Ejen Ali Musim 3 ini sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat filem animasi popular Malaysia ini.
Bukan sahaja kanak-kanak malah orang dewasa turut menjadi Top Fan kepada watak Ejen Ali bersama-sama rakan-rakannya.
Walau bagaimanapun, siri Ejen Ali Musim 3 ini hanya boleh distrim di Disney+ Hotstar bermula 22 Jun 2022 serentak di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand.
Kalau dah jadi Top Fan Ejen Ali mesti dah tengok Ejen Ali Musim 1, Ejen Ali Musim 2, Ejen Ali The Movie dan Ejen Ali Musim 3 ini.
Teruja melihat perubahan demi perubahan yang dilakukan dan tumpang gembira menyaksikan drama atau filem animasi tempatan boleh setanding dengan animasi negara maju.
Syabas! Diucapkan kepada pendukung industri animasi tempatan terutama team produksi WAU Animation.

Dengar cerita ramai anak-anak lepasan SPM tahun ini berebut-rebut memohon kursus animasi sama ada di Institit Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mahupun Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
Siapakah Ejen Ali. Ejen Ali merupakan watak perisik popular yang berusia 12 tahun, menjadi ejen tetap dalam agensi rahsia M.A.T.A secara tidak sengaja.
Sinopsis Ejen Ali Musim 3
Sebagaimana yang diketahui umum, watak utama Ejen Ali ini membesar tanpa kasih sayang seorang ibu juga merupakan ejen di Meta Advance Tactical Agency (MATA) Arena.
Ali membesar dengan ayah yang bekerja dengan Bandar Futuristik Cyberaya.
Ejen Ali musim 3 ini adalah kesinambungan Ejen Ali The Movie apabila Ali ‘kehilangan’ peranti superkomputer Infinity Retinal Intelligence System (IRIS).
Ali bersama rakan-rakannya dalam Akademi MATA menyertai pertandingan MATA Arena.
Selain berdepan dengan cabaran apabila terpaksa bersaing tanpa kehadiran peranti superkompter IRIS. Ali juga berdepan dengan empat orang ejen antarabangsa.
Mereka bertanding dalam merebut markah tertinggi sebagai ejen rahsia MATA Arena. Ejen antarabangsa ini memberi tekanan kepada pelatih-pelatih muda tempatan sambil mempamerkan kepakaran masing-masing dalam setiap cabaran yang diberikan.
Ali memang terkenal dengan sikap merendah diri namun ‘tewas’ pada mulanya apabila melihat kehebatan ejen antarabangsa dan juga rakan-rakannya sendiri terutama Alica.

Namun, Ali berjaya membangkitkan semangatnya untuk terus berjuang sementelah dapat tahu ibunya telah jadi juara pertandingan yang sedang dilaluinya ini.
Emosi penonton juga turut dibawa melihat bagaimana Cinco menggabungkan semula Numeros setelah pemergian Uno.
Ejen Rizwan yang merupakan ejen nombor satu dalam MATA telah bergabung dengan Dos untuk mengetahui siapakah dalang di sebalik kehilangan mentornya.
Berjayakan Ejen Rizwan Bersama Dos dengan bantuan Profesor Akram menghalang rancangan jahat Cinco.
Baca juga; Pemilik Suara Ejen Ali
Watak Ejen Ali Musim 3
Setiap watak seperti utama seperti Ali dan rakan-rakannya, Uncle Bakar, Ejen Rizwan, Dos dan ramai lagi masih dikekalkan.
Watak baharu dalam Ejen Ali Musim 3 ini hanyalah 4 orang ejen antarabangsa iaitu Ejen Aleks, Ejen Rizka, Ejen Sam dan Ejen Kim. Tidak ketinggalan Kucing Comot masih kekal di sisi Ali.

Ejen Ali Musim 3 Episod 1
Misi: Arena
Durasi: 21 minit
Kemunculan Ejen Rizwan semula untuk membalas dendam. Ali dan rakan-rakanya dari MATA Akademi telah diarahkan ke sebuah Kawasan rahsia untuk bertanding di antara satu sama lain.
Ejen Ali Musim 3 Episod 2
Misi: Possible
Durasi: 23 minit
Selepas mendapat tahu ibunya telah menjadi Juara dalam pertandingan yang sedang ditempuhnya, Ali semakin bersemangat untuk berjuang. Ali semakin yakin dia mampu berjaya walaupun tanpa IRIS.
Ejen Ali Musim 3 Episod 3
Misi: Upgrade
Durasi: 21 minit
Ali Berjaya tersenarai antara ejen muda yang memungut mata tertinggi dan seterusnya melayakkannya untuk upgrade alat bantuan ketika mempertahankan diri. Walaupun pada mulanya keliru untuk memilih namun atas bantuan Uncle Bakar, Ali berjaya memilih satu yang sesuai dengan keupayaannya.
Ejen Ali Musim 3 Episod 4
Misi: Payback
Durasi: 20 minit
Ketika di pusingan kedua, telah berlaku ‘pergaduhan’ antara ejen muda tempatan dan ejen antarabangsa.
Ejen Ali Musim 3 Episod 5
Misi: Blackout
Durasi: 20 minit
Apabila pihak atasan tahu tentang pertelingkahan antara agen muda tempatan dan agen antarabangsa ini, mereka telah berusaha untuk menyatukan semula di antara kedua-dua ejen tempatan dan antarabangsa ini.
Ejen Ali Musim 3 Episod 6
Misi: Hunt
Durasi: 21 minit
Untuk pusingan cabaran yang ketiga, Dato’ Hisham telah meminta supaya dilakukan di Pusat Sains Cyberaya. Ini merupakan kali pertama cabaran dilakukan di luar Arena.
Ejen Ali Musim 3 Episod 7
Misi: Trap
Durasi: 19 minit
Ketika di Akhir cabaran pusingan ketiga, Ali, Alica dan Kim yang sampai dahulu di lokasi terkejut apabila berjumpa dengan Ejen Rizwan dan Dos. Berlaku kekecohan di Pusat Sains Cyberaya ketika itu.
Ejen Ali Musim 3 ini boleh ditonton secara eksklusif di Hotstar+ Disney sebanyak 7 episod. Sambungan episod selebihnya boleh ditonton pada bulan Disember nanti.
Tak sabarnya nak tengok kesudahan Ejen Ali Musim 3 ini.

Info Ejen Ali Musim 3
Penstriman: Disney+ Hotstar
Tarikh Tayangan: 22 Jun 2022 – 6 Ogos 2022
Terbitan: WAU Animation, Primework Studio & Disney+ Hotstar
Baca juga: Sambungan Ejen Ali Musim 3 Bahagian Dua
