MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Mama
Cara Jaga Kucing Betina Selepas Dimandulkan, No. 5 Tu Ngeri!
Diari Mama

Cara Jaga Kucing Betina Selepas Dimandulkan, No. 5 Tu Ngeri!

duniamyzan August 10, 2022

Cara Jaga Kucing Betina Selepas Dimandulkan | Pelihara kucing ni dah jadi satu tanggungjawab macam mak-mak. Bila anak bulus dah membesar lebih banyak perhatian diberikan terutama daripada sudut kesihatan terutama kucing betina. Bila dah ambil keputusan untuk memandulkan kucing betina, kita perlu menjaga anak bulus dengan teliti. Ini bagi memastikan kesihatannya terpelihara dan luka cepat pulih serta aktif semula. Terdapat 5 cara yang dinasihatkan oleh doktor haiwan yang merawat anak bulus MJ selepas dimandulkan dulu. Mungkin boleh bagi idea kepada korang jugak.

Contents hide
1 Kucing Mengawan
2 Kos Rawatan
3 Nasihat Doktor Verterinar Cara Jaga Kucing Betina Selepas Dimandulkan
3.1 1. Sangkar Kucing
3.2 2. Tempat Membuang
3.3 3. Kolar Leher
3.4 4. Mandi
3.5 5. Cuci Luka

Betul orang kata pelihara kucing ni ibarat jaga anak kecil. Makan, minum, sakit dan pening dia semua nak kena jaga. Tapi kehadiran anak bulus ni memang murahkan rezeki kita dan menambah sinar bahagia dalam sebuah keluarga. Bayangkan bila dah tak ada anak kecil dengan anak bulus kita menumpang manja.

Dulu-dulu MJ ni memang takut kucing atau lebih tepat ketakutan berlebihan terhadap kucing. Dalam bahasa sainsnya dipanggil ailurofobia.

Entah macam mana Allah SWT rezekikan dengan campak rasa kasih dan sayang pada kucing sehingga terbuka hati nak jadi mama kucing. Syukur alhamdulillah denga rezeki itu. Rezeki datang dalam pelbagai cara kan.

Penting untuk ketahui cara jaga kucing betina selepas dimandulkan.
Assalamulaikum & Hello! Nama saya Rey.

Buat masa ni, anak bulus seekor ni sahaja yang MJ pelihara. Dia jadi pengarang jantung mama, ayah, abang-abang dan kakak kat rumah ni. Centre of attention kiranya di rumah ni. Tapi dalam hati nak bela kucing BSH pulak.

Anak bulus MJ ni, betina. Memang dari awal lagi dah tahu dia betina. Bila buat suntikan vaksin untuk anak bulus ni Doktor Veterinar pernah tanya nak mandulkan atau ada rancangan nak terima ‘cucu’.

Baik MJ mahupun suami blur tak tahu nak jawab apa. Memang tak ada rancangan nak mandulkan anak bulus ni dan mungkin boleh meriahkan rumah bila anak-anak mula ke kolej dengan ‘cucu-cucu’ baharu.

Kucing Mengawan

Kesian juga bila tiba masa anak bulus mengawan, bila dia mula melolong-lolong (onheat) menunjukkan kesediaan untuk mengawan.

Maklumlah ini pertama kali MJ pelihara kucing dan terfikir juga nak biarkan dia mengawan sahaja dengan stray cat kat luar rumah.

Mujur MJ tanya kawan yang juga mama kucing. Dia kata jangan biarkan anak bulus kita mengawan dengan stray cat sebab kita tak tahu dia dah vaksin atau belum.

Jadi, tahan telinga sahaja bila dengar dia melolong-lolong.

Nak kenen-kenenkan dengan kucing jantan kawan tu, malangnya dah dikasi (neuter). Ada seorang kawan lagi pula kucing British Short Hair dia lepas bebas di kampung.

Huh! Memang tak berani nak biarkan anak kesayangan kita pergi kampung orang. Dibuatkan keluar kemudian tak balik-balik, siapa yang akan menangis berbaldi-baldi nanti kalau bukan MJ jugak.

Tangguh punya tangguh sampailah suatu hari ada keluar nanah daripada perut anak bulus. Apa lagi, terus bawa pergi jumpa Doktor Veterinar di Vet For You Medical Centre Denai Alam, Shah Alam.

Doktor kata ada infection dan terpaksa buat pembedahan untuk buang ovari dan uterus sekali gus. Dalam erti kata lain kena mandulkan juga sekali.

Takut juga fikir cara jaga kucing betina selepas dimandulkan sebab tak ada pengalaman.

Kos Rawatan

Padan muka MJ, kos rawatan pun berganda-ganda. Biasa kalau kos rawatan untuk mandulkan kucing betina dalam anggaran RM200 hingga RM250 sahaja. Bila dah tambah kes lain kos meningkat jadi RM450.

Besar juga luka rawatannya dalam 1½ inci macam tu. Tak tahu lah kalau mandulkan sahaja besar mana sebab tak ada pengalaman. Anak bulus MJ buat pembedahan tambahan di perut dia tu.

Yang penting sebagai mama kucing kena tahu cara jaga kucing betina selepas dimandulkan, ini WAJIB!

Jadi buat siapa yang jadi mama kucing tak perlu fikir panjang. Bila anak bulus dah boleh dimandulkan (spay) dengan nasihat Doktor Veterinar, buat sahaja. Kecuali memang dah anak pasangannya.

Bila buat pembedahan dan pemandulan tanpa dirancang semua jadi kelam-kabut. Kami tak bersedia pun untuk menerima ‘pesakit’ ni.

Tanya sahaja apa yang terfikir dengan Doktor Veterinar tentang cara jaga kucing betina selepas dimandulkan.

Mujur Doktor Verterinar tak lokek bagi ilmu baharu kepada MJ dan terang dengan teliti cara jaga kucing betina selepas dimandulkan.

Nasihat Doktor Verterinar Cara Jaga Kucing Betina Selepas Dimandulkan

1. Sangkar Kucing

Cara jaga kucing betina selepas dimandulkan yang pertama ialah sangkar kucing. Kena masukkan anak bulus dalam sangkar kucing untuk memastikan dia tak bergerak banyak.

Kalau bergerak banyak takut luka lambat baik. Biasanya dalam tiga hingga empat hari kita kena kawal selia anak bulus lepas pembedahan.

Tapi anak bulus MJ meronta-ronta tak nak masuk. Takut pula luka makin parah jadi biarkan dia di luar. Orang dah biasa bebas nak dimasukkan dalam sangkar kan, siapa nak. Mujur dia tak aktif sangat.

2. Tempat Membuang

Cara jaga kucing betina selepas dimandulkan yang kedua ialah tempat najis kucing. Tempat anak bulus membuang tak boleh guna pasir macam biasa. Kena tukar pakai tisu lembut kerana dikhuatiri nanti pasir masuk ke dalam luka. Lambat baik jadinya. Walaupun anak bulus akan rasa pelik sebab tak biasa tapi dia faham kita buat untuk dia cepat sihat.

3. Kolar Leher

Doktor Verterinar nasihatkan kita beli kolar yang macam orang sakit leher. Boleh pula MJ beli saiz kecil dah tak muat. Saiz leher anak sendiri pun takt ahu. Buat sendiri ikut reka bentuk yang beli tu guna kertas kadbod. Dia tak mahu pakai juga. Menurut Doktor Verterinar kolar tu sebab nak elak dia jilat luka.

4. Mandi

Doktor Verterinar juga nasihatkan jangan mandikan anak bulus selama sebulan.

5. Cuci Luka

Doktor Verterinar tak ada pula suruh cuci luka anak bulus. Dia pun tak bagi kita sentuh perut dia.

Semoga tip ini bermanfaat dan boleh jadi panduan jika ingin memandulkan kucing betina kesayangan masing-masing.

Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

Cara Mohon Bantuan Mengurus Jenazah Pesara Kerajaan Berjumlah RM3 Ribu
Bantuan Mengurus Jenazah | Kembalinya ibu atau bapa menghadap Ilahi …

Cara Mohon Bantuan Mengurus Jenazah Pesara Kerajaan Berjumlah RM3 Ribu

Melatih Anak Sifat Kepimpinan Demi Masa Depan
Sebagai ibu bapa melatih anak sifat kepimpinan seawal usia 6 …

Melatih Anak Sifat Kepimpinan Demi Masa Depan

About The Author

duniamyzan

3 Comments

  1. nettyahhiyer

    Gebunya anak bulus kak Maizan ni.. nampak manja betul.. moga cepat sembuh lukanya.

    August 10, 2022
  2. Eswati azni

    Uihhh byk jugak kosnya hahaha…mapohhh org gerik ckp

    August 10, 2022
  3. sofea

    kekadang.. jaga kucing boleh mengalahkan jaga baby yea… 🙂

    August 22, 2022

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    September 17, 2023 0
  • Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara Sistematik
    Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara …
    August 23, 2023 0
  • 8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di Malaysia
    8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di …
    August 26, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh