MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Santai
Cara Block Whatsapp Tanpa Diketahui, Ikuti 6 Cara Ini
Diari Santai

Cara Block Whatsapp Tanpa Diketahui, Ikuti 6 Cara Ini

duniamyzan January 9, 2023

Cara Block Whatsapp Tanpa Diketahui | Ramai pemilik telefon pintar memilih aplikasi percuma ini sebagai penghubung di antara kenalan masing-masing.

Bukan sahaja boleh menghantar pesanan tetapi boleh berhubung secara video call atau menggunakan pesanan suara sahaja tanpa menggunakan data. Paling penting ada talian internet yang pantas dan stabil.

Kalau dulu nak telefon saudara mara yang berada di luar negara kena congak dulu berapa kos yang perlu dibayar ketika membayar bil hujung bulan. Dengan adanya aplikasi Whatsapp semuanya jadi mudah.

Dalam pada banyak kebaikan menggunakan aplikasi ini tetap ada keburukannya. Hidup di zaman moden ramai manusia toksik dalam lingkungan kehidupan kita.

Bagaimana nak elak daripada manusia toksik ini terutama scammer. Salah satu daripadanya adalah belajar cara block Whatsapp tanpa diketahui.

Baca juga; Cara Scammer Ambil Duit Dalam Bank

Bukan, apa kita block secara senyap dapat menjaga hatinya, bukan?

Contents hide
1 Cara Block Whatsapp Tanpa Diketahui
1.1 Ada Cara Block Whatsapp Dan Ini Caranya;
2 Cara Block Whatsapp Group
2.1 Ada Cara Block Whatsapp Group Dan Ini Caranya;
3 Kemudahan Aplikasi Whatsapp Untuk Perlindungan Peribadi
3.1 Security Notification
3.1.1 Cara Pilih Security Notification
3.2 Two-Steps Verification
3.2.1 Cara Pilih Two-Steps Verification
3.3 Disappearing Messages
3.3.1 Cara Pilih Disappearing Messages
3.4 End-To-End Encrypted Backups
3.4.1 Cara Pilih End-To-End Encrypted Backups
Begini rupanya Cara Block Whatsapp Tanpa Diketahui.

Cara Block Whatsapp Tanpa Diketahui

Bila hidup di zaman moden yang serba pantas ini kadang-kadang ini mahu hidup tenang-tenang saja. Belajar cara block Whatsapp tanpa diketahui ini penting agar kitab oleh elak daripada manusia toksik.

Cara block Whatsapp tanpa diketahui mudah sahaja (cara ini untuk pengguna android mungkin sedikit berbeza dengan pengguna iphone).

Ada Cara Block Whatsapp Dan Ini Caranya;

  1. Buka aplikasi Whatsapp di telefon pintar masing-masing.
  2. Tekan titik tiga sudut atas sebelah kanan
  3. Kemudian pilih butang setting
  4. Pilih butang Privacy dan tekan
  5. Tekan butang Block Contacts
  6. Boleh pilih kenalan yang kita mahu block dengan tekan ikon orang dan campur di sudut atas sebelah kanan.

Mudah sahaja caranya kan. Di situ juga ada terpamer berapa orang yang telah kita block.

Cara Block Whatsapp Group

Whatsapp group ada kebaikannya terutama apabila mengumpulkan semua ahli keluarga yang jauh dan dekat.

Bertanya khabar dan menyampaikan berita gembira atau kematian adalah cara mudah untuk menyampaikan kepada semua tanpa perlu menghantar berita tersebut kepada seorang demi seorang.

Walaupun hanya copy and paste sahaja tapi ia merumitkan dan kadang-kadang ada yang boleh tertinggal.

Cuma bila ada individu yang membuat Whatsapp Group yang tiada fokus dan kadang-kadang berbual hingga lewat malam sangat mengganggu privacy kita.

Sekarang aplikasi Whatspps memberi kemudahan agar kita boleh keluar daripada group tanpa diketahui oleh ahli yang lain kecuali admin sahaja.

Ada Cara Block Whatsapp Group Dan Ini Caranya;

  1. Buka aplikasi Whatsapp dan pilih group yang kita kehendaki.
  2. Tekan nama Group yang terpapar di skrin.
  3. Kemudian pilih Exit Group.
  4. Selepas exit group pilih Delete Group.
  5. Kini kita bebas daripada Whatsapp Group yang membebankan.
  6. Namun, sekiranya kita ada admin group, sebelum exit group dan left group, kita kena delete dulu satu persatu ahli group sebelum boleh bertindak sedemikan.
Photo by Anton from www,pexels.com

Kemudahan Aplikasi Whatsapp Untuk Perlindungan Peribadi

Selain dari menyekat kenalan atau block contact, Whatsapp juga ada feature atau ciri-ciri keselamatan lain yang boleh digunakan untuk melindungi diri kita antaranya ialah:

Security Notification

Dengan memilih feature ini, mesej dan panggilan peribadi kita akan sentiasa kekal antara kita dan orang yang kita pilih. Bahkan, Whatsapp sendiri tidak dapat membaca atau mendengar perbualan kita.

Cara Pilih Security Notification

  1. Tekan atau pilih titik 3.
  2. Klik Setting
  3. Tekan Account.
  4. Klik Security Notifications.
  5. Aktifkan Show Security Notifications.

Two-Steps Verification

Two Steps Verification ialah feature yang akan menambah keselamatan akaun WhatsApp kita. Dengan mengaktifkan feature ini, kita perlu membuat dan mengesahkan PIN 6 digit setiap kali memasuki akaun Whatsapp kita.

Cara Pilih Two-Steps Verification

  1. Tekan atau pilih titik 3.
  2. Klik Setting.
  3. Tekan Account.
  4. Klik Two-step Verification.
  5. Aktifkan Two-step Verification dengan membuat PIN 6 digit yang anda seorang sahaja yang tahu.

Disappearing Messages

Dengan mengaktifkan feature ini, kita boleh mengawal semua mesej-mesej di dalam Whatsapp untuk hilang selepas beberapa waktu yang kita sendiri boleh tetapkan masanya.

Cara Pilih Disappearing Messages

  1. Tekan atau pilih titik 3.
  2. Klik Setting.
  3. Tekan Privacy.
  4. Klik Disappearing Messages.
  5. Pilih masa untuk mesej kita akan hilang.

End-To-End Encrypted Backups

Dengan mengaktifkan feature ini, semua Chat Backup akan di ‘encrypted’ atau disulitkan dengan memasukkan kata laluan telah kita cipta sebelum disimpan ke iCloud atau Google Drive.

Cara Pilih End-To-End Encrypted Backups

  1. Tekan atau pilih titik 3.
  2. Klik Setting.
  3. Tekan Chats.
  4. Klik Chat Backup.
  5. Pilih End-to end Encrypted Backup.
  6. Aktifkan dengan memasukkan kata laluan.

Baca juga; Rakyat Malaysia Paling Banyak Guna Whatsapp

Mudah sahaja kan. Dari semasa ke semasa Whatsapp selalu kemaskini aplikasi mereka. Kita kena rajin explore apa yang lakukan untuk menjaga privasi peribadi.

Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

2 Cara Sekat Foto WhatsApp Memenuhi Storage Handphone
Cara Sekat Foto WhatsApp | Sejak ada WhatsApp ni memang …

2 Cara Sekat Foto WhatsApp Memenuhi Storage Handphone

Drama Kerana Cinta Itu Ada Episod Akhir 28
Kerana Cinta Itu Ada Episod Akhir | Bertemu, bercinta dan …

Drama Kerana Cinta Itu Ada Episod Akhir 28

About The Author

duniamyzan

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    September 17, 2023 0
  • Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara Sistematik
    Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara …
    August 23, 2023 0
  • 8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di Malaysia
    8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di …
    August 26, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh