The Wedding Agreement Season 2 adalah drama bersiri yang diadaptasi dari novel dan filem hasil karya Mia Chuz. Bagi siapa yang telah menonton filem dan season 1 drama bersiri ini tentu tak sabar nak melihat sejauhmana cinta pasangan suami isteri Bian (lakonan Refal Hady) dan Tari (lakonan indah permatasari) mampu bertahan. Seperti yang diketahui, mereka berkahwin bukan atas dasar cinta dan telah melangsungkan pernikahan kontrak. Usai pernikahan, meraka mahu bercerai dan menjalani kehidupan masing-masing. Kalau dah jodoh tak ke mana, ujian rumahtangga yang ditempuh oleh pasangan ini telah menguatkan cinta mereka tanpa disedari.
Drama ini menyelitkan elemen komedi, tipu daya, dan perasaan yang membuatkan penonton terpaku di hadapan skrin. Drama bersiri ini boleh ditonton secara eksklusif di Disney+ Hotstar bermula 28 Oktober 2023. Drama bersiri The Wedding Agreement Season 2 ini keluaran syarikat produksi Starvision oleh Chand Parwez Servia. Drama bersiri ini telah diarahkan oleh Archie Hekagery serta skrip ditulis oleh penulis dari season 1, Mia Chuz. Apakah agaknya kesudahan drama yang mempunyai bilangan sebanyak 10 episod ini.
Sinopsis The Wedding Agreement Season 2
Drama bersiri The Wedding Agreement Season 2 berlatarbelakangkan kisah rumahtangga Bian dan Tari setelah anak sulung mereka, Fatih berusia 3 tahun. Masing-masing sibuk membina karier dalam perniagaan sehingga tidak ada masa untuk keluarga. Banyak konflik yang timbul lebih-lebih lagi apabila sarah muncul semula dalam kehidupan rumahtangga Bian dan Tari.
Baca juga: Cara untuk move on
Pelakon The Wedding Agreement Season 2
- Refal Hady sebagai Bian
- Indah Permatasari sebagai Tari
- Susan Sameh sebagai Sarah
- Ibrahim Risyad sebagai Rafa
- Wafda Saifan sebagai Aldi
- Unique Priscilla sebagai Ibu Bian
- Mathias Muchus sebagai Pakde
- Chantiq Schagerl sebagai Kinan
- Yati Surachman sebagai Bi Darmi
- Cut Mini Theo sebagai Bude
- Naufal Samudra sebagai Karli
- Zsazsa Utari
- Bucek Depp
- Boy Idrus
- James Tang
Sinopsis The Wedding Agreement Season 1
Walaupun sudah berkahwin namun Bian dan Tari masih tinggal berasingan di tingkat yang berbeza di rumah mereka. Tari terkejut apabila Bian mengemukan kontrak sebaik sahaja mereka tinggal bersama. Terpaksa akur dengan keputusan suami, Tari mengikut rentak suaminya itu. Konflik mula timbul apabila Sarah (lakonan Susan Sameh) tiba-tiba muncul di kediaman pasangan suami isteri ini. Sarah yang tidak dapat menerima keputusan Bian meninggalkannya kerana menuruti kemahuan ibu bapanya yang mahu dia menikahi Tari.
Sarah tidak berputus asa dan cuba memenangi semula hati Bian. Dia berpura-pura mengandung anak Bian dan memintanya untuk mengahwininya. Dia juga mengancam untuk mendedahkan hubungan sulit mereka kepada media dan merosakkan reputasi Bian. Bian terkejut dan berkonflik dengan pembohongan dan ugutan Sarah.
Tari mendapat tahu tentang dakwaan kehamilan Sarah dan berhadapan dengan Bian. Dia berasa dikhianati dan terluka dengan penipuan dan ketidakjujuran Bian. Dia memutuskan untuk meninggalkannya dan menerima cadangan Kinan untuk bekerja di luar negara dengannya.
Bian tahu dia telah melakukan kesilapan besar dan baru sedar bahawa dia benar-benar mencintai Tari tanpa disedarinya. Dia merayu dia untuk tinggal bersamanya dan membuktikan cintanya padanya. Dia juga mendedahkan kebenaran tentang kehamilan palsu Sarah dan berpisah dengannya untuk selamanya.
Tari memaafkan Bian dan bersetuju untuk tinggal bersamanya. Mereka memperbaharui ikrar mereka dan meraikan ulang tahun mereka. Mereka akhirnya mempunyai perkahwinan yang bahagia dan harmoni.
Baca juga; Drama Luruhnya Bunga Cinta, Sinopsis Moving Kdrama, Drama Projek High Council
kolin
hi awak..nice blog