MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Sihat
Kayuh Basikal Boleh Kurus, Ini 5 Kebaikan Menunggangnya
Diari Sihat

Kayuh Basikal Boleh Kurus, Ini 5 Kebaikan Menunggangnya

duniamyzan January 25, 2023

Betul ke kalau kita kayuh basikal boleh kurus. Memang betul, senaman kayuh basikal ini merupakan sukan yang mempunyai kelebihan sendiri.

Contents hide
1 Kebaikan Kayuh Basikal
1.1 Kemudahan Riadah
1.2 Menjimatkan
1.3 Elok Untuk Tahap Kecergasan
1.4 Menurunkan Berat Badan Dan Lemak
1.5 Menggabungkan Dengan Senaman Lain
2 Pemanasan Badan Sebelum Kayuh Basikal
3 Kayuh Basikal Dalam Rumah
4 Jenis Basikal
4.1 Basikal Jalanan (Road Bike)
4.2 Basikal Gunung (Mountain Bike – MTB)
4.2.1 Hard Tail
4.2.2 Soft Tail
4.3 Basikal Untuk Melancong (Touring Bike)

Jika dilakukan secara konsisten, kayuh basikal boleh kurus dan berat badan boleh turun dengan cepat. Paling penting, perut lebih mudah kempis.

Patutlah bila tengok geng-geng basikal yang buat kayuhan di Guthrie Corridor Expressway (GCE) ramai yang slim walaupun dah berusia.

Kayuh basikal juga adalah salah satu cara yang berkesan untuk membakar kalori dan membantu meningkatkan tahap kesihatan serta kekuatan fizikal tanpa perlu menyekat diet harian.

Ketahui cara diet eat clean yang betul untuk gaya hidup yang sihat.

Lepas buat kayuhan basikal boleh lepak kedai mamak sambil cooling down. Tak perlu takut sebab kayuh basikal boleh kurus kan!

Kayuh basikal boleh kurus dan berat badan boleh turun dengan cepat.

Kebaikan Kayuh Basikal

Kebanyakan masalah kesihatan berpunca daripada kurang melakukan aktiviti fizikal yang mudah. Ramai yang menganggap beriadah atau bersenam perlu menyertai program kecergasan yang serius.

Basikal adalah cara yang mudah untuk digunakan dalam program kecergasan anda. Ketika memilih aktiviti untuk meningkatkan kecergasan perlu pastikan kos yang diperlukan mengikut kemampuan diri.

Begitu juga dalam memilih basikal mempunyai pelbagai bentuk, material dan jenama basikal. Banyak jenama basikal yang kayangan dan kadang-kadang harganya mencecah ratusan ribu ringgit.

Walau bagaimanapun tujuan kayuh basikal hanya satu iaitu untuk meningkatkan kecergasan diri. Kebaikan kayuh basikal antaranya ialah;

Kemudahan Riadah

Basikal adalah alat yang mudah diselenggara dan mudah diperolehi. Selain itu boleh berkumpul dengan teman-teman yang mempunyai basikal untuk turut serta bersenam.

Kata orang lebih ramai lebih meriah. Pengalaman daripada mereka yang telah lama menunggang basikal juga boleh dikongsi bersama.

Kita juga bebas untuk menunggang basikal bila-bila masa seperti waktu pagi sebelum keluar bekerja atau pada waktu malam selepas pulang ke rumah.

Menjimatkan

Anda boleh membeli basikal mengikut keperluan dan kemampuan diri. Tidak perlu mengikut orang yang telah lama atau yang lebih berkemampuan.

Kata orang ukur baju di badan sendiri. Memang benar sebuah basikal yang baik boleh tahan lama, namun basikal yang tidak berjenama jika dijaga dengan rapi boleh juga bertahan lama.

Penyelenggaraan basikal juga tidak banyak atau cerewet. 

Elok Untuk Tahap Kecergasan

Kayuh basikal memang elok dilakukan untuk meningkatkan kecergasan. Tetapi, bagaimana pula dengan mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti sakit sendi?

Sebenarnya siapa sahaja boleh berbasikal kerana ia adalah senaman yang tidak menampung berat badan juga tidak kepada sendi. Namun, ada perlu tahu tahap kesihatan sendiri.

Kita tidak boleh mengikut cara kayuhan atau kecepatan masa mereka yang sihat. Jika masih berdegil dan mahu mencabar diri mungkin mengundang bahaya kepada kesihatan.

Menurunkan Berat Badan Dan Lemak

Menunggang basikal boleh meningkatkan kecergasan jantung dan paru-paru. Kayuh basikal bakar kalori? Aktiviti riadah basikal ini boleh membakar kalori lantas menurunkan berat badan.

Ini merupakan sebab kayuh basikal boleh kurus. Jika senaman lain memerlukan masa untuk mula proses membakar lemak. Tetapi, kayuh basikal selama 12 hingga 15 minit sudah memulakan proses membakar lemak. Memang terbaik!

Menggabungkan Dengan Senaman Lain

Kadang-kadang kita bosan dengan sesuatu aktiviti riadah dan jadi punca berhenti untuk bersenam. Bagi elak kebosanan boleh menggabungkan aktiviti kayuh basikal dengan senaman lain.

Kita boleh menukar rutin yang kerap dan berselang-seli dengan senaman yang lain. Sebagai contoh cuba menunggang basikal selama tiga hari seminggu dan hari yang lain boleh berjogging.

Boleh juga menggabungkan senaman dalam satu hari iaitu menunggang basikal dan disambung dengan aktiviti jalan kaki. Kalau nak lagi advance boleh ikut style Ironman yang gabungkan berenang, kayuh basikal dan marathon.

Pemanasan Badan Sebelum Kayuh Basikal

Seperti semua jenis senaman sebelum berkayuh perlu melakukan aktiviti pemanasan badan sekitar 15 minit. Pemanasan badan ini penting untuk elak sebarang kecederaan dan merangsang otot untuk bersedia untuk mengayuh.

Begitu juga selepas mengayuh perlu melakukan aktiviti penyejukan badan seperti melakukan kayuhan ringan sekitar 15 minit bagi membantu merehatkan otot dan badan.

Kayuh Basikal Dalam Rumah

Bersenam menerusi kayuhan basikal ini tidak terhad kepada aktiviti luar sahaja. Kalau musim hujan tak dapat kayuh basikal di luar boleh juga berkayuh dalam rumah.

Syaratnya kena ada alat yang membantu semasa sesi kayuhan basikal. Antara aplikasi kayuhan yang boleh membantu ialah Zwift. Lain-lain peralatan yang diperlukan ialah;

  1. Trainer (alat untuk diletakkan di roda basikal)
  2. Garmin
  3. Heart Rate
  4. Cadence Sensor

Boleh juga guna spinning bike. Tapi awas! Jangan jadikan spinning bike ini tempat gantung baju pulak ya.

Jenis Basikal

Terdapat tiga jenis basikal yang biasa digunakan dalam aktiviti basikal ini iaitu;

Basikal Jalanan (Road Bike)

Basikal jenis ini hanya boleh digunakan di jalan raya. Ia sangat ringan dan mempunyai tayar yang kecil yang direka khusus untuk aktiviti di jalan raya.

Boleh dikatakan basikal jenis ini berteknologi tinggi kerana sering berubah mengikut peredaran zaman terhadap aerodinamik dan materialnya.

Mungkin itu punca basikal ini mahal harganya. Namun kepuasan menunggang basikal jenis ini apabila berkayuh jarak jauh sekitar 80km hingga 160km.

Basikal Gunung (Mountain Bike – MTB)

Basikal jenis ini sesuai untuk kayuhan di atas jalan biasa. Ia adalah basikal pelbagai guna kerana boleh menyusur di laluan lereng bukit, gunung, sungai, jalan hutan dan taman perumahan.

MTB pula terbahagi kepada dua iaitu;

Hard Tail

Mempunyai penangguhan (suspension) hanya di bahagian depan (fork) dan tidak di bahagian belakang. Biasanya digunakan untuk memanjat bukit dan offroad yang tidak mencabar.

Soft Tail

Mempunyai penangguhan (suspension) di bahagian depan (fork) dan belakang. MTB jenis ini biasa digunakan ketika menuruni bukit yang mencabar.

Basikal Untuk Melancong (Touring Bike)

Basikal jenis ini biasanya digunakan oleh pelancong untuk melawat sesuatu tempat pelancongan. Basikal jenis ini mempunyai ruang untuk meletak beg dan mengayuh dengan santai.

Ada juga basikal jenis ini yang boleh dikayuh beramai-ramai untuk menikmati keindahan sesebuah kota. Seronok juga sekali-sekala kayuh basikal begini.

Baca juga; Cara Kira BMI

Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

8 Tanda Menopaus, Bukan Penamat Nilai Kewanitaan
Sebagai wanita sangat penting untuk tahu tanda-tanda menopaus yang bakal …

8 Tanda Menopaus, Bukan Penamat Nilai Kewanitaan

Ejen Ali Musim 3 Bahagian Dua, Teruja Tengok Ejen M.A.T.A Beraksi
Ejen Ali Musim 3 Bahagian Dua | Sambungan siri animasi …

Ejen Ali Musim 3 Bahagian Dua, Teruja Tengok Ejen M.A.T.A Beraksi

About The Author

duniamyzan

One Response

  1. sofea

    Patutlah Sis sentiasa nampak langsing

    January 31, 2023

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
    Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini …
    September 6, 2023 0
  • 6 Cara Memilih Beras Yang Baik & Berkualiti
    6 Cara Memilih Beras Yang Baik & …
    September 4, 2023 0
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
    Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear …
    September 17, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh