Sunscreen Terbaik | Sebagai seorang yang aktif bersukan dan kerja luar, MJ memang seorang yang sangat menitik-beratkan pemakaian krim tabir suria (sunscreen atau sunblock). Penggunaan sunscreen ini adalah langkah awal dalam merawat kulit dan mencegah masalah kulit yang lebih serius di masa hadapan. Selain itu krim tabir suria membantu mengekalkan kelembapan kulit, mencegah kulit kering, dan mengelupas. Kini terdapat inovasi baru dalam perlindungan kulit iaitu Krim Tabir Suria Hybrid (Hybrid Sunscreen). Hybrid Sunscreen ni adalah pilihan yang bijaksana untuk menjaga kecantikan dan kesihatan kulit dalam cuaca panas lembap.
Apa Itu Hybrid Sunscreen
Hybrid sunscreen merupakan inovasi terkini dalam perlindungan kulit. Ia dibangunkan berdasarkan penemuan saintifik terkini dalam perlindungan kulit. Hybrid Sunscreen menggabungkan bahan perlindungan matahari kimia (chemical sunscreen) dan mineral (physical sunscreen) untuk memberikan kesan yang luar biasa.
Hybrid sunscreen mampu melindungi kulit dari sinaran UV, serta cahaya biru (HEV) sekali gus menawarkan SPF yang lebih tinggi. Kombinasi ciri dua jenis penapis matahari ini berfungsi untuk melindungi kulit. Keunikan oksida besi dalam Hybrid Sunscreen mampu membantu mencegah hiperpigmentasi. Selain itu, ia juga membolehkan solekan digunakan dengan lebih selesa dan tahan lama. Sudah pasti Hybrid Sunscreen yang bagus menjadi pilihan MJ.
Perbezaan Antara Krim Tabir Suria Fizikal Dan Kimia
Krim Tabir Suria Fizikal
Krim Tabir Suria Fizikal (Physical Sunscreen juga dikenali sebagai mineral sunscreen) ialah sejenis pelindung matahari terdiri daripada bahan aktif yang mempunyai fungsi untuk memantulkan sinaran ultraviolet (UV) daripada cahaya matahari. Mineral seperti zink oksida dan titanium dioksida adalah bahan aktif biasa.
Physical sunscreen berfungsi dengan baik untuk menghalang sinaran ultraviolet dan menjadikan kulit lebih lembut. Selain itu, physical sunscreen tidak mengandungi bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan kulit.
Physical sunscreen mempunyai kelemahan kerana ia sukar digunakan dan sering meninggalkan kesan putih pada kulit. Selain itu, physical sunscreen perlu digunakan semula (reapply sunscreen) lebih kerap daripada pelindung matahari kimia.
Krim Tabir Suria Kimia
Krim tabir suria kimia (Chemical Sunscreen) ialah sejenis pelindung matahari yang terdiri daripada bahan aktif yang berfungsi untuk menyerap sinaran ultraviolet (UV) daripada cahaya matahari. Bahan aktif biasanya bahan kimia organik seperti avobenzone, oxybenzone, dan octinoxate.
Chemical sunscreen merupakan sunscreen yang bagus kerana mempunyai banyak faedah kerana ia mudah digunakan dan terdapat dalam pelbagai produk penjagaan kulit, seperti losen, krim dan juga alat solek.
Cantik dengan amalkan Cara Diet Eat Clean
Kesan Tindakbalas Hybrid Sunscreen Kepada Kulit Wajah
Kesan tindakbalas hybrid sunscreen kepada kulit wajah manusia adalah seperti berikut:
Perlindungan Matahari Optimal
Menawarkan perlindungan tinggi terhadap sinaran UV yang membahayakan kulit wajah.
Mencegah Hiperpigmentasi
Kehadiran oksida besi dalam hybrid sunscreen membantu mencegah masalah hiperpigmentasi pada kulit.
Sesuai Di Bawah Solekan
Formula hybrid yang ringan membolehkan solekan digunakan dengan lebih selesa dan tahan lama.
Tidak Merengsakan Kulit
Memberikan kesan tidak merengsakan pada epidermis ketika kulit terdedah kepada sinaran matahari.
Penggunaan Hybrid Sunscreen adalah penting bagi melindungi dan menjaga kesihatan kulit wajah dalam jangka masa panjang.
Hybrid Sunscreen Aloe Vera Terbaik
MJ bersyukur sangat kerana telah diperkenalkan Hansaegee Aloe Vera Sunscreen oleh kawan baik sendiri. Kawan baik MJ telah mengesyorkan untuk menggunakan Aloe Vera Sunscreen dari Korea ini kerana tahu MJ memang tak pernah tinggal pakai sunscreen/sunblock. Selepas menggunakannya, MJ terus jatuh cinta dengan hybrid sunscreen jenama Hansaegee Nature ini. MJ telah menobatkan ianya sebagai Hybrid Sunscreen Terbaik. Hybrid Sunscreen Malaysia yang patut semua orang guna.
Mengapa Aloe Vera Sunscreen Terbaik
Melegakan Kerengsaan Kulit
Sesuai dengan namanya, Aloe Vera Sunscreen mengandungi Aloe Vera yang sangat terkenal dalam industri kosmetik untuk membantu mengekalkan kelembapan kulit, mencegah kulit kering dan mengelupas. Aloe vera juga mempunyai sifat anti-radang yang membantu mengurangkan kemerahan dan kerengsaan pada kulit. Aloe Vera Sunscreen juga diperkaya dengan ektrak tumbuhan lain seperti Centella Asiatica Extract, Morus Alba Bark Extract dan Orchid Extract. Aloe Vera Sunscreen turut diperkaya dengan Sodium Hyaluronic, Glycerin dan Allantoin.
Pelembap Kulit
Diformulasi dengan Glycerin, Sodium Hyaluronic dan Allantoin serta aloe vera menjadikan hybrid sunscreen ini mampu menyuntik kelembapan yang maksimum kepada kulit. Malah ianya tidak mengeringkan kulit dan mencerahkan kulit wajah secara semula jadi. Ia juga tidak mengandungi alkohol, Paraben-Free, Silicon-Free, Sulfate-Free dan Allergen-Free.
Tengok tu hasilnya, kulit wajah MJ cantik berseri-seri kerana Aloe Vera Sunscreen memberi kelembapan maksimum pada kulit wajah.
Perlindungan Matahari
Mengandungi perlindungan matahari SPF50+ PA+++ (sunscreen SPF50+) untuk melindungi kulit rosak di bawah cahaya matahari.
Bebas Minyak
Tekstur Hansaegee Aloe Vera Sunscreen yang tidak berminyak, sangat ringan dan tak melekit menjadikannya senang apabila diaplikasi di kulit wajah dan menjadikan kulit lebih segar. Sunscreen Aloe Vera ini sangat sesuai dijadikan sunscreen untuk kulit berminyak. The Best Sunscreen SPF 50 Ever!
Tiada White Cast
Aloe Vera Sunscreen merupakan inovasi terkini yang menjadikan Hybrid Sunscreen yang tiada white cast. Bila diaplikasi wajah tak nampak pucat dan kelihatan natural sangat-sangat. Ini yang paling MJ suka. Aloe Vera Sunscreen yang tidak mempunyai warna sangat sebati apabila disapu ke atas kulit wajah. Malah ianya mampu membantu mencerahkan kulit wajah secara semula jadi.
Sebati Di Bawah Solekan
Sebelum melakukan aktiviti luar adalah penting untuk menggunakan krim tabir. Ramai yang mengelak menggunakannya kerana tidak sesuai di bawah solekan. Namun, masalah ini tidak timbul dengan Aloe Vera Sunscreen kerana ianya tidak menyebabkan solekan bercapuk dan dalam masa yang sama memberi perlindungan kepada kulit.
Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit
Aloe Vera Sunscreen untuk semua jenis kulit termasuk mereka yang memiliki kulit sensitif. Ini kerana kandungannya boleh melindungi kulit. Kebanyakan orang yang memiliki kulit sensitif mempunyai masalah apabila menggunakan pelindung matahari, tetapi pelindung matahari Aloe Vera ini sangat sesuai untuk mereka.
Cara Pakai Hybrid Sunscreen Aloe Vera SPF 50
Selepas menjalankan basic skincare routine, sapukan Aloe Vera Sunscreen ini di kulit wajah untuk melindungi bahagian yang terdedah daripada sinaran ultraungu.
Cara Pakai Hybrid Sunscreen Aloe Vera SPF 50 terbaik ialah sebaik-baiknya 15 minit sebelum keluar rumah. Gunakan sunscreen dengan jumlah yang cukup dan ulangi penggunaan sunscreen setiap dua jam sekali atau setiap kali berpeluh. Gunakan beauty sponge yang kering untuk mengaplikasikan sunscreen di atas makeup agar tidak merosakkan penampilan.
MJ memang benar-benar puas hati dengan hasil selepas menggunakan Hybrid Sunscreen Aloe Vera ni. Setelah mengamalkannya kulit wajah sekata dan noda hitam semakin pudar. Tapi yang paling penting kulit wajah MJ makin lembap, barulah nampak awet muda!
Bagi mengetahui lebih lanjut tentang Aloe Vera Sunscreen boleh lawati di;
Website: www.hansaegee.com/shop
IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
Julia Mahir
Nak kulit sihat kena pakai sunscreen terbaik ni. Bagus ada senarai pilihan dalam artikel ni!
Rawlins GLAM
Menarik nie. Rawlins memang suka jika ianya sekaligus merawat dan tiada white cast. Thanks for the recommendation
Fadima Mooneira
This sunscreen sounds awesome. Saya pun manusia yg pentingkan penggunaan suncreen. But this is the first time I heard of hybrid sunscreen. Thank you for sharing this knowledge. Good post.
SiennyLovesDrawing
Totally agree with you 💯 a good sunscreen so important to add into our skincare routine, I prefer sunscreen that’s moisture skin & with light weight to apply. Cheers SiennyLovesDrawing
Ayu Rafikah Mohd Amin
brand ni mmg best.. sebab dia x melekit.. ala2 water based juga
Rane Chin
nak try this Hansaegee Aloe Vera Sunscreen. it is important to use every day
Sunshine Kelly
My friends are using this also feedback its effective, going to try it soon
Tini Alif
This sunscreen sounds really good! I didn’t know about “hybrid sunscreen” before, so thanks for sharing that. I agree, sunscreen is important for skincare, and I like ones that feel light and moisturize the skin. Nice post! 👍