MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Mama
Cara Mohon Bantuan Mengurus Jenazah Pesara Kerajaan Berjumlah RM3 Ribu
Diari Mama

Cara Mohon Bantuan Mengurus Jenazah Pesara Kerajaan Berjumlah RM3 Ribu

duniamyzan January 14, 2023

Bantuan Mengurus Jenazah | Kembalinya ibu atau bapa menghadap Ilahi pasti meninggalkan kesedihan yang teramat sangat kepada kita. Biarpun masa telah berlalu pergi, parut kehilangan insan tersayang tidak mungkin akan sembuh.  

Contents hide
1 Table of Contents
2 2 Agensi Yang Perlu Dihubungi;
3 Bantuan Pengurusan Jenazah Bagi Pesara Kerajaan
3.1 Siapa
3.2 Amaun
3.3 Tempoh Permohonan
3.4 Dokumen yang diperlukan
3.5 Penerima Mengikut Keutamaan
3.6 Cara Memohon
3.7 Cara Bayaran
3.7.1 Penerima dalam Malaysia:
3.7.2 Penerima di luar Malaysia:
3.8 Mendaftar Kematian Biasa (Semenanjung)
3.9 Kaedah 1- Pendaftran Melalui Agensi Pengesah Kematian Iaitu Hospital, PDRM atau DBKL
3.9.1 1. Tindakan Agensi Pengesah Kematian (Hospital, PDRM & DBKL)
3.9.2 2. Dokumen Yang Perlu Dikemukakan Oleh Pemaklum Atau Waris Si Mati Semasa Hadir Ke Pejabat JPN
3.9.3 3. Individu Yang Layak Membuat Kutipan Sijil Kematian
3.9.4 Bayaran
3.10 Kaedah 2 – Tindakan Waris Si Mati Atau Pemaklum
3.10.1 1. Tindakan Waris Si Mati Atau Pemaklum
3.10.2 2. Dokumen Yang Perlu Dikemukakan Oleh Waris Si Mati Semasa Hadir Ke Pejabat JPN
3.10.3 3. Individu Yang Layak Membuat Kutipan Sijil Kematian
3.10.4 Bayaran

Sebagai anak ataupun waris, masih banyak tanggungjawab yang perlu digalas selepas mereka meninggal dunia.

Namun,jika salah seorang ibu bapa kita merupakan bekas penjawat awam atau warga pencen yang memegang kad pencen, waris berhak mendapat bantuan mengurus jenazah berjumlah RM3000.

Table of Contents

  • 2 Agensi Yang Perlu Dihubungi;
  • Bantuan Pengurusan Jenazah Bagi Pesara Kerajaan
    • Siapa
    • Amaun
    • Tempoh Permohonan
    • Dokumen yang diperlukan
    • Penerima Mengikut Keutamaan
    • Cara Memohon
    • Cara Bayaran
      • Penerima dalam Malaysia:
      • Penerima di luar Malaysia:
    • Mendaftar Kematian Biasa (Semenanjung)
    • Kaedah 1- Pendaftran Melalui Agensi Pengesah Kematian Iaitu Hospital, PDRM atau DBKL
      • 1. Tindakan Agensi Pengesah Kematian (Hospital, PDRM & DBKL)
      • 2. Dokumen Yang Perlu Dikemukakan Oleh Pemaklum Atau Waris Si Mati Semasa Hadir Ke Pejabat JPN
      • 3. Individu Yang Layak Membuat Kutipan Sijil Kematian
      • Bayaran
    • Kaedah 2 – Tindakan Waris Si Mati Atau Pemaklum
      • 1. Tindakan Waris Si Mati Atau Pemaklum
      • 2. Dokumen Yang Perlu Dikemukakan Oleh Waris Si Mati Semasa Hadir Ke Pejabat JPN
      • 3. Individu Yang Layak Membuat Kutipan Sijil Kematian
      • Bayaran
Cara Mohon Bantuan Mengurus Jenazah Pesara Kerajaan.

2 Agensi Yang Perlu Dihubungi;

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Bagaimana cara memohon bantuan mengurus jenazah buat pesara kerajaan?

Bantuan Pengurusan Jenazah Bagi Pesara Kerajaan

Syarat-Syarat Permohonan Bayaran Bantuan Mengurus Jenazah Berpandukan Peraturan Pekeliling Perbendaharaan Bil 3 Tahun 2010

Siapa

Pesara Kerajaan Malaysia yang meninggal pada 15 Oktober 2010 atau pada tarikh selepasnya termasuk pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan, Awam Negeri, Badan Berkanun, Kerajaan Tempatan dan pesara Skim KWSP.

(Pembayaran ini tidak dipanjangkan kepada penerima pencen terbitan yang meninggal dunia)

Amaun

RM 3,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ribu Sahaja).

Tempoh Permohonan

Boleh buat pemohonan dalam masa 12 bulan selepas tarikh kematian.

Dokumen yang diperlukan

  • Salinan sijil kematian,
  • Salinan kad pengenalan pemohon,
  • Salinan muka depan buku bank atau penyata bank,
  • Salinan sijil kelahiran pemohon (hubungan: anak).

Penerima Mengikut Keutamaan

  • Balu/Duda;
  • Anak;
  • Ibu/Bapa;
  • Ahli keluarga yang menguruskan jenazah (Surat Akuan Sumpah perlu disertakan);
  • Pihak yang menguruskan jenazah (Surat Akuan Sumpah perlu disertakan).

Cara Memohon

Borang permohonan boleh dimuat turun melalui laman sesawang www.jpapencen.gov.my, dilengkapkan dan dikemukakan ke Bahagian Pasca Perkhidmatan (Pencen) di alamat berikut bersama dokumen sokongan:

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
Jabatan Perkhidmatan Persaraan,
Aras 2, Skytech Tower 2, MKN Embassy Techzone,
Jalan Teknokrat 2, Cyber 4,
63000 Cyberjaya, Selangor
Malaysia

Muat Turun Borang Permohonan Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ)

Muat Turun Surat Akuan Bersumpah

Cara Bayaran

Penerima dalam Malaysia:

  1. Waran
  2. Kredit Bank

Penerima di luar Malaysia:

  1. Pindahan Telegrafik
  2. Deraf Bank

Semakan Bantuan Mengurus Jenazah Pesara Kerajaan

Sebelum mengisi Borang Bantuan Mengurus Jenazah Pesara Kerajaan kita terlebih dahulu perlu memaklumkan kematian kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk memohon sijil kematian.

Mendaftar Kematian Biasa (Semenanjung)

Kaedah 1- Pendaftran Melalui Agensi Pengesah Kematian Iaitu Hospital, PDRM atau DBKL

1. Tindakan Agensi Pengesah Kematian (Hospital, PDRM & DBKL)

Menerima maklumat kematian daripada pemaklum;

  • Mengesah dan mengeluarkan Daftar Kematian / Permit Mengubur JPN.LM02 (Pin.1/11) dan menyerahkan berwarna biru kepada pemaklum kematian;
  • Menghantar salinan Daftar Kematian / Permit Mengubur JPN.LM02 (Pin.1/11) berwarna kelabu kepada JPN yang berhampiran dalam masa 7 hari bekerja dan JPN akan merekodkan maklumat kematian di dalam sistem I-JPN. Pemaklum atau waris si mati boleh mengambil sijil kematian di pejabat JPN yang telah ditetapkan.

2. Dokumen Yang Perlu Dikemukakan Oleh Pemaklum Atau Waris Si Mati Semasa Hadir Ke Pejabat JPN

  • Salinan Daftar Kematian/Permit Mengubur JPN.LM02 (Pin.1/11) yang berwarna biru;
  • Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri si mati yang asal;
  • Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemaklum; (asal dan salinan);
  • Perakuan oleh Pengamal Perubatan mengenai sebab-sebab kematian yang asal [Borang JPN.LM09 atau JPN.LM10 (Post Mortem)] sekiranya kematian berlaku di hospital.

3. Individu Yang Layak Membuat Kutipan Sijil Kematian

  • Ibu atau bapa si mati;
  • Suami atau isteri si mati;
  • Anak-anak si mati;
  • Adik-beradik kandung si mati
  • Pemaklum kepada kematian yang tercatat dalam Daftar Kematian/Permit Mengubur JPN.LM02 (Pin. 1/11).

Bayaran

Tiada bayaran dikenakan.

Kaedah 2 – Tindakan Waris Si Mati Atau Pemaklum

1. Tindakan Waris Si Mati Atau Pemaklum

  • Melaporkan kematian kepada Agensi Pengesah Kematian (Hospital atau Polis atau DBKL);
  • Menerima salinan Daftar Kematian/Permit Mengubur JPN.LM02 (Pin.1/11) berwarna biru daripada agensi pengesah kematian;
  • Menyerahkan satu salinan JPN.LM02 (Pin.1/11) kepada Penjaga Tanah Kubur untuk tujuan pengebumian; dan
  • Hadir ke JPN berdekatan untuk mendaftar dan mendapatkan Sijil Kematian.

2. Dokumen Yang Perlu Dikemukakan Oleh Waris Si Mati Semasa Hadir Ke Pejabat JPN

  • Salinan Daftar Kematian/Permit Mengubur JPN.LM02 (Pin.1/11) yang berwarna biru;
  • Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri si mati yang asal;
  • Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemaklum; (asal dan salinan);
  • Perakuan oleh Pengamal Perubatan mengenai sebab-sebab kematian yang asal [Borang JPN.LM09 atau JPN.LM10 (Post Mortem)] sekiranya kematian berlaku di hospital.

3. Individu Yang Layak Membuat Kutipan Sijil Kematian

  • Ibu atau bapa si mati;
  • Suami atau isteri si mati;
  • Anak-anak si mati;
  • Adik-beradik kandung si mati
  • Pemaklum kepada kematian yang tercatat dalam Daftar Kematian/Permit Mengubur JPN.LM02 (Pin. 1/11).

Bayaran

Tiada bayaran dikenakan.

Baca juga; Cara Block Whatsapp Tanpa Diketahui

Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

Bibik Mijia Hadiah Birthday Tahun Ini Daripada Anak-Anak
Tak sangka tahun ini dapat Bibik Mijia Hadiah Birthday! Terima …

Bibik Mijia Hadiah Birthday Tahun Ini Daripada Anak-Anak

Kempen Bendera Putih Mangsa Pandemik COVID-19
Imbas kenangan membawa barang keperluan asas ke Rumah Anak Yatim …

Kempen Bendera Putih Mangsa Pandemik COVID-19

About The Author

duniamyzan

2 Comments

  1. Netty Ah Hiyer

    Bagus info bantuan urus jenazah pesara kerajaan ni kak.. lengkap betul.

    January 19, 2023
  2. Sofea

    Baru tahu info nie… Thanks sis MJ

    January 20, 2023

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    September 17, 2023 0
  • Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara Sistematik
    Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara …
    August 23, 2023 0
  • 8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di Malaysia
    8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di …
    August 26, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh