MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Sihat
Sembur Air Bunga Ros Di Wajah, Nampak Awet Muda 10 Tahun
Diari Sihat

Sembur Air Bunga Ros Di Wajah, Nampak Awet Muda 10 Tahun

duniamyzan January 18, 2023

Air Bunga Ros | Bunga mawar atau ros simbolik sebuah cinta yang mekar disebalik kelopak bunga yang tersusun indah. Hati pasti berbunga-bunga kalau yang tersayang menghadiahkan sejambak bunga mawar. Keindahan bunga ros bukan sahaja terletak pada kelopaknya tetapi aroma harum saat mencium bunga tercantik ini. Bunga ros juga dikatakan memberi efek yang menenangkan sehingga menjadi terapi semula jadi untuk meringankan sakit kepala. Bunga ros dikatakan mempunyai lebih 100 spesies dengan varian warna yang berbeza. Bunga mawar yang sering dijumpai adalah merah, putih dan kuning.

Contents hide
1 Ladang Ros Taif, Arab Saudi
2 Cara Buat Air Bunga Ros Sendiri
3 Manfaat Air Bunga Mawar
3.1 Hindar Mata Lebam
3.1.1 Apa Yang Perlu Dilakukan
3.2 Kurangkan Stres
3.2.1 Apa Yang Perlu Dilakukan
4 Air Bunga Mawar Untuk Wajah
4.1 Mencerahkan Kulit
4.1.1 Lakukan Begini
4.2 Sebagai Penyegar
4.2.1 Lakukan Begini
4.3 Pudar Jerawat
4.3.1 Lakukan Begini
4.4 Melembapkan Kulit
4.4.1 Lakukan Begini
4.5 Mencerahkan Bibir
4.5.1 Lakukan Begini
5 Kegunaan Air Mawar Dalam Masakan

‘Kuasa’ yang ada pada bunga mawar diperakui sehingga sering menjadi pilihan pengamal kecantikan dahulu. Air bunga mawar merupakan sumber utama dalam menjaga kecantikan luaran dan dalaman wanita.

Air bunga ros kaya khasiat untuk kecantikan.
Photo by Jana Ohajdova from www.pexels.com

Ladang Ros Taif, Arab Saudi

Buat mereka yang pernah berkunjung ke Taif, Arab Saudi sudah tentu berkesempatan mengunjungi kilang pemprosesan bunga ros di sana.

Taif adalah lokasi terkenal untuk menghasilkan cairan pewangi yang diperbuat daripada bunga ros. Sehingga 10,000 kuntum bunga ros digunakan untuk menghasilkan cairan pewangi berkualiti tinggi.

Lebih istimewa apabila cairan pewangi bunga ros yang dihasilkan di sini masih mengekalkan kaedah tradisional. Lembah al Hada, al Shifa dan al Dehia adalah kawasan tanaman bunga ros terbesar di Taif.

Baca Info Kerap Berpeluh Ketika Umrah Atau Melancong

Cara Buat Air Bunga Ros Sendiri

Air bunga ros berfungsi untuk menyeimbangkan sabun dan pH pada kulit. Air bunga ros boleh dibeli dan mudah sahaja untuk dibuat sendiri. Caranya mudah sahaja;

  1. Basuh kelopak mawar dengan bersih.
  2. Rebus kelopak bunga mawar bersama air menggunakan api kecil.
  3. Kemudian suling airnya dan gunakan air sulingan mawar.

Manfaat Air Bunga Mawar

Hindar Mata Lebam

Mata lebam atau mata panda merupakan masalah kulit di sekitar mata yang sering terjadi. Ia digelar mata panda kerana lingkaran hitam yang kelihatan di bawah mata menyerupai mata panda.

Mata panda ini terjadi kerana mata yang letih akibat terlalu lama melihat skrin komputer, berkerja lewat malam dan berjaga kerana belajar.

Mata panda juga boleh terjadi kepada wanita yang meningkat usia kerana daerah kulit di bawah mata semakin menipis.

Mata panda ini bukan suatu penyakit tetapi mereka yang memiliki lingkaran gelap bawah mata ini sering rendah diri dan tidak mahu bergaul dengan masyarakat.

Malah jika lingkaran gelap bawah mata ini todak hilang akan menyebabkan muncul tanda penuaan seperti kedut dan garis halus di bawah mata.

Apa Yang Perlu Dilakukan

  • Air mawar boleh membantu mengatasi masalah mata panda ini dengan mudah.
  • Ambil kapas dan celup dalam air mawar dan tampal di bahagian mata.
  • Lakukan dengan lebih kerap untuk menghilangkan lingkaran gelap bawah mata ini dengan segera.

Kurangkan Stres

Aroma harum bunga ros mampu menghilangkan perasaan kurang senang dan stres sehingga menimbulkan ketenangan yang sukar digambar dengan kata-kata.

Keletihan akan bertambah teruk apabila stress hadir sama sehingga susah untuk melelapkan mata atau insomnia. Ia mungkin akan lebih teruk apabila muncul rasa gelisah yang sukar dikawal.

Aroma harum bunga ros dapat meningkatkan mood lantas memberikan ketenangan dan menghilangkan stres.

Apa Yang Perlu Dilakukan

  • Ketika tubuh penat dan mengalami tekanan, tambahkan air mawar di dalam tub mandi.
  • Berendam di dalam campuran air mawar selama 15 minit.
  • Pasti tubuh nyaman dan timbul ketenangan akibat stres yang melampau.

Air Bunga Mawar Untuk Wajah

Mencerahkan Kulit

Air bunga mawar atau air bunga ros boleh dijadikan sebagai antiseptik untuk merawat kulit wajah. Ini kerana air mawar memberikan perlindungan pada kulit serta melembapkan kulit secara semula jadi.

Kandungan vitamin E dan vitamin A yang terdapat dalam air bunga mawar boleh membantu mencerahkan kulit secara semula jadi.

Lakukan Begini

  1. Amalkan cara menyapu air bunga mawar untuk wajah dengan menggunakan kapas.
  2. Tepuk di seluruh wajah secara merata.
  3. Pasti kulit wajah akan lebih segar dan cerah secara semula jadi.

Sebagai Penyegar

Air bunga mawar boleh dianggap sebagai penyegar secara semula jadi. Air bunga mawar ini bukan sahaja membantu kulit lebih sihat dan cantik malah tanpa kesan sampingan yang membahayakan kulit wajah.

Lakukan Begini

  1. Setelah pulang ke rumah ambil kapas yang telah dicelupkan di dalam air bunga mawar.
  2. Sapu pada kulit wajah dalam gerakan membulat.
  3. Sapuan dan gerakan ini akan membantu menyingkirkan kotoran yang melekat pada kulit dan juga sisa solekan.

Pudar Jerawat

Jerawat adalah masalah kulit yang kerap terjadi kepada wanita. Jerawat muncul kerana kelenjar di bawah kulit tersumbat akibat kulit mati, minyak dan bakteria.

Air bunga mawar memiliki kelebihan yang tidak terduga untuk menghilangkan jerawat. Air bunga mawar memiliki sifat anti radang yang berguna untuk mencegah iritasi kulit kerana sinar matahari yang merbahaya.

Kandungan air dalam bunga mawar dipercayai boleh mempercepatkan penutupan pori-pori sehingga mampu mengurangkan kemerahan pada kulit wajah.

Selain itu, kandungan yang terdapat dalam air bunga mawar boleh membersihkan wajah dan menghilangkan kotoran dan bekas minyak yang menjadi punca pertumbuhan jerawat.

Malah kelopak mawar mengandungi sifat antibakteria yang berfungsi mengeringkan jerawat.

Lakukan Begini

  1. Hanya dengan cara yang mudah iaitu mencuci wajah menggunakan air suam yang dicampur dengan air bunga mawar.
  2. Bersihkan ke seluruh wajah.
  3. Wajah pasti akan kelihatan bersih, segar dan cerah.

Melembapkan Kulit

Cuaca panas sering membuatkan kulit mudah dehisrasi dan memberi kesan yang tidak cantik kepada kulit terutama wajah. Bunga ros berupaya melembapkan kulit secara semula jadi dengan kandungan polifenol yang terdapat di dalamnya.

Bukan itu sahaja bunga ros juga mengandungi zat omega 3 dan omega 6 yang berkuasa untuk memperbaiki kerosakan kulit daripada dalam.

Bunga ros juga kaya dengan vitamin C yang berfungsi untuk meningkatkan kolagen secara semula jadi dalam tubuh.

Vitamin C ini bukan sahaja membantu menjaga kesihatan kulit sehingga memiliki kulit yang halus dan lembut malah boleh juga menyihatkan organ lain seperti mata.

Malah vitamin C ini juga berfungsi sebagai antioksida untuk menghalang radikal bebas pada kulit.

Lakukan Begini

  1. Sembur air bunga ros ke seluruh wajah sebelum tidur.
  2. Jika kerap disapu pada kulit wajah boleh menyebabkan kulit tetap anjal dan mengelak daripada kulit cepat berkedut.

Mencerahkan Bibir

Bibir yang gelap mungkin kerana memakai lipstik yang sudah tamat tempoh. Memiliki bibir yang gelap ini akan membuat wanita hilang percaya diri dan sering menutupnya dengan memakai lipstik.

Memiliki bibir merah secara semula jadi memang menjadi idaman setiap wanita. Air bunga mawar boleh membantu dengan berkesan untuk mengembalikan warna bibir yang asal atau mungkin lebih cantik daripada yang sebelumnya.

Lakukan Begini

  1. Caranya sangat mudah iaitu dengan menitiskan air bunga mawar di atas kapas.
  2. Sapu kapas tersebut di atas kulit bibir. Lakukan setiap malam sebelum tidur.
  3. Bagi memerahkan lagi bibir boleh menggunakan madu.
  4. Hanya dengan menyapu madu di atas bibir dan biarkan seketika selama 15 minit.
  5. Kemudian bilas dengan air suam dan lap dengan kain yang bersih.

Kegunaan Air Mawar Dalam Masakan

Selain kaya dengan khasiat untuk kecantikan air mawar juga sering digunakan sebagai salah satu ramuan dalam masakan. Air mawar ini direnjis Ketika masak nasi beriani atau nasi minyak.

Ada juga yang mengatakan air mawar ini berfungsi seperti vanila dalam masakan.

Baca juga; Rawat Kulit Wajah Dengan Laser Jeragat

Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
Betulkah rabun warna boleh dirawat? Sebenarnya tidak. Tiada sebarang ubat-ubatan …

Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya

Gaxodus Bantu Melegakan Sembelit dan Gastritis
Gaxodus Bantu Melegakan Sembelit | Masalah sakit perut seperti sembelit …

Gaxodus Bantu Melegakan Sembelit dan Gastritis

About The Author

duniamyzan

One Response

  1. sofea

    banyak yea khasiat air mawar nie..

    January 31, 2023

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    September 17, 2023 0
  • Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara Sistematik
    Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara …
    August 23, 2023 0
  • 8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di Malaysia
    8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di …
    August 26, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh