Sakit gigi ni lain macam penangan dia. Sakit bersalin pun tak sakit macam sakit gigi. Itu sebab ubat sakit gigi kena selalu ada di rumah. Gigi berdenyut membawa ke mata berdunyut naik ke atas kepala. Memang sakit yang tak boleh bawa bincang. Sakit gigi berpunca daripada keradangan gusi, karies gigi, atau masalah gigi bongsu. Ubat sakit gigi biasanya mengandungi bahan seperti analgesik atau anti-radang untuk mengurangkan kesakitan dan keradangan di kawasan tersebut. Dah lega sikit barulah boleh tidur malam. Walau bagaimanapun, ia hanya memberikan kelegaan sementara dan individu yang mengalami masalah gigi yang serius sepatutnya berjumpa dengan doktor gigi untuk diagnosis dan rawatan yang tepat.
Cara Hilangkan Sakit Gigi
Sementara nak tunggu masa yang sesuai nak jumpa dengan doktor gigi boleh lah cuba cara hilangkan sakit gigi seperti berikut. Semoga kurang sikit sakit tu dan boleh bertahan sebelum berjumpa dengan mereka yang pakar.
Berikut adalah senarai 10 langkah untuk menghilangkan sakit gigi:
Bersihkan Gigi
Berus gigi dengan berhati-hati dan guna ubat gigi untuk membersihkan di seluruh kawasan mulut. Sebaik-baiknya guna berus gigi yang lembut dan bukan berus yang keras. Persekitaran mulut yang bersih dapat mengelakkan bakteria berkumpul.
Kumur Dengan Air Garam
Selain penting dalam masakan, garam boleh membantu melegakan sakit gigi kerana bersifat antiseptik. Kumur mulut dengan air garam sejuk untuk membantu mengurangkan keradangan dan membunuh bakteria. Air yang dicampur garam mempunyai kepekatan lebih tinggi daripada air biasa. Bila berkumur dengan air garam menjadikannya bersentuhan dengan kuman. Cecair daripada sel kuman tersebut akan meresap keluar dan mengakibatkan kuman itu mati akibat dehidrasi.
Gunakan Air Batu
Letakkan beberapa ketul air batu dalam beg plastik dan bungkus dalam tuala kecil. Untuk melegakan kesakitan gigi tuam tuala berisi air batu di kawasan yang sakit.
Minum Air Sejuk
Minum air sejuk boleh membantu mengurangkan kesakitan seketika.
Gunakan Ubat Sakit Gigi
Di pasaran terdapat ubat gigi untuk gigi sensitif. Sedikit sebanyak penggunaan ubat yang mengandungi analgesik atau anti-radang boleh membantu melegakan denyutan akibat sakit gigi.
Mengunyah Bawang Putih
Bawang putih mengandungi sifat antibakteria dan anti-radang. Cuba kunyah potongan kecil bawang putih untuk meredakan kesakitan. Kalau tak sanggup mungkin boleh tumbuk tumat bawang putih dan lekat pada kawasan yang sakit.
Minum Teh Pudina
Kalau tak sakit gigi pun boleh minum teh pudina. Teh pudina mempunyai sifat penenang semula jadi yang boleh mengurangkan kesakitan dan meredakan keradangan. Sebaik-baiknya guna daun pudina segar. Kalau tak ada boleh juga guna teh pudina yang dijual di pasaran.
Gunakan Minyak Cengkih
Celup bebola kapas ke dalam minyak cengkih pada gigi yang sakit. Cengkih mempunyai sifat analgesik semula jadi.
Elakkan Makanan Panas dan Manis
Selepas membuat rawatan gigi, doktor gigi selalu pesan elak makan makanan panas dan manis. Semasa sakit gigi pun cuba elakannya. Ini kerana makanan panas dan manis boleh meningkatkan sensitiviti gigi. Elakkan makanan ini untuk mengurangkan kesakitan.
Rujuk Doktor Gigi
Jika sakit gigi berlanjutan atau tak terbendung lagi sewajarnya berjumpa terus dengan doktor gigi. Rujuk dengan doktor gigi untuk diagnosis dan rawatan yang lebih lanjut.
Petua Melegakan Sakit Gigi Berlubang
Gigi berlubang ini antara punca yang menyebabkan sakit gigi. Lubang kecil pada gigi boleh membolehkan bakteria masuk ke dalam gigi dan merosakkan tisu dalaman, menyebabkan kesakitan. Kalau lubang tu dah besar memang akan mudah sakit gigi. Mereka yang sakit gigi berlubang boleh cuba cara hilangkan sakit gigi seperti di atas dan petua melegakan sakit gigi berlubang seperti:
Elak Guna Gigi Berlubang
Hindari mengunyah makanan dengan gigi yang berlubang untuk mengelakkan kesakitan yang lebih teruk.
Pengunaan Minyak Aromaterapi
Terdapat banyak jenama minyak aromaterapi yang dijual di pasaran. Boleh pilih mengikut keselesaan masing-masing. Tapi, awas! Jangan letak terus minyak aromaterapi tersebut di kawasan urat yang sakit kerana nanti akan berlakunya bengkak di kawasan tersebut.
Namun, perlu diingatkan bahawa petua-petua ini hanya memberikan kelegaan sementara. Mengunjungi doktor gigi adalah langkah yang penting bagi diagnosis dan rawatan yang betul bagi masalah gigi berlubang.
Ketahui cara untuk mendapat kemudahan perubatan PERCUMA di https://myzanjourney.com/skim-perubatan-madani-daftar/
Punca Gigi Berlubang
Gigi berlubang atau karies gigi terjadi apabila lapisan luar gigi, iaitu enamel, rosak oleh tindakan asid yang dihasilkan oleh bakteria dalam plak gigi. Plak merupakan lapisan lembut yang terbentuk di permukaan gigi akibat daripada sisa makanan yang tidak dibersihkan dengan baik. Punca utama bagi gigi berlubang termasuk:
Penjagaan Gigi
Tidak menjaga kebersihan gigi dengan betul. Sebaik-baiknya berus gigi selepas sektiap kali makan. Penumpukan plak atau sisa makanan akan menghasilkan asid yang merosakkan enamel gigi. Berjumpa dengan doktor gigi sekurang-kurang enam bulan sekali.
Pemakanan Tidak Sihat
Makanan yang manis dan tinggi karbohidrat mudah berubah menjadi asid kerana tindakbalas bakteria dalam mulut. Asid ini merosakkan enamel dan akhirnya membentuk lubang pada gigi.
Kurang Mineral Gigi
Kekurangan mineral seperti kalsium dalam diet boleh melemahkan struktur gigi dan menjadikannya lebih mudah rosak.
Kegiatan Bakteria
Bakteria dalam mulut bertindakbalas ke atas sisa-sisa makanan lalu menghasilkan asid sebagai hasil sampingan. Asid ini merosakkan enamel gigi.
Keturunan dan Genetik
Gigi berlubang juga boleh dipengaruhi oleh faktor genetik.
Kurang Air Liur
Air liur mempunyai sifat perlindungan semula jadi terhadap gigi dengan mengimbangi asid dan membantu membersihkan plak. Kurangnya air liur boleh meningkatkan risiko karies gigi.
Gigi Bersusun Rapat
Gigi yang rapat susunannya boleh menyukarkan berus gigi sampai hingga ke dalam untuk membersihkan sisa makanan dan plak di antara gigi. Ini juga faktor yang menyebabkan meningkatkan risiko karies gigi.
Peningkatan Usia
Kerosakan gigi boleh terjadi seiring peningkatan usia umur akibat penggunaan dan penjagaan gigi yang lama.
Penting untuk menjaga kebersihan mulut yang baik, mengurangkan pengambilan gula berlebihan, dan menjalani pemeriksaan berkala dengan doktor gigi untuk mencegah gigi berlubang.
Doa Hilangkan Sakit Gigi
Begitu hebatnya Islam. Ketika sedang sakit gigi pun mempunyai adab untuk berdoa memohon disembuhkan penyakitnya.
Setiap penyakit sudah pasti ada ubatnya. Berdoa dengan sungguh-sungguh bacaan doa sakit gigi sesuai sunnah berikut ini.
Doa 1
Rasulullah menganjurkan untuk membaca doa berikut ini:
“Letakkan tanganmu pada tempat yang sakit dan bacalah “Bismillah” tiga kali, lalu bacalah “A’uudzu billahi wa qudrotihi min syarri maa ajidu wa uhaadziru” (Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya dari keburukan yang sedang aku rasakan dan yang aku khawatirkan)” (HR. Muslim)
Doa 2
Cara Hilangkan Sakit Gigi Berdenyut
Tuala Panas
Ambil tuala dan perah dengan air suam. Tuam tuala yang panas tadi di kawasan sakit gigi tersebut. Semoga cara ini dapat membantu mengurangkan denyutan akibat sakit gigi.
Ais Batu
Boleh juga tuam ais batu yang dibungkus dengan kain bersih di kawasan sakit gigi tersebut.
Berehat
Baring dengan kepala yang lebih tinggi daripada badan. Ini boleh membantu mengurangkan aliran darah ke kepala dan mungkin mengurangkan tekanan pada gigi yang sakit.
Rujuk Doktor Gigi
Jika sakit gigi berdenyut berterusan atau bertambah teruk, rujuklah doktor gigi untuk diagnosis dan rawatan yang lebih lanjut.
Ubat Tahan Sakit Gigi Di Farmasi
Sakit gigi datang bukan ada bagi amaran. Tiba-tiba sakit tu boleh datang. Klinik gigi pun dah tutup. Jadi kita bertahan dengan beli ubat sakit gigi berlubang di farmasi. Berikut adalah beberapa contoh ubat tahan sakit gigi yang boleh dibeli di farmasi tanpa preskripsi:
Paracetamol
Paracetamol boleh digunakan untuk melegakan sakit (atau ketidakselesaan) yang disebabkan oleh sakit gigi. Ubat ini boleh membantu mengurangkan rasa sakit. Ikut arahan dos yang disyorkan pada bungkusan.
Ibuprofen
Ubat anti-radang ini juga berfungsi untuk membantu mengurangkan rasa sakit gigi serta keradangan, bengkak dan kemerahan gusi, atau kerengsaan pada bahagian mulut yang lain.
Aspirin
Aspirin juga merupakan analgesik yang boleh membantu melegakan sakit gigi. Namun, ia perlu diambil mengikut arahan dos yang betul dan perhatikan kontraindikasi.
Ubat Sakit Gigi Khusus
Terdapat ubat sakit gigi yang khusus direka untuk mengurangkan kesakitan gigi seperti;
Ubat Sakit Gigi Hurix
Ubat sakit gigi ini digunakan secara tradisional untuk melegakan sakit gigi berlubang. Sesuai digunakan oleh dewasa dan kanak-kanak berumur 2 tahun keatas. Cara menggunakannya ialah titiskan 1 titik terus pada lubang gigi atau titiskan 2 titik pada kapas untuk disapu pada lubang gigi selepas sisa-sisa makanan dibersihkan.
Ubat Sakit Gigi Cap Kaki Tiga
Serbuk Ubat Tiga Kaki mengandungi Aspirin yang membantu melegakan sakit kepala, demam, sakit gigi dan sakit ringan. Ia dibungkus dalam uncang kecil dan serbuk mudah larut dalam air untuk penyerapan yang lebih cepat oleh badan.
Ubat Sakit Gigi Berasaskan Krim
Ubat-ubatan dalam bentuk krim atau losen juga ada yang boleh disapukan pada kawasan gigi yang sakit untuk melegakan kesakitan.
Pastikan anda membaca arahan penggunaan pada bungkusan ubat dan berunding dengan ahli farmasi jika anda mempunyai sebarang penyakit atau mengambil ubat lain secara berkala. Jika sakit gigi berlarutan atau semakin teruk, rujuklah doktor gigi untuk mendapatkan rawatan yang lebih tepat.
Kalau sakit tekak boleh cuba cara ni https://www.miszrockers.com/2023/07/jenis-ubat-sakit-tekak-yang-berkesan.html?m=1