MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Sihat
Cara Penjagaan Kulit Muka Berjerawat & 4 Jenis Lagi Perlu Dipraktikkan
Diari Sihat

Cara Penjagaan Kulit Muka Berjerawat & 4 Jenis Lagi Perlu Dipraktikkan

duniamyzan December 19, 2022

Penjagaan Kulit Muka Berjerawat | Setiap wanita boleh dikatakan paling kurang sekali seumur hidup kulit muka pernah tumbuh jerawat.

Jerawat yang tumbuh satu atau dua di kulit memang tidak mempengaruhi tindakan kita tetapi apabila seluruh kulit wajah ditumbuhi jerawat memang sesuatu patut dilakukan.

Beruntung orang yang dikurniakan Allah SWT kulit wajah yang cantik tanpa kesan parut jerawat. Selain rasa sakit pada kulit wajah, kesan parut jerawat sememangnya paling tidak disukai oleh wanita mahupun lelaki.

Contents hide
1 Amalan Penjagaan Kulit Muka
2 Rawatan Selamat Untuk Kulit
3 Semak Status Halal Produk
4 Penjagaan Kulit Muka Kusam
5 Penjagaan Kulit Muka Sensitif
6 Penjagaan Kulit Muka Berminyak
7 Penjagaan Kulit Muka Kombinasi
8 Penjagaan Kulit Muka Berjerawat
9 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Warna Kulit Seseorang
9.1 Dalaman:
9.2 Luaran:

Amalan Penjagaan Kulit Muka

Amalan penjagaan kulit muka dan cara terbaik menjaga kulit adalah;

  • Mengelakkan diri daripada terdedah di bawah pancaran matahari yang terlalu lama terutama pada 10.00 pagi hingga 4.00 petang (waktu pancaran matahari paling terik).
  • Guna krim tabir surian SPF30 dan ke atas.
  • Selain itu, guna krim pelindung matahari terutama ketika di laut, pantai, kolam renang terbuka, kawasan salji dan padang pasir. Ini kerana pembalikkan pancaran terjadi dan pakai krim ini 30 minit sebelum terdedah kepada cahaya matahari.
  • Boleh juga melindungi kulit dengan memakai baju lengan panjang dan kaca mata hitam.
Penjagaan Kulit Muka Berjerawat perlu dilakukan untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik.
Photo by PNW Production from www.pexels.com

Rawatan Selamat Untuk Kulit

Rawatan paling selamat dan berkesan adalah dengan;

  1. Mendapatkan nasihat daripada doktor estetik,
  2. Mengamalkan pemakanan sihat, seperti pengambilan buah-buahan yang mengandungi vitamin C dan antioksida. Cara Diet Eat Clean juga dapat membantu mendapatkan kulit yang sihat dan cantik.
  3. Banyak minum air putih kosong.
  4. Guna bahan-bahan semula jadi seperti putih telur, timun, yogurt, aloe vera sebagai topeng (mask) muka untuk membaiki struktur kulit setelah terdedah kepada matahari dan keadaan panas sejuk semasa bekerja.
  5. Amalkan kolagen asli terutama hidrolisis kolagen dalam pemakan tambahan terutama 25 tahun ke atas, kekurangan kolagen juga mempengaruhi struktur dan warna kulit.
  6. Cuci muka dengan pencuci yang bersesuaian, pelembab yang bersesuaian dan lulur selepas bekerja dengan solekan.

Semak Status Halal Produk

Sebagai seorang pengguna Muslim, isu halal untuk sesuatu produk adalah sangat penting.

Perlu pastikan produk tersebut telah disahkan sebagai Halal sama ada daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Jabatan Agama Islam luar negara.

Setiap produk kecantikan dan kesihatan perlu berdaftar dengan badan-badan berwajib seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan JAKIM.

Sebelum kita memilih sesuatu produk, pastikan kita tahu apa isi kandungan dalam produk tersebut, bila tarikh tamat luput, dos dan cara makan produk tersebut.

Sebelum membeli perlu tahu apa kandungan produk tersebut. Adakah terdapat kesan sampingan setelah makan dan pakai produk tersebut.

Ambil tahu tentang ramuan di dalam produk tersebut. Pastikan produk tidak mengandungi bahan-bahan terlarang yang boleh memudaratkan kesihatan dan kecantikan.

Seelok-eloknya gunakan produk yang berunsur semula jadi, bersih dah tidak mengandungi bahan terlarang.

Photo by Feyza Altun from www.pexels.com

Penjagaan Kulit Muka Kusam

  • Elakkan membersihkan wajah tanpa menanggalkan solekan terlebih dahulu. Gunakan tisu basah, atau pembersih khas solekan terlebih dahulu.
  • Bersih solekan di mata dengan berhati-hati. Kulit di sekitar mata amat sensitif. Jika tidak berhati-hati akan mengakibatkan masalah lingkaran gelap bawah mata.
  • Jangan menggunakan skrub wajah yang terlalu kasar. Penggunaan skrub terlalu kasar boleh mencederakan kulit.
  • Gunakan serum atau pelembap muka setiap hari.
  • Dapatkan nasihat doktor dan ambil suplemen yang sesuai jika masalah ini berlarutan.

Penjagaan Kulit Muka Sensitif

  • Elak menggunakan produk yang mempunyai alkohol, wangian atau lanolin. Bebas pewangi tidak bermakna ia bebas bahan kimia.
  • Jangan kerap menukar produk. Sebaiknya, setia pada produk yang terbaik untuk kulit.
  • Elak bersolek secara kerap apatah lagi solekan yang tebal.
  • Pilih skrub yang tidak terlalu kasar untuk mengurangkan iritasi pada kulit.

Penjagaan Kulit Muka Berminyak

  • Bersih wajah anda sekurang-kurangnya dua kali sehari.
  • Gunakan tuala khas untuk mengelap wajah. Jangan menggunakan tuala yang sama untuk mengelap badan kerana kulit berminyak sangat sensitif.
  • Pilih supplemen yang mengandungi vitamin C.

Penjagaan Kulit Muka Kombinasi

  • Jika ingin tahu kulit jenis ini, anda akan berasa kering pada beberapa bahagian kulit dan licin di bahagian yang lain selepas mencuci wajah.
  • Elakkan membersihkan wajah dengan menngunakan produk yang berunsurkan buih kerana ia akan menyebabkan kekeringan dan pengeluaran minyak secara berlebihan.

Penjagaan Kulit Muka Berjerawat

  • Jika anda mempunyai masalah ini, disarankan untuk berjumpa pakar kulit untuk mendapatkan rawatan yang sesuai.
  • Elak tabiat mencuci muka dengan kasar dan menggunakan produk pembersih yang tidak diketahui kandungannya.
  • Seandainya berpeluh, pastikan anda mengelapnya terus. Usah biar ia kering sendiri dan meresap ke dalam kulit.
  • Elakkan memicit jerawat pada muka anda dengan kuku.
Photo by anna nekrashevich from www.pexels.com

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Warna Kulit Seseorang

Dalaman:

Tekanan, stres, letih, lesu, gangguan fungsi kelenjar endokrin, pengaruh ubat-ubatan, penyakit kulit, proses penuaan, kurang tidur dan genetik.

Luaran:

Penggunaan produk kosmetik yang tidak berkualiti, berada laama di bawah sinar matahari dan UV, rawatan kulit yang salah dan pencemaran udaran dan radikal bebas.

Baca juga; Cara Naikkan Seri Pengantin

Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

Vaksin Astrazeneca Malaysia, Dos Pertama Di WTCKL
Rasa syukur apabila terpilih menerima vaksin Astrazeneca Malaysia. Langsung tak …

Vaksin Astrazeneca Malaysia, Dos Pertama Di WTCKL

Uji Kesegaran Telur, Guna Air Jer Dah Dapat Jawapan
Uji Kesegaran Telur | Boleh dikatakan telur jadi barang wajib …

Uji Kesegaran Telur, Guna Air Jer Dah Dapat Jawapan

About The Author

duniamyzan

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    September 17, 2023 0
  • Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara Sistematik
    Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara …
    August 23, 2023 0
  • 8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di Malaysia
    8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di …
    August 26, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh