Kerap Berpeluh | Perasaan gembira ketika bercuti memang sukar diungkap dengan kata-kata. Bila tengok balik gambar-gambar masa melancong, cantiknya.
Tapi, kenapa kulit wajah nampak tak berseri dan kusam. Bila ingat balik rupanya akibat tak selesa kerap berpeluh ketika melancong jadi puncanya.
Kalau bercuti setakat nak duduk dalam hotel semata-mata terasa ruginya. Sebaiknya nikmati keindahan alam daerah yang dikunjungi dan mempelajari sejarah, seni dan warisan di situ.
Kalau bercuti memang tak boleh nak elak berada di bawah bahang panas matahari untuk menikmati panorama indah yang terbentang di depan mata.
Kerap Berpeluh Ketika Melancong
Tubuh secara automatik akan mengeluarkan peluh ketika perubahan suhu berlaku dengan pantas.
Berpeluh juga cara tubuh berfungsi untuk menstabilkan kembali suhu normal. Cecair yang keluar melalui pori-pori kulit mengeluarkan racun teruatama ketika sedang bersukan.
Kerap berpeluh ketika melancong kerana sering berjalan kaki dari satu tempat ke satu tempat lantas merangsang tubuh untuk mengeluarkan peluh.
Berpeluh adalah suatu perkara yang biasa kepada manusia namun setiap orang mempunyai kadar perpeluhan yang berbeza.
Jenis Peluh Yang Biasa
Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini juga mempunyai tiga jenis perpeluhan yang berbeza.
1. Tubuh
Peluh yang dikeluarkan oleh tubuh biasanya berlaku apabila mengalami peningkatan suhu dan tidak mengeluarkan bau.
Kebiasaannya tubuh ini akan keluar ketika sedang bersenam atau banyak melakukan aktiviti yang melibatkan fizikal.
Fungsi peluh itu sendiri adalah untuk membantu menurunkan suhu tubuh yang berada dalam keadaan panas. Hampir keseluruhan bahagian tubuh boleh mengeluarkan peluh.
Tubuh kerap berpeluh mungkin kerana cuaca yang panas dan terik.
2. Tangan & Kaki
Peluh yang keluar melalui tangan atau kaki ini tidak meleleh seperti peluh yang dikeluarkan oleh tubuh.
Peluh jenis ini hanya terjadi pada tapak tangan dan juga kaki yang berfungsi untuk melembapkan kulit, menguatkan genggaman dan pijakan kaki agar tidak menjatuhkan sesuatu dalam genggaman atau terjatuh.
Ketika sedang berasa cemas kadang-kadang peluh ini akan keluar lebih banyak.
3. Bawah Lengan & Bahagian Intim
Peluh jenis ini memang hanya keluar melalui dua bahagian tubuh sahaja. Kebiasaannya peluh di dua kawasan ini akan mengeluarkan bau atau aroma khas tubuh setiap manusia.
Bau atau aroma ini dipengaruhi oleh bakteria tertentu pada bahagian tersebut. Aroma tubuh ini berbeza di antara sesama manusia.
Peluh Musuh Utama Wanita
Peluh bukan suatu alasan untuk menidakkan anda untuk keluar bercuti atau beriadah di bawah panas terik matahari. Wanita selalu menganggap panas dan dan kerap berpeluh sebagai musuh utama terutama ketika bercuti di Negara Asia.
Peluh bukan sahaja menjadi punca rasa tidak selesa dan kadang-kadang menjadi punca pergerakan terbatas.
Apabila anda mengenakan solekan, peluh juga menjadi punca solekan tidak sekata atau bercapuk. Jadi tidak hairan ramai wanita memilih untuk berehat di dalam hotel sahaja.
Tip Agar Kekal Cantik Walau Berpeluh Cahaya Matahari
Ramai wanita tak mahu keluar rekreasi kerana mengelak cahaya matahari dan kerap berpeluh. Bagi penampilan sentiasa cantik dan menarik walau ketika bercuti jom ikuti tip ini.
Ganti Bedak Asas Dengan Penyamar Noda
Kita pasti risau solekan yang diapliaksi pada wajah jadi tidak sekata atau bercapuk lebih-lebih lagi akibat berpeluh. Apa yang perlu anda lakukan adalah menggantikan penggunaan bedak asas (foundation) kepada penyamar noda (concealer).
Penyamar noda mengandungi bahan yang lebih ringan dan juga padat. Oleh itu apabila disapu ke atas kulit, penyamar noda ini tidak mudah terjejas akibat berpeluh.
Sapukan lapisan nipis penyamar noda ini di atas kulit sebagai dasar kepada solekan. Selain itu cuba elak guna bedak debu kerana bedak jenis ini bersifat mudah terjejas dan bergumpal disebabkan peluh.
Pilih Solekan Kalis Air
Kita akan rasa pelik apabila setiap kali berpandangan mata dengan orang lain ada yang tersenyum sinis. Apabila melihat di cermin rupa-rupanya pengalit mata dan juga maskara telah luntur dan bawah mata terdapat lelehan hitam, malunya…
Langkah yang paling efektif untuk menangani masalah ini adalah dengan menggunakan solekan kalis air yang tidak mudah luntur disebabkan peluh mahupun hujan.
Pilih Pembayang Mata Jenis Krim
Tidak salah untuk bersolek dengan sempurna ketika bercuti. Pemakaian pembayang mata boleh menyerlahkan penampilan terutama ketika mengabadikan kenangan dalam potret.
Pembayang mata yang paling sesuai untuk digunakan ketika bercuti adalah jenis krim. Pembayang mata jenis ini bukan sahaja mudah diaplikasi malah lebih mudah dimasukkan ke dalam bagasi berbanding jenis serbuk.
Bukan itu sahaja pembayang mata jenis krim ini boleh menjadi boomerang ketika peluh mula keluar.
Elak Guna Alat Pengering Rambut
Seperti semua orang tahu jika terlalu terdedah di bawah cahaya matahari akan merosakkan rambut. Jadi jangan menambahkan kerosakan rambut dengan menggunakan alat pengering rambut.
Jika takut rambut menjadi lepek akibat panas dan berpeluh guna perapi rambut selepas bersyampu. Jika anda menyapu perapi rambut secara konsisten dapat menjadikan volume akar rambut meningkat.
Pakai Topi
Langkah yang paling mudah dan sering menjadi pilihan wanita untuk melindungi diri daripada panas matahari dan peluh adalah memakai topi.
Topi bukan sahaja berfungsi untuk melindungi wajah atau rambut malah turut berfungsi sebagai aksesori. Pilih topi yang boleh menyerap peluh dan membenarkan peredaran udara berlaku dengan baik.
Jangan terlalu lama memakai topi kerana bimbang peluh yang terbit di atas kulit kepala boleh merosakkan rambut.
Baca juga; Penjagaan Kulit Muka Berjerawat dan Cara Kira BMI
Sofea
Very good article.. 😁