MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Sihat
4 Warna Keputihan Tidak Normal Wanita Wajib Ambil Tahu
Diari Sihat

4 Warna Keputihan Tidak Normal Wanita Wajib Ambil Tahu

duniamyzan August 4, 2022

Rupanya ada 4 warna keputihan tidak normal. Awalnya MJ tak kisahpun pasal keputihan ni tapi bila dah terpaksa pakai panty liner mula gelabah.

Contents hide
1 Masalah Keputihan Yang Perlu Diberi Perhatian & Rawatan
2 Apa Yang Menyebabkan Masalah Keputihan Tidak Normal
3 7 Sifat Keputihan
4 Hubungan Mikroorganisma Dengan Penyakit Keputihan
5 Penyakit Keputihan Dan Jangkitan Kelamin
6 4 Warna Keputihan Tidak Normal
7 Komplikasi penyakit kelamin pada bahagian reproduktif wanita.
8 Cara Rawat Keputihan
9 Cara Cegah Penyakit Keputihan

Keputihan ni bukan masalah besar tapi setiap wanita wajib ambil tahu sebagai langkah menjaga kebersihan terutama untuk beribadat.

Masalah keputihan atau dikenali sebagai vaginal discharge adalah normal bagi seorang wanita. Jumlah, bau dan warna keputihan itu sendiri bergantung kepada kitaran haid. Terdapat 4 warna keputihan tidak normal yang wanita wajib ambil tahu.

Lelehan lendir yang normal biasanya berwarna putih atau krim, tidak berbau hanyir, serta tidak menyebabkan gatal pada faraj.

Di bawah nanti akan dihuraikan secara terperinci 4 warna keputihan tidak normal itu.

Selalunya jumlah keputihan itu akan lebih daripada biasa jika seseorang wanita itu mengalami ovulasi, tempoh sebelum haid, menyusu badan atau ketika melakukan hubungan intim.

Masalah Keputihan Yang Perlu Diberi Perhatian & Rawatan

  • Lelehan keputihan yang kental,
  • Berwarna kuning,
  • Bernanah ataupun kelabu/hijau,
  • Berbau busuk hanyir,
  • Menyebabkan kegatalan pada bahagian faraj.

Apa Yang Menyebabkan Masalah Keputihan Tidak Normal

  1. Pengunaan antibiotik atau steroid
  2. Pil perancang
  3. Pengunaan douches,  mandi bubble bath, atau mengunakan pembersih dengan pewangi
  4. Jangkitan fungal (Chlamydia)
  5. Jangiktan parasit (Trichomonas vaginalis).
  6. Penyakit Kelamin (Gonnorhea, Syphlis, Bacterial vaginosis).
Wanita kena ambil tahu 4 warna keputihan tidak normal ini.
Foto: Photo by Thirdman from www.pexels.com

7 Sifat Keputihan

SifatKeputihan NormalKeputihan tidak normal
BentukLendir yang cair dan tidak melekatLendir yang kental dan melekat
WarnaBerwarna putih atau krimBerwarna kuning atau kelabu atau hijau
BauTiada bauBerbau busuk
Jumlah yang dikeluarkanSedikitBanyak
KekerapanSemasa subur dan sebelum haidApabila berlaku jangkitan pada bahagian faraj
Petanda lainTidak gatalGatal dan faraj kelihatan kemerahan dan mengalami radang
RawatanTidak perluPerlu rawatan yang segera

Hubungan Mikroorganisma Dengan Penyakit Keputihan

Terdapat pelbagai bakteria pada bahagian faraj wanita yang dikenali sebagai bakteria semula jadi. Antara bakteria semula jadi yang sangat berguna di bahagian faraj dikenali sebagai Lactobacillus.

Lactobacillus merupakan sumber utama asid lactic yang mengekalkan PH bahagian faraj antara 3.5 hingga 4.6 iaitu dalam persekitaran keasidan. Keadaan berasid ini mampu melindungi faraj daripada jangkitan kuman.

Jangkitan kuman akan berlaku apabila fungsi bakteria semula jadi diganggu oleh faktor luaran, misalnya penggunaan produk pencuci bahagian intim yang tidak sesuai.

Situasi ini boleh mengubah persekitaran yang berasid seterusnya membunuh normal flora yang sedia ada. Keadaan ini mendorong kepada pertumbuhan organism komensal yang lain secara berlebihan sehingga berlaku jangkitan.

Penyakit Keputihan Dan Jangkitan Kelamin

Jangkitan kelamin kerap berlaku kepada wanita yang kerap bertukar pasangan dan tidak mengunakan kondom adalah jangkitan chlamydia dan juga gonnorhea. Kedua dua jangkitan ini boleh berjangkit. Lelaki juga boleh menjadi pembawa ataupun boleh berjangkit penyakit kelamin ini.

Terdapat 4 warna keputihan tidak normal iaitu;

Foto: Photo by PNW Production from www.pexels.com

4 Warna Keputihan Tidak Normal

Keputihan tidak normalOrganismaSimptom
Kekuningan atau kelabu

GonorrheaPendarahan di antara kitaran haid, masalah sakit dan pedih masa kencing. Sakit pada bahagian peranakan atau ari ari.
Kekuningan, hijau dan berbuih dan bau busuk.TrichomoniasisSakit atau pedih masa kencing, gatal atau sakit pada bahagian faraj. Sakit bila bersama, pendarahan lepas bersama, pendarahan di antara kitaran haid.
Putih, kental, pekatYeast infection, CandidaGatal di bahagian kemaluan, bengkak atau sakit di bahagian kemaluan dan sakit bila bersama.
Putih/kelabu/ kekunigan dengan bau hanyir.Bacterial VaginosisKegatalan di bahagian kemaluan, kemerahan dan bengkak di bahagian kemaluan.

Walaupun masalah ini tidak berbahaya kepada kesihatan tetapi wanita wajib tahu 4 warna keputihan tidak normal ini agar ia tidak bertambah teruk.

Kenali betul-betul 4 warna keputihan tidak normal ini sebelum berjumpa dengan doktor agar masalah dapat dibantu dengan segera.

Organisma yang mempengaruhi 4 warna keputihan tidak normal ini boleh ditanya dengan doktor untuk penerangan lebih lanjut.

Walau bagaimanapun 4 warna keputihan tidak normal ini ada yang berbau dan ada yang tidak berbau.

Komplikasi penyakit kelamin pada bahagian reproduktif wanita.

Masalah penyakit kelamin ini senang berjangkit. Seorang pembawa lelaki atau wanita walau tidak menunjukkan sebarang simptom tetapi boleh menjangkiti pasangannya jika tidak mengunakan kondom.

Komplikasi penyakit kelamin kepada wanita adalah masalah kesuburan iaitu kesukaran untuk mengandung, sakit di bahagian peranakan atau ari ari yang kerap, jangkitan di bahagian tiub fallopian yang bengkak dan bernanah ataupun  penyebab kepada kandungan di luar rahim.

Cara Rawat Keputihan 

Keputihan normal tidak memerlukan sebarangan rawatan. Keputihan tidak normal seperti yang dinyatakan di atas, memerlukan pemeriksan oleh doktor perubatan dengan melihat bahagian faraj dan mengambil sampel keputihan itu. Rawatan antibiotik yang spesifik kepada jangkitan itu akan diberi oleh doktor. 

Foto: Photo by Saliha_Keputihan from www.pexels.com

Cara Cegah Penyakit Keputihan

Sebagai langkah pencegahan daripada penyakit keputihan, berikut adalah amalan-amalan yang disarankan kepada semua wanita:

  1. Sentiasa memastikan bahagian faraj berada dalam keadaan bersih dan kering.
  2. Elak penggunaan pembersih faraj yang menganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.
  3. Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita semasa menstruasi (haid).
  4. Guna pelapik seluar dalam (panty liner) pada saat yang diperlukan sahaja. Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada kain satin.
  5. Jangan menggunakan sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj.
  6. Elak pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor.
  7. Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
  8. Amal gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.
  9. Elak kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.
  10. Basuh bahagian sulit dengan air yang bersih dan buang air kecil selepas aktiviti seks.
  11. Berjumpa dengan pegawai perubatan dengan segera dan melakukan pemeriksaan vagina jika terdapat sebarang tanda-tanda yang dinyatakan di atas.

Baca juga; Pemeriksaan Mamogram Percuma

Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

Kerap Berpeluh Ketika Melancong, Ikuti 5 Tip Ini Agar Cantik Berfoto
Kerap Berpeluh | Perasaan gembira ketika bercuti memang sukar diungkap …

Kerap Berpeluh Ketika Melancong, Ikuti 5 Tip Ini Agar Cantik Berfoto

Uji Kesegaran Telur, Guna Air Jer Dah Dapat Jawapan
Uji Kesegaran Telur | Boleh dikatakan telur jadi barang wajib …

Uji Kesegaran Telur, Guna Air Jer Dah Dapat Jawapan

About The Author

duniamyzan

One Response

  1. nettyahhiyer

    Banyak jenis rupanya keputihan ni.. ingatkan sama je.

    August 5, 2022

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    September 17, 2023 0
  • Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara Sistematik
    Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara …
    August 23, 2023 0
  • 8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di Malaysia
    8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di …
    August 26, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh