MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Sihat
Cara Meningkatkan Kesuburan Agar Cepat Hamil Ikuti 9 Tip Ini
Diari Sihat

Cara Meningkatkan Kesuburan Agar Cepat Hamil Ikuti 9 Tip Ini

duniamyzan January 6, 2023

Cara Meningkatkan Kesuburan Agar Cepat Hamil | Kehadiran anak sebagai penyeri rumah tangga menjadi dambaan setiap pasangan yang berkahwin. Cepat atau lambat pasti tersimpan hasrat untuk mendengar tangis dan tawa bayi sebagai pengukuh ikatan suami isteri. Namun, bukan semua pasangan beruntung memiliki cahaya mata mengikut perancangan sendiri. Berbagai cara dan usaha telah dilakukan namun, tidak ada langsung petanda bakal hamil. Bagaimana cara yang paling berkesan untuk hamil? Kebanyakan pasangan yang berkahwin memperolehi zuriat tanpa sebarang kesukaran serta tidak perlu menunggu masa yang lama. Namun begitu, 10 hingga l5 peratus pasangan akan mengalami masalah untuk hamil.

Contents hide
1 Faktor Sukar Hamil
2 Langkah Awal – Pemeriksaan Kesihatan
3 Kaedah Rawatan
4 Cara Meningkatkan Kesuburan Agar Cepat Hamil
5 Cara Meningkatkan Kesuburan Lelaki
6 Makanan Untuk Meningkatkan Sperma
7 Tingkat Kesuburan Sperma

Sebenarnya ada cara meningkatkan kesuburan agar cepat hamil ini.

Penting untuk tahu Cara Meningkatkan Kesuburan Agar Cepat Hamil

Faktor Sukar Hamil

Masyarakat kita sering menyangka faktor utama tidak boleh hamil ialah rahim yang lemah. Wanita pula selalunya dipersalahkan kerana menjadi punca utama dan dilabelkan sebagai mandul.

Menurut kaedah perubatan, faktor penyebab kepada ketidaksuburan wanita adalah;

  • Masalah berkaitan ovulasi (penghasilan telur);
  • dan saluran falopio yang tersumbat.

Punca utama masalah ovulasi ialah obesiti dan sindrom polycystic ovarian yang menyebabkan hormon yang tidak seimbang selain penyakit kronik dan pembedahan pada ovari.

Saluran falopio boleh tersumbat atau rosak disebabkan endometriosis, jangkitan penyakit kelamin (STD) atau pembedahan pelvis sebelumnya.

Faktor yang berpunca daripada pasangan lelaki semakin meningkat. Ini disebabkan oleh jumlah dan kualiti sperma yang kurang. Punca utamannya ialah merokok dan obesiti.

Baca juga; Kayuh Basikal Boleh Kurus

Selain itu masalah hormon, demam campak, kecederaan dan terdedah  kepada bahan kimia dan radiasi juga menyumbang kepada masalah sperma.

Walaupun sebahagian pasangan tiada punca khusus yng dapat dikenalpasti (unexplained infertility) rawatan kesuburan masih diperlukan untuk membolehkan wanita tersebut berjaya hamil. Wanita perlu ambil tahu cara meningkatkan kesuburan agar cepat hamil.

Langkah Awal – Pemeriksaan Kesihatan

Ketidaksuburan ditafsirkan sebagai kesukaran untuk hamil walaupun telah melakukan hubungan kelamin secara tetap dengan tidak menggunakan kaedah pencegah hamil selama dua tahun berkahwin.

Pasangan disarankan untuk mendapatkan nasihat dan pemeriksaan daripada pakar perubatan selepas setahun atau selewat-lewatnya dua tahun berkahwin untuk mengesan masalah dengan lebih awal.

Kelewatan boleh menyebabkan kadar kesuburan wanita semakin menurun atau memburukkan lagi keadaan penyakit peranakan yang sedia ada.

Ujian-ujian asas boleh dijalankan termasuklah ujian berkaitan hormon wanita serta analisa air mani bagi lelaki. Ujian imbasan ultrasound membolehkan masalah pada rahim seperti fibroid, dinding dalam rahim dan juga masalah pada ovari seperti sista dapat dikenal pasti.

Ujian lanjutan melalui  HSG (histerosalpingogram) atau pembedahan kecil laparoskopi mungkin juga diperlukan untuk mengesan saluran falopio yang tersumbat.

Baca juga tentang Cara Merawat Ulser Mulut Bayi

Kaedah Rawatan

Kemajuan rawatan perubatan kini membolehkan pasangan berjaya mendapat zuriat dengan lebih mudah. Kaedah rawatan yang sesuai mungkin berbeza di antara pasangan kerana ianya bergantung kepada punca masalah kesuburan tersebut.

Rangsangan perkembangan telur dan ovulasi dengan ubat-ubatan kesuburan seperti clomiphene atau suntikan follicle stimulating hormone (FSH) beserta pemantauan dengan imbasan ultrabunyi boleh dilakukan.

Namun untuk meningkatkan kadar keberkesanan rawatan Intrauterine Insemination (IUI) yang melibatkan inseminasi sperma suami ke dalam rahim (permanian beradas) adalah disyorkan.

Rawatan ini tidak menyakitkan dan melibatkan kos yang sederhana.

Sesetengah pasangan pula mungkin memerlukan teknik perubatan yang lebih canggih. Teknik in-vitro fertilization (IVF – bayi tabung uji) melibatkan telur (ovum) disenyawakan di dalam makmal dan embrio yang telah terbentuk dimasukkan semula ke dalam rahim.

IVF sesuai untuk wanita berusia 35 tahun ke atas terutama kepada mereka yang telah sekian lama berkahwin dan tidak mempunyai masalah saluran falopio tersumbat atau kualiti sperma yang teruk.

Prosedur ini menjadi semakin mudah dan tidak memerlukan masa yang panjang.

Prosedur TESE/TESA pula membolehkan sperma diperolehi daripada testis melalui pembedahan kecil. Kaedah ini diperlukan untuk pasangan lelaki khususnya yang mengalami masalah tiada benih (azoospermia – sungguhpun ada air mani).

Baca juga; Mengapa Haid Tak Teratur

Cara Meningkatkan Kesuburan Agar Cepat Hamil

  1. Salah satu cara meningkatkan kesuburan agar cepat hamil ialah pilih amalan hidup yang sihat. Lakukan senaman dengan lebih kerap untuk mengekalkan berat badan yang ideal bagi membantu kitaran haid dan membolehkan ovulasi berlaku secara lebih teratur.
  2. Pengambilan makanan yang sihat dan seimbang juga cara meningkatkan kesuburan agar cepat hamil. Ia membolehkan badan dan organ berfungsi secara optima. Makanan tambahan atau supplemen mungkin diperlukan sekiranya jadual pemakanan tidak teratur. Makanan berlemak, makanan ringan dan makanan segera wajar dielakkan.
  3. Berhenti merokok untuk membolehkan peningkatan jumlah dan kualiti sperma merupakan cara meningkatkan kesuburan agar cepat hamil.
  4. Hindar diri dan pasangan daripada penyakit jangkitan seksual (STD) sangat penting dan faktor utama atau cara meningkatkan kesuburan agar cepat hamil.
  5. Pertingkatkan hubungan kelamin dua hingga tiga kali seminggu semasa waktu subur (hari ke12 hingga 16) untuk cara meningkatkan kesuburan agar cepat hamil.
  6. Elak daripada kebiasaan memakai pakaian seluar dalam yang ketat atau pergi ke sauna untuk pasangan lelaki.
  7. Dapatkan rawatan awal jika kitaran haid tidak teratur atau sakit semasa haid (dysmenorhea) kerana berkemungkinan wanita mengalami masalah hormon tidak stabil atau endometriosis.
  8. Berkomunikasi dan berkongsi perasaan dengan pasangan secara berterusan serta mendapatkan sokongan keluarga dan rakan-rakan.
  9. Berdoa dan berharap agar usaha anda mendapat zuriat dipermudahkan. Mudah-mudahan berkat kesabaran membuahkan kejayaan.

Baca juga; Cara Merawat Jangkitan Kulat Pada Faraj

Cara Meningkatkan Kesuburan Lelaki

  1. Elak memakai pakaian yang ketat. Seluar yang terlalu ketat seperti jeans atau seluar sukan boleh menghalang peredaran udara di bahagian alat sulit lelaki. Hal ini boleh mengganggu kesuburan lelaki dengan melemahkan kualiti sperma.
  2. Kurangkan terdedah kepada lampu sinar x-ray. Paparan sinar atau radiasi sudah terbukti mengurangkan produksi sperma. Sebaik-baiknya hindari terdedah kepada sinar kimia ini secara langsing mahupun tidak langsung.
  3. Mengekalkan suhu yang tepat pada alat sulit. Duduk dalam masa yang panjang, berendam di dalam air panas, memakai pakaian panas akan mempengaruhi kesuburan kerana boleh mnegurangkan kadar sperma buat lelaki. Sebaik-baiknya sentiasa berada pada situasi yang boleh mengekalkan kadar sperma.

Makanan Untuk Meningkatkan Sperma

  1. Pilih makanan yang mempunyai antioksida. Mengambil makanan yang kaya dengan antioksida boleh meningkatkan kualiti sperma. Potensi kesuburan juga boleh ditingkatkan dengan pengambilan antioksida ini. Ambil makanan yang mengandungi vitamin C, vitamin E, zink, gluthathione dan koenzim Q10.
  2. Makan lebih banyak sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin, protein tanpa lemak dan susu tanpa lemak. Makanan ini boleh meningkatkan kesuburan lelaki secara semulajadi.
  3. Pilih makanan tambahan, multivitamin yang mengandungi selenium, zink dan folat untuk menghasilkan sperma yang sihat.
  4. Sebaik-baiknya hindar makanan yang boleh menurunkan jumlah sperma lelaki. Pengambilan alkohol dan daging merah adalah di antaranya.

Tingkat Kesuburan Sperma

  • Amal gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang dapat meningkatkan tahap kesuburan sperma. Selain itu minum air yang cukup seperti yang diperlukan oleh tubuh setiap individu.
  • Hindar alkohol dan rokok. Kombinasi keduanya boleh menurunkan kualiti dan jumlah sperma.
  • Bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu di tempat yang terbuka. Kandungan vitamin D melalui cahaya matahari bukan sahaja baik untuk tulang tetapi juga untuk kesuburan lelaki.
  • Tidur tanpa memakai seluar dalam untuk meningkatkan peredaran udara di bahagian alat sulit.

Baca juga; Bahaya Ibu Hamil Minum Kopi

Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di Malaysia
Jenama Basikal Lipat | Trend berbasikal merupakan gaya hidup sihat …

8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di Malaysia

Vaksin Astrazeneca Malaysia, Dos Pertama Di WTCKL
Rasa syukur apabila terpilih menerima vaksin Astrazeneca Malaysia. Langsung tak …

Vaksin Astrazeneca Malaysia, Dos Pertama Di WTCKL

About The Author

duniamyzan

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
    Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini …
    September 6, 2023 0
  • 6 Cara Memilih Beras Yang Baik & Berkualiti
    6 Cara Memilih Beras Yang Baik & …
    September 4, 2023 0
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
    Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear …
    September 17, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh