Alissa hancur dan berkecai apabila mengetahui bahawa suaminya itu adalah lelaki yang telah meragut kesucian dirinya sehingga dibuang oleh keluarga. Mampukah Zack merebut kembali cinta Alissa dan bagaimana Zack melembutkan hati Alissa untuk menerimanya semula.

Baca juga; Sinopsis Ejen Ali Musim 3

Info Drama Biarkan Ia Pergi

Tarikh Tayangan TV3: 11 Ogos 2022
Waktu Siaran: Isnin – Khamis, 10.00 malam
Rangkaian: Slot Samarinda di TV3
Penulis Skrip: Wan Mahani Wan Hassan & Liza Nur
Novelis: Liza Nur
Pengarah: Fairuz Loy
Produksi: SR One Sdn. Bhd.

Pelakon Drama Biarkan Ia Pergi

Watak Utama

Isyariana Che Azmi sebagai Alissa Othman
Amar Baharin sebagai Zaquan Zachary
Asha Merican sebagai Fara Zaliqa

Watak Pembantu

Mior Darwish sebagai Ameen Zaquan
Idzham Ismail sebagai Haris
Sabhi Saddi sebagai Aqasha
Ana Dahlia sebagai Fadzilah
Zaki Azeman sebagai Izani
Hariz Hamdan sebagai Badry
Hafidzuddin Fazil sebagai Othman
Rosnah Johari sebagai Hajar
Sheila Mambo sebagai Maksu Sufi
Zulkifli Ismail sebagai Dato Johan
Lia Natalia sebagai Daniella Iswana
Bulan Terry sebagai Elina Maisara
Myra Natasya sebagai Suzana
Elly Suhaili sebagai Zuraidah
Norly Taman sebagai Datin Intan

Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

Teater Tanjong Tonjol Keunikan Adat Perpatih Kini Dipentaskan Di Istana Budaya
Teater Tanjong Tonjol Keunikan Adat Perpatih | Siapa lagi yang …

Teater Tanjong Tonjol Keunikan Adat Perpatih Kini Dipentaskan Di Istana Budaya

Cara Buat STR Semakan Sumbangan Tunai Rahmah Tahun 2023  
STR Semakan | Kerajaan telah mengumumkan bahawa pembayaran bantuan STR …

Cara Buat STR Semakan Sumbangan Tunai Rahmah Tahun 2023  

About The Author

duniamyzan

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
    Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini …
    September 6, 2023 0
  • 6 Cara Memilih Beras Yang Baik & Berkualiti
    6 Cara Memilih Beras Yang Baik & …
    September 4, 2023 0
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
    Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear …
    September 17, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh