MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Sihat
Ejen Ali Musim 3 Bahagian Dua, Teruja Tengok Ejen M.A.T.A Beraksi
Diari Sihat

Ejen Ali Musim 3 Bahagian Dua, Teruja Tengok Ejen M.A.T.A Beraksi

duniamyzan February 9, 2023

Ejen Ali Musim 3 Bahagian Dua | Sambungan siri animasi Malaysia yang ditunggu-tunggu ini telah ditayangkan secara eksklusif di Disney+ Hotstar pada 24 Disember 2022.

Contents hide
1 Sinopsis Ejen Ali Musim 3 Bahagian Dua
2 Episod Ejen Ali Musim 3 Bahagian Dua
2.1 Ejen Ali Musim 3 Episod 8
2.1.1 Misi: ChangeDurasi: 20 minit
2.2 Ejen Ali Musim 3 Episod 9
2.2.1 Misi: HybridDurasi: 21 minit
2.3 Ejen Ali Musim 3 Episod 10
2.3.1 Misi: CampDurasi: 20 minit
2.4 Ejen Ali Musim 3 Episod 11
2.4.1 Misi: VitalDurasi: 21 minit
2.5 Ejen Ali Musim 3 Episod 12
2.5.1 Misi: StingDurasi: 21 minit
2.6 Ejen Ali Musim 3 Episod 13
2.6.1 Misi: ChampionDurasi: 23 minit
3 Info Bahagian Dua Ejen Ali Musim 3

Sebagaimana yang kita tahu Ejen Ali Musim 3 ditayangkan di Disney+ Hotstar bermula pada 25 Jun lalu merupakan kesinambungan bagi Ejen Ali: The Movie.

Bahagian Satu Ejen Ali Musim 3 telah berakhir dengan episod 7 pada 6 Ogos 2022. Di episod terakhir bahagian satu musim ketiga Ejen Ali, telah berlaku kekecohan di Pusat Sains Cyberaya.

Penonton ditinggalkan dengan teka teki adakah Ejen Rizwan bersama Dos berjaya menghalang rancangan jahat Cinco. Begitu juga dengan Acara M.A.T.A., siapakah yang berjaya bergelar Juara dan adakah Ali mampu melawan musuh tanpa pertolongan I.R.I.S. 

Teruja tengok sambungan Ejen Ali Musim 3 Bahagian Dua.

Sinopsis Ejen Ali Musim 3 Bahagian Dua

Ejen Ali Musim 3 Bahagian 2 ialah sambungan selepas tragedi Pusat Sains apabila ramai Ejen Muda tercedera. Walaupun Ejen Muda yang terselamat hanya 8 orang sahaja, Mentor mengambil keputusan untuk sambung Acara M.A.T.A.

Disebabkan teras Ejen Muda yang tinggal tidak seimbang, mereka semua diberikan teras yang baharu untuk sementara. Ali diberikan Teras Kombat. Pada awalnya Ali tidak mengambil Latihan Kombat dengan betul akibat kejadian Pusat Sains.

Selepas ditewaskan oleh kumpulan lawan dalam pusingan seterusnya, Ali sedar bahawa dia mempunyai peranan yang penting bagi kumpulannya.

Dengan pertolongan kumpulannya yang semuanya bekas Teras Kombat, dia mula berlatih dengan mereka. Disebabkan itu Ali berjaya mara ke pusingan akhir.

Pada awalnya, Ejen Rizwan dan Dos mengesyak yang Dato’ Hisham adalah Cero berdasarkan CCTV yang menunjukkan bahawa Dato’ Hisham berjumpa dengan Cinco sebelum kejadian Pusat Sains berlaku.

Dengan itu, mereka merancang untuk ‘berjumpa’ dengan Dato’ Hisham semasa beliau melangsungkan pusingan akhir Acara M.A.T.A dengan orang-orang besar yang lain.

Semasa mereka berjaya menangkap Dato’ Hisham, Ejen Rizwan teringat akan gadget Nueve yang boleh mengawal minda orang dan kemudian diganggu oleh Ejen M.A.T.A.

Semasa pusingan akhir sedang berlangsung, Cinco memulakan rancangannya. Cinco berjaya memasuki M.A.T.A dengan pertolongan Kim yang ‘hack’ dari dalam sementara Numeros dan yang lain menyerang hendap Dato’ Hisham.

Ejen Rizwan dan Ejen M.A.T.A bergabung untuk mengalahkan Numeros akan tetapi mereka tidak cukup kuat untuk melawan ‘upgrade’ mereka.

Cinco berjaya mendapatkan mainframe dan mengalahkan kesemua Ejen Muda dengan senang. Kim mula sedar bahawa rancangan Cinco terlalu kejam untuknya dan mula menyerang Cinco tetapi gagal.

Akhirnya Ejen Rizwan berjaya mengalahkan Numeros dan menyelamatkan Dato’ Hisham dengan pertolongan Prof Akram yang membuat pil untuk mengaktifkan semula nanobots di dalam badannya.

Disebabkan itu, Cinco kehilangan kuasa dan Ali mengambil kesempatan itu untuk menewaskan Cinco.

Dalam pada itu, pusingan terakhir M.A.T.A  Arena telah dimenangi oleh Alicia dan dengan itu Alicia dinobatkan sebagai Juara M.A.T.A  Arena.

Sebagai juara, Alicia diberikan I.R.I.S. dan menjadi pemakai I.R.IS. yang baru. Walaupun Ali tidak mendapat I.R.I.S, ketua Teras mempunyai rancangan yang lain buat Ali iaitu sebagai pemakai Sut S.A.T.R.I.A.

Tak sabar nak tengok kalau ada sambungan Ejen Ali Musim 4 pula. Baca Sinopsis Ejen Ali Musim 3 Bahagian Satu.

Episod Ejen Ali Musim 3 Bahagian Dua

Ejen Ali Musim 3 Episod 8

Misi: Change
Durasi: 20 minit

8 Ejen Muda yang terselamat terpaksa ditukar Teras. Ali kini seorang Ejen Kombat perlu belajar peranannya untuk membantu kumpulan dia.

Ejen Ali Musim 3 Episod 9

Misi: Hybrid
Durasi: 21 minit

Akibat tidak mengikut rancangan kumpulan, Ali kalah dalam acara yang lepas. Ali baru sedar bahawa ahli kumpulanya yang lain ialah bekas Ejen Kombat dan meminta untuk mereka ajar Ali cara untuk menjadi seorang Ejen Kombat yang bagus.

Ejen Ali Musim 3 Episod 10

Misi: Camp
Durasi: 20 minit

Sebelum pusingan terakhir bermula, para Mentor memberi para Ejen Muda hari cuti dan Kim memberitahu Alicia tentang kisah silamnya.

Ejen Ali Musim 3 Episod 11

Misi: Vital
Durasi: 21 minit

Acara terakhir M.A.T.A Arena bermula. Sementara Ejen Muda sedang bertanding, Cinco dan konco-konconya memulakan rancangan mereka. Ejen Rizwan and Dos serang hendap Dato’ Hisham.

Ejen Ali Musim 3 Episod 12

Misi: Sting
Durasi: 21 minit

M.A.T.A Arena diganggu oleh Cinco yang berjaya masuk ke dalam M.A.T.A dengan pertolongan Kim dari dalam M.A.T.A. Ejen Rizwan dan Dos tolong Ejen M.A.T.A dalam mengalahkan konco Cinco.

Ejen Ali Musim 3 Episod 13

Misi: Champion
Durasi: 23 minit

Cinco berjaya mendapatkan Mainframe dan Ejen Muda menyerang Cinco tetapi dikalahkan oleh Cinco dengan senang. Ejen Rizwan teringat akan barang yang diberi oleh Prof Akram. Ali iaitu Ejen yang terakhir tinggal bersedia untuk menumpaskan Cinco.

Info Bahagian Dua Ejen Ali Musim 3

  • Penstriman: Disney+ Hotstar
  • Tarikh Tayangan: 24 Disember 2022 – 28 Januari 2023
  • Terbitan: WAU Animation, Primework Studio & Disney+ Hotstar
  • Pengarah Bersama: Usamah Zaid dan Nazmi Yatim
  • Pengarah Kreatif dan Suara: Shafiq Isa

Semua episod Ejen Ali Musim 1 dan 2, Ejen Ali the Movie, serta filem pendek Ejen Ali: Misi Juang kini boleh ditonton di Disney+ Hotstar.

Baca juga; Tonton Filem Mechamato

Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

Gaxodus Bantu Melegakan Sembelit dan Gastritis
Gaxodus Bantu Melegakan Sembelit | Masalah sakit perut seperti sembelit …

Gaxodus Bantu Melegakan Sembelit dan Gastritis

8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di Malaysia
Jenama Basikal Lipat | Trend berbasikal merupakan gaya hidup sihat …

8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di Malaysia

About The Author

duniamyzan

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
    Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini …
    September 6, 2023 0
  • 6 Cara Memilih Beras Yang Baik & Berkualiti
    6 Cara Memilih Beras Yang Baik & …
    September 4, 2023 0
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
    Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear …
    September 17, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh