MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Sihat
Mengapa Haid Tak Teratur, Ini 2 Punca Gangguan Kitaran Menstruasi
Diari Sihat

Mengapa Haid Tak Teratur, Ini 2 Punca Gangguan Kitaran Menstruasi

duniamyzan January 2, 2023

Haid Tak Teratur | seseorang wanita akan baligh bila sudah datang haid. Ada yang datang bulan sebelum usia 12 tahun dan ada juga selepas 12 tahun.

Contents hide
1 Table of Contents
2 Apakah Itu Haid
3 Haid Tak Normal
4 Datang Bulan Normal
5 Cara Kiraan Haid
6 Punca Haid Tak Teratur
6.1 Punca haid tak teratur ini biasanya terjadi kerana;
7 Sindrom Polisistic Ovarian
7.1 Antara masalah lain ialah;
8 Senggugut
9 Haid Tidak Teratur Boleh Mengganggu Kesuburan?
10 Niat Mandi Wajib Haid

Pernah dengar orang cakap usia datang bulan jadi kayu ukur seseorang wanita menopaus. Sejauhmana kebenarannya tidak dapat dipastikan.

Baca; 8 Tanda Menopaus

Seseorang wanita walaupun sudah menjangkau usia 40an masih berteka-teki tentang datang bulan kerana kadang-kadang haid tak teratur.

Adakah kitaran yang yang sering berubah-ubah atau tidak menentu ini merupakan tanda penyakit?

Table of Contents

  • Apakah Itu Haid
  • Haid Tak Normal
  • Datang Bulan Normal
  • Cara Kiraan Haid
  • Punca Haid Tak Teratur
    • Punca haid tak teratur ini biasanya terjadi kerana;
  • Sindrom Polisistic Ovarian
    • Antara masalah lain ialah;
  • Senggugut
  • Haid Tidak Teratur Boleh Mengganggu Kesuburan?
  • Niat Mandi Wajib Haid

Apakah Itu Haid

Haid atau menstruasi adalah satu proses semula jadi dan normal yang menunjukkan seorang wanita itu sihat dan subur serta boleh hamil.

Semasa kitaran haid, berlaku beberapa perubahan hormon dalam badan yang menyebabkan penebalan dinding rahim sebagai persediaan untuk kehamilan.

Maka apabila tiada kehamilan berlaku dinding rahim akan luruh menjadi darah haid.

Ada wanita yang menggelar haid ini sebagai datang bulan mungkin kerana situasi ini berasal daripada lapisan dinding rahim, salur darah, darah dan ketika melalui faraj (vagina) membawa bersamanya kuman yang terdapat di dalam saluran faraj.

Haid Tak Teratur memang mengganggu emosi wanita.
Photo by Artem Podrez from www.pexels.com

Haid Tak Normal

Bagaimana pula yang dikatakan haid tak normal.

Haid dikatakan tidak normal apabila kitaran menjadi tidak teratur. Contohnya apabila datang bulan menjadi terlalu kerap atau pendek iaitu kurang dari 21 hari atau terlalu panjang iaitu melebihi 35 hari.

Haid juga dikatakan tidak normal apabila berlaku perubahan kepada kuantiti darah sama ada terlalu sedikit, berpanjangan, terlalu banyak atau senggugut yang teruk.

Datang Bulan Normal

Kitaran haid yang normal berlaku apabila fungsi dan hubungan di antara otak, kelenjar pituitari, ovari dan rahim bekerja mengikut peranan masing-masing.

Hubungan dan fungsi ini membabitkan beberapa hormon penting yang dirembeskan secara periodik contohnya FSH, LH, Estrogen dan Progesteron yang membawa perubahan kepada struktur dan ketebalan dinding rahim dan seterusnya menyebabkan kedatangan haid.

Dinding rahim memberi respon terhadap hormon tersebut dengan membuat beberapa perubahan atau penyesuaian seperti menjadi lebih tebal, meningkatkan pengaliran darah kepada dinding rahim dan meningkatkan pembentukan kelenjar pada dinding rahim.

Perubahan ini sangat penting sebagai persediaan untuk kehamilan tetapi sekiranya kehamilan tidak berlaku maka dinding rahim yang telah menebal itu akan luruh sebagai menstruasi.

Cara Kiraan Haid

Kitaran haid dikira dari hari pertama haid kepada hari pertama sebelumnya. Adalah lebih baik kiraan ini dibuat untuk haid 6 bulan yang lepas. Ini kerana setiap bulan mempunyai bilangan hari yang berbeza contohnya ada bulan yang mempunyai 28 hari, 29 hari, 30 hari atau 31 hari. Oleh kerana itu jarang berlaku haid kita akan jatuh pada hari bulan yang sama setiap bulan.

Haid yang normal biasanya mengambil masa 3 hingga 7 hari.

Kitaran haid yang normal untuk wanita dewasa berlaku setiap 21 hingga 35 hari. Manakala untuk awal remaja antara 21 hingga 45 hari. Purata kitaran haid yang normal adalah 28 hari.

Punca Haid Tak Teratur

Mengapa wanita mengalami masalah haid tak normal? Punca haid tak teratur apabila kitaran menstruasi dikawal oleh otak, kelenjar pituitari, ovari dan rahim.

Maka apa-apa masalah atau keadaan yang mengganggu fungsi mana-mana organ tersebut boleh mengganggu haid sama ada menyebabkan kitaran jadi tidak teratur, berhenti berpanjangan atau senggugut.

Punca haid tak teratur ini biasanya terjadi kerana;

  1. Perubahan fisiologi dan
  2. Ketidakstabilan hormon

Semasa awal remaja iaitu satu ke dua tahun selepas haid pertama atau apabila menghampiri menopaus (boleh berlaku dalam masa 10 tahun sebelum menopaus).

Photo by Pavel Danilyuk from www.pexels.com

Sindrom Polisistic Ovarian

Sindrom yang berlaku kepada ovari adalah keadaan yang paling kerap menyebabkan gangguan hormon dan haid kepada wanita berumur antara 20 hingga 30an.

Sindrom ini juga berkait dengan obesiti, hormon lelaki yang tinggi menyebabkan tumbuh bulu roma yang berlebihan di muka, badan, kaki dan berjerawat.

Antara masalah pada rahim dan pangkal rahim adalah fibroid, polip atau kanser. Keadaan ini biasanya di hidapi oleh wanita yang berumur melebihi 30an.

Antara masalah lain ialah;

  • Masalah kelenjar tiroid atau pituitari,
  • Senaman melampau seperti atlet,
  • Stres melampau,
  • Berat badan turun mendadak atau kenaikan berat badan yang banyak,
  • Penyakit kronik seperti kanser, kencing manis dan jantung terutama yang tidak terkawal,
  • Masalah berkait dengan diet seperti Bulimia atau Anorexia dan obesiti.

Senggugut

Masalah senggugut boleh disebabkan oleh endometriosis atau radang pelvik (Pelvic Inflammatory Disease atau PID).

Endometriosis adalah satu keadaan yang boleh memberi masalah kepada rahim dan ovari. Ia boleh menyebabkan sista ovari, rahim bengkak, rahim terbalik, tube fallopio tidak normal atau tersumbat. Antara simptom endometiosis selain menstruasi tidak teratur, banyak atau berpanjangan, sakit perut yang kronik, sakit semasa hubungan kelamin dan kurang subur.

Masalah PID boleh mengganggu menstruasi kerana radang kepada rahim atau sekitar rahim dan perlekatan (adhesions) pada organ peranakan. PID boleh disebabkan oleh hubungan seks rambang atau diluar tabi’i .

Haid Tidak Teratur Boleh Mengganggu Kesuburan?

Waktu subur senang untuk dijangka bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang tetap iaitu antara hari ke10 hingga hari ke17 dan terdapat lendir likat yang keluar dari faraj.

Sekiranya haid tidak teratur, biasanya sangat jarang atau tiada ovum (telur) yang dikeluarkan oleh kilang telur dan ini menjadikan wanita itu kurang subur. Wanita tersebut juga susah untuk mengagak waktu subur apabila haid tidak teratur.

Bagi wanita yang mempunyai haid yang berpanjangan, hubungan kelamin menjadi tidak kerap kerana masa haid kering sangat pendek dan pada masa itu juga bukan waktu subur. Masalah ini selalu dihadapi oleh wanita yang mempunyai fibroid atau polip.

Endometriosis dan PID menyumbang kepada kurang subur kerana kedua-dua keadaan ini boleh menyebabkan keradangan di sekeliling rahim dan tiub fallopio menyebabkan parut dan lekatan (adhesion) sekitar rahim dan tiub fallopio yang menyebabkan rahim terbalik dan tiub tidak normal atau tersumbat.

Keradangan juga menyediakan satu persekitaran tidak sihat untuk pengeluaran telur/ovum, persenyawaan dan implantasi bagi embrio.

Doktor akan membuat pemeriksaan fizikal, membuat ujian darah untuk melihat tahap hormon dan membuat scan (selalunya scan dari vagina untuk wanita yang sudah berkahwin untuk melihat dengan jelas kilang telur) sebelum menentukan rawatan yang sesuai.

Rawatan bergantung kepada masalah atau penyakit yang menyebabkan masalah menstruasi. Contohnya sekiranya disahkan menghidap PCOS, perkara pertama yang dinasihatkan ialah menurunkan berat badan untuk wanita yang obes.

Penurunan berat badan dengan kadar minimun sebanyak 15 peratus daripada berat terkini, terbukti secara saintifik boleh memperbetulkan kitaran haid dan meningkatkan kesuburan.

Ubat hormon atau ubat metformin juga selalunya diberi untuk membetulkan kitaran haid dan meningkatkan kesuburan. Bagi wanita yang mempunyai masalah kesuburan, rawatan kesuburan akan dimulakan contohnya memberi ubat subur seperti Clomid.

Niat Mandi Wajib Haid

Maksudnya: “Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala”

Baca; Endometriosis Dan Zuriat

Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

Ejen Ali Musim 3 Bahagian Dua, Teruja Tengok Ejen M.A.T.A Beraksi
Ejen Ali Musim 3 Bahagian Dua | Sambungan siri animasi …

Ejen Ali Musim 3 Bahagian Dua, Teruja Tengok Ejen M.A.T.A Beraksi

10 Cara Hilangkan Sakit Gigi Berdenyut Tak Boleh Bawa Bincang
Sakit gigi ni lain macam penangan dia. Sakit bersalin pun …

10 Cara Hilangkan Sakit Gigi Berdenyut Tak Boleh Bawa Bincang

About The Author

duniamyzan

8 Comments

  1. nettyahhiyer

    Sebelum kahwin dulu memang kerap jadi senggugut.. kekadang haid tak teratur.. huii sakit tu..

    January 2, 2023
    • duniamyzan

      Ada kawan sekolah dulu, dia punya sakit senggugut sampai tahap seterika perut dengan seterika panas. Ngeri dengar tapi itulah hakikatnya.

      January 4, 2023
  2. Nita

    Sejak nk masuk 5 series haid jd tk teratur. dulu zmn muda-muda elok je dia keluar..dh nk menopaus gitulah agknya hehe

    January 3, 2023
    • duniamyzan

      Kita dah masuk fasa pre-menopause. Kena prepare mentally & physically untuk tempoh fasa itu. Moga yang baik-baik saja nanti.

      January 4, 2023
  3. wawa azwa

    Alhamdulillah tak pernah alami.

    January 3, 2023
    • duniamyzan

      alhamdulillah, semoga terus kekal sihat dan cantik.

      January 4, 2023
  4. azni

    jangan buat main pasal period ni. kang jadi mcm kes aku tu . endometriosis rupanya.. haa pastu kacaulah nak pregrant

    January 5, 2023
  5. yanieyusuf

    Dulu yanie mmg ada masalah haid tidak teratur dan ada PCOS. alhamdulillah lepas tu ok lepas kurangkan berat badan.

    June 20, 2023

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
    Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini …
    September 6, 2023 0
  • 6 Cara Memilih Beras Yang Baik & Berkualiti
    6 Cara Memilih Beras Yang Baik & …
    September 4, 2023 0
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
    Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear …
    September 17, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh