MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Sihat
Cara Merawat Jangkitan Kulat Pada Faraj, Ada 3 Kaedah Boleh Cuba
Diari Sihat

Cara Merawat Jangkitan Kulat Pada Faraj, Ada 3 Kaedah Boleh Cuba

duniamyzan September 19, 2022

Cara Merawat Jangkitan Kulat Pada Faraj | Rimas apabila rasa gatal timbul di bahagian kemaluan. Tambah parah apabila digaru kemudian menimbulkan luka di permukaan kulit.

Setiap kali membersih kemaluan terasa pedih akibat bekas garuan tersebut. Mencuci dengan cecair pencuci bahagian intim juga tidak dapat membuang rasa gatal ini. Petua orang dahulu juga gagal membantu.

Sebenarnya rasa gatal itu adalah jangkitan kulat. Jangkitan kulat kemaluan adalah disebabkan oleh sejenis fungus atau yis yang dikenali sebagai Candida Albicans.

Dalam keadaan semula jadi, memang terdapat percampuran di antara yis dan bakteria. Yis dan bakteria semula jadi (Lactobacthi) ini berada di dalam vagina dalam bilangan yang rendah.

Sangat penting untuk tahu Cara Merawat Jangkitan Kulat Pada Faraj.
Gambar Hiasan. Photo by PNW Production from www.pexels.com

Lactobacili atau bakteria baik yang hadir di dalam vagina wanita yang telah baligh menghasilkan asid laktik untuk mewujudkan persekitaran berasid seterusnya mencegah pertumbuhan yis yang berlebihan atau bakteria bahaya yang boleh menyebabkan jangkitan.

Candida albicans berwarna putih krim dalam bentuk kultur. Di bawah mikroskop ia berbentuk bulat dan berpucuk (budding).

Jadi, sangat penting untuk tahu cara merawat jangkitan kulat pada faraj

Contents hide
1 Jangkitan Yis Di Faraj
1.1 Bakteria L.bacili
1.2 Kencing Manis
1.3 Pengidap HIV
1.4 Gaya Hidup
1.5 Pil Perancang
1.6 Alat Perancang Keluarga
2 Gejala Dan Simptom Jangkitan Kulat Vagina
3 Kesan jangkitan yis dari segi fizikal dan psikologi;
4 Jangkitan Kulat Di Celah Kelangkang
5 Rawatan Jangkitan Yis Pada Faraj
6 Kaedah Pencegahan Jangkitan Yis Pada Vagina;
7 Keputihan Juga Punca Jangkitan Kulat Vagina
8 Bakteria Vaginosis
9 Kesimpulan Cara Merawat Jangkitan Kulat Pada Faraj

Jangkitan Yis Di Faraj

Jangkitan yis di faraj atau kulat vagina atau vagina candidiasis bukan penyakit kelamin. Namun, pasangan kepada wanita yang menghidap jangkitan kulat vagina mungkin mengalami rasa gatal atau ruam di kemaluan selepas mengadakan hubungan intim.

Punca jangkitan kulat vagina boleh terjadi apabila;

Bakteria L.bacili

Perubahan keseimbangan dan pengurangan jumlah bakteria L.bacili menyebabkan pH vagina menjadi kurang berasid lalu membolehkan yis ini membiak atau tumbuh berlebihan.

Keadaan ini terjadi disebabkan oleh pengambilan antibiotik secara rawak atau pada tempoh yang panjang sebelum jangkitan itu dipastikan berpunca daripada bakteria atau tidak.  

Perubahan pH vagina juga boleh disebabkan penggunaan pencuci vagina jenis sabun beralkali, mencuci dengan antiseptik, penggunaan pewangi pada vagina, jika seseorang telah menopaus dan kehamilan.

Kencing Manis

Penyakit kencing manis yang tidak terkawal.

Pengidap HIV

Sistem imuniti yang lemah seperti pengidap HIV, menjalani rawatan kemoterapi atau rawatan steroid, jangkitan daripada hubungan seks. Walau bagaimanapun seseorang yang tidak pernah melakukan hubungan seks masih boleh mendapat jangkitan yis.

Gaya Hidup

Tidak menitikberatkan kesihatan diri.

Pil Perancang

Kajian menunjukkan wanita yang mengambil pil perancang mengandungi estrogen berisiko lebih tinggi untuk mendapat jangkitan ini.

Alat Perancang Keluarga

Penggunaan alat perancang keluarga seperti IUCD, diafram atau vaginaring.

Gambar Hiasan. Photo by Pavel Danilyuk from www.pexel.com

Gejala Dan Simptom Jangkitan Kulat Vagina

  • Radang dan gatal di sekitar bibir vagina.
  • Sakit atau pedih semasa kencing.
  • Sakit atau pendarahan semasa hubungan seks.
  • Kemerah-merahan dan bengkak di sekitar vagina.
  • Keputihan yang pekat dan kadangkala berbau atau berketul-ketul seperti dadih serta berbau.

Kesan jangkitan yis dari segi fizikal dan psikologi;

  • Pesakit akan alami ketidakselesaan dan hilang keyakinan diri.
  • Rasa tidak berminat dan malu untuk melakukan hubungan seks dengan pasangan kerana rasa rendah diri.
  • Bau yang tidak menyenangkan mungkin disedari oleh pasangan.

Jangkitan Kulat Di Celah Kelangkang

Apabila berlaku jangkita kulat di celah kelangkang, bagaimanakah jangkitan yis ini boleh dikesan. Jika mengalami simptom jangkitan kulat vagina segera mendapatkan pemeriksaan daripada doktor atau jururawat terlatih.

Sekiranya simptom dan pemeriksaan klinikal tidak jelas ataupun jangkitan berulang maka sampel vagina akan diambil untuk ujian makmal. 

Rawatan Jangkitan Yis Pada Faraj

Rawatan untuk masalah vagina yis ini terbahagi kepada tiga iaitu dalam bentuk pil, krim dan tablet vagina.

  1. Terdapat antifungal dalam bentuk krim atau tablet yang perlu dimasukkan ke dalam vagina sebelum tidur. Jangka masa rawatan daripada satu malam, tiga malam atau tujuh malam bergantung kepada dos ubat dan rawatan perlu lebih lama untuk jangkitan yang lebih serius.
  2. Rawatan pil sesuai untuk wanita yang belum berkahwin. Kebanyakan wanita memerlukan satu dos sahaja namun dalam kes yang lebih kronik rawatan perlu diulang selepas tiga hari atau satu minggu sehingga empat dos (satu dos/minggu).
  3. Rawatan jenis pil tidak sesuai untuk wanita yang hamil terutama di peringkat awal kandungan kerana dikhuatiri boleh menyebabkan kesan buruk kepada janin. Sebaiknya pasangan perlu mendapat rawatan juga untuk mengelakkan jangkitan berulang.

Kesan sampingan jarang berlaku. Walau bagaimanapun sekiranya ada, ia tidak serius. Antaranya ialah pening kepala, ketidakselesaan perut dan ruam.

Gambar Hiasan. Photo by cottonbro from www.pexels.com

Kaedah Pencegahan Jangkitan Yis Pada Vagina;

  1. Amalkan mencuci dan mengelap hingga kering selepas membuang air.
  2. Elakkan mencuci bahagian dalam vagina menggunakan bahan sabun. Cukup sekadar menggunakan air bersih.
  3. Sekiranya ingin menggunakan pencuci vagina, pilih yang jenis berasid dengan pH 3.5. Elakkan bahan pencuci yang mengandungi bahan pewangi kerana mungkin boleh menyebabkan kesan alergik.
  4. Digalakkkan melakukan sitz bath jika ada kelapangan. Ini boleh dilakukan dengan berendam dalam air garam yang suam selama 10 minit. Cara ini boleh meredakan keputihan dan tidak membunuh Lactobacili (bakteria baik).
  5. Pilih seluar dalam dari kain kapas.
  6. Pasangan yang mempunyai simptom gatal atau pedih di sekitar bahagian genital perlu mendapatkan rawatan doktor.

Keputihan Juga Punca Jangkitan Kulat Vagina

Selain daripada jangkitan yis, masalah keputihan juga boleh menjadi punca jangkitan bakteria (bacterial vaginosis), alahan, radang (non-specific vaginitis), jangkitan penyakit kelamin dan kanser serviks atau rahim.

Oleh itu elakkan merawat sendiri masalah keputihan dengan membeli sendiri ubat dari farmasi. Kajian menunjukkan hanya 10 peratus di kalangan wanita ini menerima ubat yang betul.

Merawat sendiri masalah ini boleh menyebabkan diagnosis yang salah, membazir wang dan masa kerana mendapat rawatan yang salah dan boleh memburukkan keadaan di mana jangkitn menjadi lebih teruk atau kesan alergi disebabkan ubat yang tidak sesuai.

Gambar Hiasan. Photo by Thirdman from www.pexels.com

Bakteria Vaginosis

Jangkitan ini disebabkan oleh sejenis bakteria anerobes iaitu Gadrnerella vaginalis. Jangkitan paling kerap di kalangan wanita berusia 15 hingga 45 tahun (usia reproduktif) terutama wanita yang menjalani gaya hidup bebas dan kerap bertukar-tukar pasangan.

Jangkitan tidak akan berlaku melalui penggunaan tandas duduk, berkongsi cadar atau mandi di kolam renang.

Jangkitan ini boleh menyebabkan keputihan yang berbau hamis, gatal, pedih ketika kencing terutama selepas melakukan hubungan.

Sekiranya wanita yang mengandung dijangkiti, ia boleh menyebabkan kelahiran pramatang atau air ketuban pecah sebelum kandungan matang (preterm premature rupture of membrane – PPROM) jika tidak dirawat.

Jangkitan ini boleh dikesan melalui pemeriksaan klinikal dan ujian makmal dari sampel vagina. Pesakit dan pasangan perlu mendapat rawatan dengan mengambil antibiotik seperti Metronidazole.

Selepas rawatan antibiotik selesai, digalakkan pengambilan pil Lactobacilli yang dimasukkan ke dalam vagina untuk mengembalikan tahap keasidan dalam vagina.

Jangkitan boleh dielakkkan dengan tidak mengamalkan sikap suka bertukar-tukar pasangan, tidak menggunakan pewangi vagina atau sabun yang mengandungi bahan pewangi.

Gunakan tuala wanita yang sesuai untuk mengelakkan masalah alergi yang menipiskan dinding vagina lalu terdedah kepada jangkitan bakteria ini.

Kesimpulan Cara Merawat Jangkitan Kulat Pada Faraj

Kesimpulannya wanita yang mengalami masalah keputihan dinasihatkan supaya berjumpa doktor untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan yang tepat dan berkesan. Hanya doktor boleh memberikan preskripsi ubat untuk jangkitan kulat di faraj.

Sebagai wanita perlu menjaga kebersihan diri dan berhat-hati jika pernah terkencing ketika batuk.

Baca juga; Masalah Haid Tidak Teratur

Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

10 Cara Hilangkan Sakit Gigi Berdenyut Tak Boleh Bawa Bincang
Sakit gigi ni lain macam penangan dia. Sakit bersalin pun …

10 Cara Hilangkan Sakit Gigi Berdenyut Tak Boleh Bawa Bincang

Uji Kesegaran Telur, Guna Air Jer Dah Dapat Jawapan
Uji Kesegaran Telur | Boleh dikatakan telur jadi barang wajib …

Uji Kesegaran Telur, Guna Air Jer Dah Dapat Jawapan

About The Author

duniamyzan

One Response

  1. nettyahhiyer

    Aduh.. aduh.. seram pulak membacanya. Tapi inilah masalah yang kekadang berlaku bila dah masuk umur oldskool.

    September 21, 2022

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    September 17, 2023 0
  • Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara Sistematik
    Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara …
    August 23, 2023 0
  • 8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di Malaysia
    8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di …
    August 26, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh