Takut kucing? Dulu-dulu MyZan memang takut kucing tapi, kini dah tak takut lagi kerana ada cara hilangkan takut kucing.
Dulu kalau berselisih dengan kucing boleh terjerit-jerit ketakutan. Rasa takut tu, bukan dibuat-buat tapi memang takut, ibarat macam orang takut lipas.
Selalu terfikir bagaimana agaknya cara hilangkan takut kucing.
Hanya orang yang takut kucing saja yang faham perasaan dia macam mana.
Ailurophobia Dan Cara Hilangkan Takut Kucing
Rasa takut pada kucing bukan main-main dan boleh sampai ke tahap fobia. Istilah yang digunakan untuk mereka yang fobia kepada kucing ialah Ailurophobia.
Bila dah takut kucing tu, secara tak langsung muncul refleksi semula jadi bila bertembung dengan kucing.
Kadang-kadang kucing tu jauh lagi tapi, dah mula cari jalan tak dekat dengan kucing.
Bila nampak kucing kecenderungan rasa berdebar, rasa tak tentu arah dan kadang-kadang rasa nak melompat pun ada.
Kenapa Takut Kucing
Rasa takut pada kucing ini mungkin dari pengalaman lalu. Mungkin ada yang pernah kena cakar atau digigit oleh kucing.
Diri sendiri tak pernah mempunyai pengalaman ngeri dengan kucing. Rasa takut itu memang ada sejak lahir agaknya, hahaha…
Cara Nak Hilangkan Takut Kucing
Tak pernah sangka boleh atasi masalah takut kucing ini. Sampai sekarang rasa macam dalam mimpi saja macam mana boleh buat cara hilangkan takut kucing tu.
Bila dah tak takut tu dah tahu macam mana cara hilangkan takut kucing, timbul pula keinginan nak bela kucing. Rasa sayang pada kucing tu ibarat sayang pada anak sendiri.
Tambah-tambah pula anak bulus yang dipelihara ini sangat comel dan manja.
Cara hilangkan takut kucing yang dah cuba mungkin tak sama dengan orang lain tapi jika ada niat nak ‘berbaik’ dengan kucing mungkin boleh cuba.
Langkah-langkah;
- Ada Keinginan Sayang Kucing – Semuanya bermula dengan niat. Kalau tak ada keinginan buat macam mana pun tak jadi kan. Mesti ada keinginan yang mendalam untuk berbaik dengan haiwan yang manja ini.
- Mula bermain dengan baka kucing seperti Persian atau British Short Hair – Sebaik-baiknya mula berjinak-jinak bermain dengan kucing seperti Persian, British Short Hair atau yang seangkatan dengannya. Ini kerana kucing baka ini lebih manja dan tak akan bertindak kasar dengan kita.
- Jangan Bermain Dengan Kucing Jalanan – Bukan tak boleh bermula dengan kucing jalanan tapi bagi orang yang takut kucing ini boleh menambahkan lagi rasa takut. Kucing jalanan mungkin boleh bertindak kasar dan kuku juga tidak dipotong. Kalau kena cakar memang sampai bila pun kita akan takut kucing.
- Jangan Usik Anak Kucing Yang Tengah Menyusu – Kalau anak kucing atau kitten memang tak boleh usik. Nanti kena serang dengan mak dia.
- Kena Peka Mood Kucing – Kucing juga ada mood seperti kita. Ada masa-masa datang tak ada mood yang baik dan manja pun boleh mencakar atau menggigit.
Baca ini; 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah Terbaik Di Dunia
Kucing Suka Datang Pada Orang Takut Kucing
Dulu masa takut kucing memang anak bulus ni suka ‘menyakat’ orang yang takut agaknya. Kalau pergi mana-mana terutama gerai makan, mesti kucing datang mengusung.
Sekarang bila dah tak takut lagi memang kucing tak datang dekat pun.
Kucing pun ada six sense tau!
Bila Dah Berjaya Cara Hilangkan Takut Kucing
Memang betul, kucing boleh menjadi terapi yang paling menenangkan lebih-lebih lagi bila kita terpaksa berkurung dalam rumah akibat penularan pandemik COVID-19 baru-baru ini.
Melayan sikapnya yang manja dan kadang-kala merajuk boleh menjadi talk of the town dalam famili kita.
Paling best bila kucing tiba-tiba datang rajin mengurut kita. Sedap tau rasa kena urut dengan kucing.
Miss Grey
Miss Grey adalah nama kucing kesayangan Myzan. Kucing kelabu yang menjadi kesayangan ini ada nama manja juga, Rey.
Rey sekarang dah berumur 2 tahun lebih dan dipelihara ketika baharu putus susu.
Kiranya memang pelihara sejak baby lagi. Mak Rey adalah Persian dan ayahnya adalah kucing jalanan.
Ini lah dia cinta hati MyZan.
Sofea
Info yg menarik sis..
duniamyzan
Terima kasih, kalau dulu memang terjerit-jerit dan melompat kalau kucing datang dekat.
azni
aku masih takut kucing hahahaha… or geli sebenarnya
TerryDab
.
Leesa Alisauskas
Terimakasih, tulisan yang baik. Semoga netizen memperoleh wawasan yang bermanfaat.
Ciara
Terimakasih!! artikel yang baik. Senang membacanya. Salam kenal ya. Terimakasih juga jika melihat blog saya.
kebun bibit surabaya tutup jam berapa
Terima kasih atas info tanaman obat yg sangat bermanfaat