Tak sangka tahun ini dapat Bibik Mijia Hadiah Birthday! Terima kasih anak-anak sanggup kumpul duit bagi hadiah paling bermakna ini.
Walaupun beli Xiaomi Mijia Smart Robot Vacuum Cleaner 1C bukan sepenuhnya duit anak-anak (Mama kena cukupkan selebihnya) tapi usaha kumpul duit tiga beradik tu undang rasa sebak. Dapat bibik Mijia hadiah birthday ini sudah cukup bermakna sangat!
Harap-harap boleh sayang mama ketat-ketat sampai ke hari tua nanti. Kalau selalu bagi hadiah lagi lah bertambah suka.
BACA: Cara Hilangkan Takut Pada Kucing
Tapi sebenarnya bila fikir balik Bibik Mijia Hadiah Birthday tahun ini bukan sepenuhnya untuk mama. Anak-anak yang teruja nak beli.
Mungkin sebab lepas ni boleh lepas tangan daripada tugas mengemop dan vakum rumah, kan.
No, no no…Bibik Mija ni menjalankan tugas membersihkan lantai rumah yang ringan-ringan saja. Setiap minggu anak-anak tetap ada giliran membersihkan rumah. Cuma ringan sikit tu bila rumah setiap hari ada Bibik Mijia yang bersihkan.
Lama Mengidam
Sebenarnya memang dah lama mengidam Bibik Mijia yang berasal dari China ni. Selalu tengok review orang dan memang faham fungsinya yang tidak terlalu lasak berbanding jenama lain dengan harga ribuan ringgit.
Matlamat hanya satu, iaitu dapat bersihkan lantai dari habuk dan rambut pun dah cukup. Rumah yang berdekatan dengan lebuh raya ni memang banyak sangat habuk.
Bila dapat notifikasi dari Shoppe barang dah nak sampai rumah teruja bukan main. Bila dah terima, kena tunggu suami balik kerja pulak nak unboxing sama-sama. Bukan anak-anak saja yang tak sabar anak bulus pun sama sibuknya.
Hari pertama Bibik Mijia bekerja terkejar-kejar anak bulus tengok apa benda yang bergerak. Tak ada anak kecil, macam itu lah.
Kalau ada anak kecil mesti nak duduk atas bibik sekali. Dengan kuasa sedutan sebanyak 2500Pa (Paskal), setakat habuk-habuk dan rambut di lantai atau karpet, semudah ABC jer.
Bibik Mijia Hadiah Birthday Mengadu
Ada sekali tu Bibik Mijia tersedut plastik makanan, ala, yang selalu guna untuk tapau nasi lemak tu. Pandai pulak dia ‘mengadu’ dia tengah tercekik.
Tapi dia mengadu kat Apps@Xiaomi Home yang install kat handphone. ‘Menangis-nangis’ mintak keluarkan plastik tu.
Lepas keluarkan plastik tu barulah BiBik Mijia boleh sambung kerja dengan senang hati.
Selain vakum, Bibik Mijia juga boleh mengemop. Sebenarnya Bibik Mijia bole buat dua kerja sekali gus menyedut dan mengemop lantai. Kiranya macam 2 dalam 1, kelas kau Mijia.
Setakat ruang tamu yang seluas 24 meter persegi tu dalam 20 hingga 25 minit jer Bibik Mijia boleh settle.
Kalau nak mintak tolong anak-anak buat, macam-macam alasan dia orang bagi.
Bibik Mijia Hadiah Birthday Dengar Kata
Time kita suruhlah baru cakap nak belajar lah, nak buat homework lah sampai ke sudah tak buat jawapnya.
Bibik Mijia ni jer lah yang sentiasa menurut perintah dan sentiasa menjalankan tugas.
Dah pakai selama tiga hari, so far sangat-sangat puas hati. Nantilah selepas 2 minggu, buat review lagi Bibik Mijia ni.
Apa kelebihan dan kekurangannya because no body is perfect ok.
Sofea
Macam best jer Sis.. menghadapi situasi yg sama..rumah cepat berhabuk
Hasnita Sawal
Ambik parcel dr abg j&t pun cantik hikss..bestnya brg ni. Sis tk penah tau pun..tq share sis
MAMA REEN
Nak bibik mijia laa
Netty
Wah.. best ni kak.. memang ringab kerja jadinya..
Azni
Wow … untung aa. Seronok dpt hadiah mcm ni. Ingatan tu yg lebih penting. Hehhe
Hadiah aku 😝 laki aku gibab. Dia bg duit jerr hahahahah.. sbb aku tak tau nak apa