Punca Jeragat Di Pipi | Ramai wanita rasa terganggu apabila mempunyai kulit wajah jeragat sehingga ada yang sanggup tak nak keluar rumah kerana malu dengan tompokan coklat gelap di pipi. Jeragat seringkali menjadi tanda ketidakselesaan dan boleh mempengaruhi keyakinan diri seseorang wanita. Jeragat merupakan di antara 10 masalah kulit yang kerap dihadapi oleh kaum wanita yang berumur di antara 20 hingga 50 tahun. Jeragat adalah bintik-bintik kecil berwarna coklat, merah, atau hitam yang timbul di permukaan kulit akibat pengeluaran melanin yang tidak sekata.
Apakah Itu Melanin
- Melanin adalah pigmen atau protein yang berperanan menentukan warna pada kulit, rambut, dan mata seseorang.
- Dalam keadaan normal, sel melanocyte menghasilkan melanin secara teratur.
- Fungsi utama melanin adalah untuk melindungi kulit daripada kerosakan akibat pendedahan kepada sinaran ultraviolet (UV) dari matahari.
- Apabila kulit terdedah kepada sinaran UV, melanin akan bertindak sebagai perisai semula jadi yang membantu menghalang sinaran tersebut daripada merosakkan sel-sel kulit dan menyebabkan pembentukan jeragat atau kerosakan kulit yang lain.
- Jeragat bergantung kepada jumlah dan jenis melanin dan juga saluran darah kulit yang terdapat pada seseorang. Individu yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat kulit jeragat, mempunyai jumlah melanocyte yang banyak dan aktif.
Punca Jeragat Di Pipi
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kulit seseorang lebih sensitif dan mudah mendapat jeragat;
- Faktor genetik atau keturunan.
- Pendedahan kepada cahaya matahari setiap hari tanpa perlindungan dari UV seperti pemakaian krim tabir suria.
- Perubahan hormon seperti melasma sewaktu mengandung atau penggunaan pil perancang.
- Penggunaan kosmetik yang mempunyai bahan kimia yang tinggi.
Beza Antara Jeragat dan Pigmentasi
Ramai yang masih keliru dengan dua istilah ini. Sebenarnya jeragat dan pigmentasi adalah dua perkara yang berbeza dalam konteks masalah kulit. Perbezaan utama antara keduanya adalah:
Jeragat
- Jeragat adalah bintik-bintik kecil yang muncul pada kulit, terutamanya di kawasan wajah.
- Jeragat seringkali berlaku akibat pendedahan berlebihan kepada sinaran matahari.
- Warna jeragat cenderung lebih gelap daripada warna asal kulit dan biasanya muncul pada individu dengan jenis kulit yang lebih cerah.
- Jeragat cenderung muncul di kawasan yang terdedah kepada matahari, seperti hidung, pipi, dan dahi.
Pigmentasi
- Pigmentasi merujuk kepada perubahan dalam pigmen kulit, yang boleh mengakibatkan bintik-bintik atau kawasan kulit yang lebih gelap atau lebih terang.
- Pigmentasi tidak semestinya disebabkan oleh pendedahan kepada sinaran matahari. Ia juga boleh berpunca daripada faktor genetik, perubahan hormon, atau penuaan.
- Pigmentasi boleh berlaku pada semua jenis kulit, dan warna kulit yang terjejas mungkin lebih gelap atau lebih terang daripada warna kulit asal.
Jadi, perbezaan utama antara jeragat dan pigmentasi adalah punca, warna, dan kawasan di mana mereka biasanya muncul pada kulit. Jeragat lebih berkaitan dengan pendedahan kepada sinaran matahari, manakala pigmentasi boleh disebabkan oleh pelbagai faktor dan tidak semestinya berkaitan dengan matahari.
Kaedah Rawatan Kulit Jeragat
Jeragat sebenarnya tidak bahaya dan bukan penyakit. Jeragat tidak menimbulkan kesakitan atau bahaya kepada kesihatan, tetapi boleh menjejaskan keyakinan diri dan penampilan seseorang. Oleh itu, banyak wanita yang mencari cara untuk menghilangkan atau mencegah jeragat. Jeragat biasanya tidak mudah dihilangkan tetapi boleh dipudarkan atau dikurangkan.
Rawatan kulit jeragat bergantung kepada diagnosis tertentu. Biasanya akan membuat ujian saringan terlebih dahulu sebelum menentukan rawatan yang diperlukan.
Jeragat memang ada macam-macam jenis rawatan dan salah satunya adalah rawatan Dermal Sign E. Rawatan ini memang berkesan dan terdapat banyak testimoni tentang kejayaannya. Ramai wanita yang berpuas hati selepas mendapatkan rawatan memulihkan masalah jeragat di Klinik Dr Bazilah yang berlokasi di Shah Alam.
Rawatan dermal sign e ini boleh;
- Membantu untuk pudarkan jeragat.
- Mengembalikan keremajaan kulit.
- Kulit lebih smooth dan extra glowing.
- Membantu sekatakan tona kulit.
Klinik Dr Bazilah ini mempunyai empat cawangan iaitu:
Klinik Dr Bazilah Kuala Lumpur
(Klinik Kulit / Aesthetik / Rambut / Jerawat / Jeragat)
Unit A1-10, Level 1 Puncak Sentul,
8, Jalan Sentul Pasar, 51000 Kuala Lumpur.
Tel: 013-817 7005
Website: https://www.klinikdrbazilah.com/klinik-kulit-kuala-lumpur
Klinik Dr Bazilah Shah Alam
R-02-01, Emira,
Jalan Akuatik A13/64A,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.
Tel: 03-5035 7359
Website: https://www.klinikdrbazilah.com/klinik-kulit-shah-alam
Klinik Dr Bazilah Bangi
C 10 G, Plaza Paragon Point,
Jalan Medan,
Pusat Bandar 5 Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor
Tel: 03-8922 9681 / 0111-590 5931
Klinik Dr Bazilah Damansara
R01-05, EMPORIS, Persiaran Surian,
Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03-7661 3950
Website: https://www.klinikdrbazilah.com/klinik-kulit-damansara
Kepada sesiapa yang mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah serta memerlukan penjelasan lanjut, korang borang menghubungi WhatsApp Klinik Dr Bazilah pada pautan di bawah:
WhatsApp: +6013-8177005 (Kuala Lumpur)
Website: www.klinikdrbazilah.com
Facebook: klinikdrbazilah
Instagram: @klinikdrbazilah
Tiktok: @klinikdrbazilah
Waktu Operasi Klinik: 9.00 pagi – 6.00 petang.
Cara Mencegah Jeragat
Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Terdapat beberapa cara untuk mencegah jeragat sebelum terlambat. Elak jeragat dengan mengamalkan 4 perkara ini;
- Mengelakkan pendedahan kepada sinar matahari.
- Menggunakan krim tabir suria, memakai topi atau payung.
- Menjaga kebersihan kulit.
- Mengamalkan diet yang seimbang.
Baca juga;
Cara Merawat Jangkitan Kulat Pada Faraj
Kayuh Basikal Boleh Kurus
Terkencing Ketika Batuk