Sunscreen Terbaik Untuk Kulit Berminyak | Siapa yang kata kulit berminyak kalau pakai sunscreen/sunblock akan buat kulit lagi berminyak? Kita sama, dulu MJ pun berfikiran macam tu. Memang takut sangat-sangat nak pakai walaupun sunscreen yang bagus. Tapi bila dah guna Aloe Vera Sunscreen, baru MJ tahu rupanya ada pelindung matahari yang sesuai untuk kulit berminyak. Memahami masalah yang sering membelenggu mereka yang mempunyai kulit berminyak MJ sarankan wajib cuba pelindung matahari terbaik ini.
Sebenarnya semua orang mempunyai kulit yang berminyak cuma yang membezakannya sama ada sedikit atau banyak. Ini kerana kulit menghasilkan minyak yang berfungsi sebagai pelindung kulit daripada bahaya luar seperti pencemaran dan debu. Bahaya luar ini boleh menerobos masuk ke dalam pori-pori kulit yang menjadi punca tumbuhnya jerawat.
Selain itu, minyak pada kulit berfungsi sebagai cairan yang mampu menjaga keremajaan kulit serta menjadikan kulit lebih kenyal. Namun, jika minyak di bawah kulit berlebihan akan mewujudkan masalah baru dan mencacatkan penampilan.
Sunscreen Terbaik Untuk Kulit Berminyak
Kulit berminyak mungkin mempunyai beberapa kelebihan, seperti lambat berkedut. Itu sebab orang tua-tua kata kalau orang tu kulit berminyak dia akan awet muda. Tetapi ia juga membuatkan kita lebih mudah terdedah kepada masalah kulit dan kulit muka akibat kusam.
Oleh itu, sunscreen untuk kulit berminyak adalah satu elemen penting dalam rutin penjagaan kulit dan ia dapat membantu kita melindungi diri daripada sinaran matahari yang berbahaya.
Sekiranya kita dalam kategori kulit berminyak, perlu memilih pelindung matahari yang sesuai dengan keperluan dan keadaan kulit. Berikut adalah beberapa fakta menarik kenapa MJ memilih Aloe Vera Sunscreen sebagai salah satu item wajib dalam basic skincare routine.
Kelebihan Aloe Vera Sunscreen Untuk Kulit Berminyak
Tekstur
Sunscreen yang bagus untuk kulit berminyak sepatutnya mempunyai tekstur yang ringan. Tekstur ringan dapat membantu pelindung matahari menyerap dengan cepat dan tanpa menyumbat pori-pori kulit. Aloe Vera Sunscreen mempunyai tekstur yang sangat ringan dan menjadikannya senang diaplikasi pada kulit wajah dan menjadikan kulit lebih segar. Paling penting Aloe Vera Sunscreen ini tidak berminyak dan melekit. Pendek kata memang sangat sesuai dijadikan sunscreen untuk kulit berminyak.
Sunscreen SPF 50
Sunscreen untuk kulit berminyak wajib mengandungi faktor perlindungan matahari (Sun Protection Factor – SPF). SPF adalah ukuran perlindungan pelindung matahari terhadap sinar UVB. Semakin tinggi SPF, semakin lama kita dilindungi dari matahari. Aloe Vera Sunscreen mengandungi perlindungan matahari SPF50+ PA+++ (sunscreen SPF50+) dan merupakan pilihan terbaik untuk kulit berminyak kerana ia menawarkan perlindungan yang tinggi terhadap sinaran UV. Ini membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat matahari dan penuaan pramatang.
Sunscreen Yang Tidak Menyumbat Pori-Pori
Pemilihan sunscreen yang tidak menyumbat pori-pori (non-comedogenic) adalah penting untuk memilik wajah yang cantik dan berseri-seri. Pelindung matahari untuk kulit berminyak harus mengandungi bahan tambahan yang memberi manfaat kepada kulit. Bahan tambahan pelindung matahari boleh berupa pelembap, antioksidan, vitamin, atau ekstrak tumbuhan yang boleh membantu melembapkan, menyuburkan, mencerahkan, atau menenangkan kulit.
Aloe Vera Sunscreen diformulasi dengan bahan tambahan yang baik untuk kulit berminyak seperti Glycerin, Sodium Hyaluronic dan Allantoin. Aloe Vera Sunscreen juga diperkaya dengan ekstrak tumbuh-tumbuhan seperti Centella Asiatica Extract, Morus Alba Bark Extract dan Orchid Extract. Ianya tidak mengeringkan kulit dan mencerahkan kulit wajah secara semula jadi serta tidak mengandungi alkohol, Paraben-Free, Silicon-Free, Sulfate-Free dan Allergen-Free.
Sunscreen Yang Mesra Wuduk
Bila pakai sunscreen ini kulit MJ tampak segar tanpa rasa berminyak yang mengganggu dan tak melekit. Kulit yang tidak berminyak dapat mengelakkan masalah jerawat dan pori-pori tersumbat yang dapat menjejaskan kecantikan kulit. MJ tak akan keluar rumah tanpa sunscreen ini.
Paling best bila pakai Aloe Vera Sunscreen ini sebab ianya tidak kalis air (not waterproof) dan mesra wuduk. Ia merupakan sunscreen yang boleh basuh dengan air dan kalau nak solat dekat shopping mall atau di kawasan rehat dan rawat (R&R) senang jer, sebab boleh terus basuh atau bilas dengan air. Ini kerana sifatnya tidak seperti alat solek atau tinted sunscreen.
Hybrid Sunscreen
Aloe Vera Sunscreen menggabungkan kelebihan dari physical sunscreen yang dapat memantulkan sinar UV dan kelebihan dari chemical sunscreen yang dapat menyerap dan mengubah sinar UV. Dengan begitu, Aloe Vera Sunscreen terbaik dan dapat memberikan perlindungan yang lebih efektif dan menyeluruh dari bahaya sinar matahari.
Kenapa Sunscreen Yang Boleh Basuh Dengan Air Bagus Untuk Kulit
Berikut adalah beberapa kelebihan produk pelindung matahari yang tidak kalis air:
1. Fleksibiliti Dalam Penggunaan
Produk pelindung matahari yang tidak kalis air adalah penting untuk menjaga kulit tetap sihat, bersih, dan tidak berminyak ketika beriadah di luar rumah seperti berbasikal atau mengikuti larian marathon. Sunscreen ini bukan saja boleh membantu mengekalkan kelembapan kulit malah mudah disapu semula (reapply). Teksturnya yang ringan dan tak melekit mampu mengelakkan liang-liang pori daripada tersumbat.
2. Jimat Masa
Sunscreen yang tidak kalis air cenderung kering lebih cepat selepas diaplikasikan ke kulit, berbanding produk yang kalis air yang mungkin perlu lebih lama untuk menyerap sepenuhnya.
3. Rutin Penjagaan Kulit Asas
Kelebihan yang ada pada sunscreen yang tidak berminyak ini telah menyebabkan MJ tak pernah skip menggunakannya dalam rutin penjagaan kulit asas setiap hari.
Menjaga kebersihan muka sangat penting dan sebaik-baiknya bersih muka dengan pembersih yang bersesuaian dengan kulit. Bagi mengelak minyak yang berlebihan cukup dengan hanya membersihkan wajah dua kali sehari. Jika kerap membersihkan wajah akan mengikis lapisan kulit wajah. Tindakan membersihkan wajah secara kerap ini juga membahayakan kulit yang sering terdedah kepada cahaya matahari.
Krim siang terbaik adalah yang sesuai dengan jenis kulit kita dan mengandungi perlindungan matahari. Pastikan krim siang kita memiliki SPF yang mencukupi.
MJ tak pernah lupa untuk selalu menggunakan suncreen setiap hari sebelum meninggalkan rumah untuk memastikan kulit anda sihat dan cantik. Pilihan MJ sudah pasti Aloe Vera Sunscreen yang sebelum ini pernah berkongsi tentang Sunscreen Terbaik ini.
Aloe Vera Sunscreen merupakan inovasi terkini yang menjadikannya sunscreen yang tiada white cast. Kulit wajah tak nampak pucat dan kelihatan natural sangat-sangat. Aloe Vera Sunscreen tidak mempunyai warna dan mudah disapu ke atas kulit wajah. Malah ianya mampu membantu mencerahkan kulit wajah secara semula jadi.
Jadi, dalam menghadapi matahari yang terik, jangan lupakan pentingnya sunscreen/sunblock. Dengan pemilihan yang tepat dan rutin penjagaan kulit yang baik, anda boleh menjaga kulit berminyak anda dengan cemerlang tanpa risau tentang kerosakan matahari. Ingatlah untuk selalu menjaga kulit anda dan menikmati kebaikan perlindungan matahari yang sesuai!
Bagi mengetahui lebih lanjut tentang Aloe Vera Sunscreen boleh lawati di
Website: www.hansaegee.com/shop
IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
Baca juga; Penjagaan Kulit Muka Berjerawat, Kayuh Basikal Boleh Kurus
Netty Ah Hiyer
Mesti best ni.. nanti nak try belilah. Dengan harapan akan seglowing MJ nanti. Hiks.