Skim Perubatan MADANI Daftar | Skim Perubatan MADANI bertujuan untuk memenuhi keperluan kesihatan golongan B40, terutamanya dalam mendapatkan perkhidmatan penjagaan primer akut atau rawatan pesakit luar kes-kes akut di klinik doktor keluarga, Skim Perubatan MADANI yang bermula pada 15 Jun 2023 sehingga 31 Disember 2023 akan diberikan secara automatik kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Ini adalah satu inisiatif rintis oleh kerajaan yang menawarkan perkhidmatan kesihatan percuma yang merangkumi konsultasi, pemeriksaan, ubat-ubatan, prosedur, dan rujukan.
Fasa rintis Skim Perubatan MADANI dijangka memberi manfaat kepada 700,000 isi rumah dengan peruntukan RM100 juta.
Apakah Skim Perubatan MADANI
Skim Perubatan MADANI adalah satu usaha yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan. Skim Perubatan MADANI ini bertujuan untuk memenuhi keperluan kesihatan golongan B40 dalam Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-kes Akut).
Rawatan Skim Perubatan MADANI (SPM)
No. | Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut | Rawatan Yang Tidak Termasuk Adalah |
---|---|---|
1. | Demam dan Selesema | Imunisasi Rutin |
2. | Cirit Birit dan Muntah | Saringan Kesihatan |
3. | Terseliuh | Rawatan Susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Rutin |
4. | Sakit Kepala | Rawatan Susulan Ibu dan Anak Rutin |
5. | Trauma Ringan seperti luka ringan dan lain-lain | Perancangan Keluarga Rutin |
6. | Perkhidmatan Rehabilitasi | |
7. | Permintaan Ubat tanpa konsultasi doktor | |
8. | Permintaan Suplemen |
Skim Perubatan MADANI Daftar Online
Bagi mereka yang ingin memohon untuk mendapat bantuan Skim Perubatan MADANI ini sebenarnya tidak perlu membuat sebarang permohonan. Ia merupakan kelayakan secara automatik.
4 Langkah Untuk Mendapatkan Rawatan Skim Perubatan MADANI
Langkah 1 – Skim Perubatan MADANI Kelayakan
Kelayakan untuk penyertaan dalam Skim Perubatan MADANI adalah automatik berdasarkan kriteria yang ditetapkan iaitu;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga dan tanggungan mereka yang berdaftar.
- Warga emas (tanpa pasangan)
- Bujang
No. | Kategori (bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah) | Jumlah Kos Rawatan yang Ditanggung Sehingga 31 Disember 2023 (RM) |
---|---|---|
1. | Isi Rumah Berkeluarga | RM250 |
2. | Warga Emas (tanpa pasangan) – 60 tahun ke atas | RM125 |
3. | Bujang – 21-59 tahun – 19-59 tahun (bujang berstatus OKU) | RM75 |
*Nota: Jumlah caj rawatan bagi setiap lawatan ialah dalam lingkungan RM60 – RM160 |
Cara Buat STR Semakan Tahun 2023
Skim Perubatan MADANI Semakan Online
Semakan kelayakan boleh dibuat oleh pemohon secara atas talian. Ada 2 kaedah untuk melihat kelayakan Skim Perubatan MADANI Semakan Online;
- Menyemak di aplikasi MySejahtera.
- Membuka Laman Sesawang Rasmi Skim Perubatan MADANI.
4 Langkah Mudah Semakan Kelayakan Di Laman Rasmi Skim Perubatan MADANI
- Buka laman sesawang https://protecthealth.com.my/skimperubatanmadani/.
- Klik Semak Kelayakan.
- Masuk nombor kad pengenalan.
- Paparan kelayakan tertera di skrin.
Langkah 2 – Hadir Ke Klinik
Jika Layak Menerima Rawatan Skim Perubatan MADANI hadir ke mana-mana GP yang berdaftar dengan Skim Perubatan MADANI (boleh dikenalpasti dengan pelekat Skim Perubatan MADANI) dengan membawa kad pengenalan.
Skim Perubatan MADANI Senarai Klinik
Sewaktu lawatan ke Klinik Perubatan Swasta yang berdaftar di bawah Skim ini. Penerima yang layak hanya perlu membawa Kad Pengenalan untuk semakan kelayakan di Klinik.
Fasa rintis Skim Perubatan MADANI dilaksanakan di;
- Daerah Johor Bahru (Johor)
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Klang, Petaling, Hulu Langat dan Gombak (Selangor)
- Kinta (Perak)
- Timur Laut (Pulau Pinang)
- Kuching (Sarawak)
- Kota Kinabalu (Sabah)
Carian klinik yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI
Ini adalah contoh Skim Perubatan MADANI senarai Klinik Panel Swasta Yang Berdaftar jika membuat carian untuk Daerah Petaling, Selangor.
No. | Nama Klinik | Nombor Telefon |
---|---|---|
1. | KLINIK SETIA ALAM NO 14, JALAN SETIA INDAH Y, U13/Y, SEKSYEN U13, BANDAR SETIA ALAM, 40170 SHAH ALAM, SELANGOR 40170 SHAH ALAM | |
2. | QUALITAS HEALTH KLINIK ANIS LOT 17 & 19, GROUND FLOOR JALAN BUNGA MELUR 2/18 40000 SHAH ALAM kasa@qualitas.com.my | 603-55103840 012-5007964 |
3. | KLINIK ANIS SUITE 1.5, LEVEL 1 WISMA DRB-HICOM NO.2, JALAN USAHAWAN U1/8, SEKSYEN U1 40150 SHAH ALAM | |
4. | QUALITAS HEALTH KLINIK ARDENCE 52, JALAN ECO ARDENCE C U12/36C ECO ARDENCE SEKSYEN U12 40170 SHAH ALAM qualitashealthklinikardence@gmail.com | 03 -50332528 011-33192893 |
5. | KLINIK MEDIVIRON NO 4-1, JALAN ELEKTRON G U16/G, DENAI ALAM, SEKSYEN U16 40160 SHAH ALAM | |
6. | KLINIK BAHARUDIN NO.25, JALAN BUNGA MELOR 2/18 SEKSYEN 2 40000 SHAH ALAM | |
7. | KUMPULAN MEDIC NO. 1, LORONG TUKANG 16/3 SEKSYEN 16 40000 SHAH ALAM kmsa@qualitas.com.my | 603-55191133 |
8. | KLINIK MESRA JAYA 2A, JALAN ANGGERIK VANILLA Q31/Q KOTA KEMUNING 40460 SHAH ALAM | |
9. | QUALITAS HEALTH KLINIK OMEGA NO.34 JALAN U1/36 HICOM GLENMARIE INDUSTRIAL PARK 40150 SHAH ALAM | |
10. | POLIKLINIK VISTA NO 45-G JALAN ECO ARDENCE D U12/36D ECO ARDENCE SEKSYEN U12 40170 SHAH ALAM | |
11. | CARECLINICS KLINIK BUNGARAYA 19-1, JALAN ELEKTRON J U16/J, SEKSYEN 16 40160 SHAH ALAM | |
12. | U.N.I KLINIK 36 JALAN E 7/E, SEKSYEN 7 40000 SHAH ALAM |
Langkah 3 – Terima Rawatan
Selepas melihat senarai klinik Skim Perubatan MADANI yang berdekatan dengan kediaman dan jika anda layak, boleh dapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut secara percuma.
Langkah 4 – Baki Manfaat
Had manfaat Skim Perubatan MADANI anda akan ditolak selepas anda selesai mendapatkan rawatan. Manfaat Skim Perubatan MADANI adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. seperti yang dinyatakan di laman sesawang kami.
Kesimpulan
Jika anda berkelayakan untuk mendapat bantuan ini usah abaikan peluang dan guna peluang yang ada secara bijaksana.