MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Santai
3 Cara Kilatkan Lampu Kereta, Murah & Jimat Poket
Diari Santai

3 Cara Kilatkan Lampu Kereta, Murah & Jimat Poket

duniamyzan August 6, 2023

Cara Kilatkan Lampu Kereta | Biasanya, makin berumur kereta kita makin kusam atau kekuningan lampu depan (headlamp) kereta. Dah macam ‘katarak’ mata pulak. Tak macam kereta baharu masa kita beli dahulu. Kilat merelit! Ada tak kita perasan yang lampu depan kereta kita sudah kusam atau kekuningan? Cuba check kereta anda. Kalau dah kuning atau kusam kenalah cuci lampu kereta tersebut. Terdapat cara kilatkan lampu kereta yang mudah dan boleh buat sendiri. Kalau nak upah orang dekat RM150 juga.  

Contents hide
1 Cara Kilatkan Lampu Kereta Guna Kertas Pasir
1.1 Alatan untuk DIY
1.2 Langkah 1
1.3 Langkah 2
1.4 Langkah 3
1.5 Langkah 4
1.6 Langkah 5
2 Cara Kilatkan Lampu Kereta Guna Lemon
3 Cara Kilatkan Lampu Kereta Guna Ubat Gigi
4 Lain Cara Cuci Lampu Kereta
5 Keburukan Coating Lampu Kereta
5.1 Kusam Dan Menggelapkan Cahaya
5.2 Penyalaan Yang Tidak Sekata
5.3 Kehilangan Fokus Cahaya
6 Kesimpulan

Lampu kereta depan ini bukan sekadar aksesori semata-mata tetapi memainkan peranan yang penting dalam aspek keselamatan di jalan raya. Dalam keadaan cuaca buruk, seperti hujan lebat atau kabut tebal, lampu kereta menyediakan isyarat visual yang lebih jelas dan mengurangkan risiko kemalangan. Kalau memandu di waktu malam atau tempat gelap pula, cahaya dari headlamp kereta yang kusam akan menjadi tidak berapa terang. Dari aspek keselamatan, ianya agak merbahaya kepada pemandu.

Kenapa Lampu Depan Kereta Boleh Bertukar Menjadi Kekuningan Atau Kusam? Kenapa Lampu Depan Kereta Boleh Teroksida?
Penyebab utama lampu depan kereta kekuningan atau kusam ialah sinar UV (ultraviolet) dari cahaya matahari.  Sinar UV ini akan menyebabkan lampu depan kereta akan teroksida (oxidization).Kebanyakan lampu depan kereta sekarang diperbuat daripada plastik yang mudah teroksida di bawah sinar UV matahari.

Cara Kilatkan Lampu Kereta Guna Kertas Pasir

MJ dah cuba cara kilatkan lampu kereta guna teknik ini. Memeng benar-benar berkesan dan menjadi. Jom MJ share cara kilatkan lampu kereta yang sudah kekuningan.

Tahap kesulitan: Sederhana
Kereta untuk DIY: Proton Gen-2 tahun 2006. (Sudah 17 tahun headlamp tak pernah kilat)

Alatan untuk DIY

  1. Kertas pasir Grit: 600
  2. Kertas pasir Grit: 1000
  3. Kertas pasir Grit: 2000
  4. Masking tape
  5. Plastik sampah atau surat khabar
  6. Spray paint jenis ‘CLEAR’
  7. Air sabun
  8. Air untuk membilas.
Bahan yang digunakan untuk cara kilatkan lampu kereta guna kertas pasir.

PERINGATAN! Sebelum memulakan DIY, pastikan headlamp sudah dicuci atau dibersihkan terlebih dahulu.

Langkah 1

  1. Dengan menggunakan masking tape, lekatkan masking tape di sekeliling headlamp.
  2. Ini untuk mengelakkan bahagian lain dari bercalar semasa menggosok menggunakan kertas pasir. Kita nak gosok headlamp jer kan.

Langkah 2

  1. Ambil kertas pasir grit: 600 dan basahkan dengan air sabun.
  2. Gosok secara bulatan ke seluruh bahagian headlamp. Di sini, kita akan lihat daki-daki kekuningan akan tanggal.
  3. Teruskan menggosok sehingga rata. Setiap kali menggosok, basahkan kertas pasir dengan air sabun.
  4. Bilas headlamp dengan air.

Langkah 3

  1. Ulangi Langkah 2 dengan menggunakan kertas pasir grit: 1000.

Langkah 4

  1. Ulangi Langkah 2 dengan menggunakan kertas pasir grit: 2000

Langkah 5

  1. Masa untuk spray cat ‘CLEAR’.
  2. Pastikan headlamp sudah kering.
  3. Balut di sekeliling headlamp dengan plastik atau surat khabar. Kita tidak mahu semasa spray cat ‘CLEAR’, bahagian lain akan terkena cat ini.
  4. Buat lubang untuk bahagian headlamp sahaja.
  5. Goncang spray can ‘CLEAR’ dan dalam jarak 1 kaki dari headlamp, spray layang ( ke kiri & ke kanan) sebannyak 2 hingga 3 kali.
  6. Biarkan cat ‘CLEAR’ yang pertama ini kering dahulu.
  7. Ulangi spray ‘CLEAR’ untuk kali yang ke-2.
  8. Biarkan kering.
  9. Ulangi spray ‘CLEAR’ untuk kali yang ke-3.
  10. Biarkan kering.

Inilah hasilnya selepas DIY. Alhamdulillah. Dah macam headlamp baru tau. Kalau hantar kedai luar, anggaran harga polish lampu kereta dalam RM150 hingga RM200. Bolehlah MJ jimat sikit. Modal DIY nie tak sampai RM50 pun. Ada juga yang kata boleh beli Pengilat Lampu Kereta Mr DIY jer.

Boleh juga https://modernmumthingy.com/10-cara-simpan-duit-cara-orang-kaya/

SEBELUM

Perbezaan sebelum dan selepas ikut cara kilatkan lampu kereta guna kertas pasir.

SELEPAS

Cara Kilatkan Lampu Kereta Guna Lemon

Berikut adalah cara kilatkan lampu kereta guna lemon dan soda bikarbonat:

  1. Ambil setengah biji lemon dan 1 sudu besar soda bikarbonat.
  2. Potong lemon menjadi dua bahagian dan perah jusnya ke dalam mangkuk kecil.
  3. Masukkan 1 sudu besar soda bikarbonat ke dalam mangkuk jus lemon. Kacau hingga terbentuk campuran yang homogen.
  4. Pastikan lampu kereta dalam keadaan mati dan sejuk. Kemudian, gunakan kain lembut untuk membersihkan permukaan lampu dari kotoran dan debu.
  5. Celupkan kain lembut ke dalam campuran lemon dan soda bikarbonat. Kemudian, sapu perlahan campuran tersebut ke seluruh permukaan lampu kereta.
  6. Dengan gerakan membulat, gosok permukaan lampu kereta secara lembut. Pastikan campuran lemon dan soda bikarbonat merata di seluruh permukaan.
  7. Biarkan campuran tersebut meresap dan bertindak selama beberapa minit untuk menghilangkan kesan kotoran dan kekusaman pada lampu kereta.
  8. Bilas dengan air bersih. Selepas beberapa minit, bilas permukaan lampu kereta dengan air bersih hingga bersih daripada campuran lemon dan soda bikarbonat.
  9. Keringkan lampu kereta menggunakan kain bersih atau kain microfiber hingga kering dan berkilau.

Dengan mengikuti langkah-langkah di atas, lampu kereta anda akan menjadi lebih bersih dan berkilau, membantu meningkatkan kecerahan cahaya dan meningkatkan keselamatan semasa memandu di waktu malam atau cuaca buruk. Ingatlah untuk selalu menjaga lampu kereta dalam keadaan bersih dan jelas untuk keselamatan jalan raya yang lebih baik.

Baca juga; Cara Pilih Bateri Kereta Terbaik

Cara Kilatkan Lampu Kereta Guna Ubat Gigi

Berikut adalah cara kilatkan lampu kereta guna ubat gigi:

  1. Ambil ubat gigi yang mengandungi pemutih atau kandungan perapi, dan pastikan kain lembut atau lap microfiber.
  2. Pastikan lampu hadapan dalam keadaan mati dan sejuk. Gunakan air bersih dan sabun lembut untuk membersihkan lampu daripada kotoran dan debu. Keringkan lampu dengan kain bersih.
  3. Letakkan sedikit ubat gigi pada kain lembut atau lap microfiber.
  4. Gosokkan ubat gigi pada permukaan lampu hadapan dengan gerakan memutar secara perlahan. Pastikan anda menutupi keseluruhan kawasan lampu.
  5. Biarkan ubat gigi berada pada permukaan lampu hadapan selama beberapa minit. Ini membolehkan bahan dalam ubat gigi meresap dan bertindak untuk menghilangkan kotoran atau bintik-bintik pada lampu.
  6. Selepas beberapa minit, gunakan kain lembut yang basah untuk membersihkan lampu hadapan dari ubat gigi. Pastikan semua residu ubat gigi telah dihapuskan.
  7. Keringkan lampu hadapan dengan kain bersih atau lap microfiber hingga kering dan berkilau.
  8. Lihat hasilnya dan pastikan lampu hadapan telah menjadi lebih bersih dan bersinar.

Polishing atau cara kilatkan lampu kereta guna ubat gigi adalah cara mudah dan murah untuk memperbaiki kecerahan dan kejelasan lampu hadapan kereta anda. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa hasilnya mungkin tidak seberkesan polish khusus untuk lampu kereta, tetapi ia boleh membantu sedikit dalam memperbaiki keadaan lampu hadapan yang kusam.

Selain itu, pastikan ubat gigi yang digunakan tidak mengandungi bahan abrasif yang boleh merosakkan permukaan lampu hadapan. Jika kekusaman lampu teruk, lebih baik gunakan produk polish khas untuk lampu kereta yang sesuai.

Baca juga; Ubat Sakit Gigi

Lain Cara Cuci Lampu Kereta

Ada orang kata boleh kilatkan lampu kereta guna minyak brek tapi MJ tak berapa berani cuba. Sebab ada terbaca yang minyak brek mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh merosakkan permukaan lampu, merosakkan lapisan pelindung, dan menyebabkan kekusaman atau kerosakan pada plastik lampu hadapan.

Penggunaan minyak brek untuk mengilat lampu hadapan juga boleh menyebabkan permukaan lampu menjadi licin dan menurunkan tahap kecerahan cahaya. Ini boleh mengganggu keselamatan semasa memandu terutama pada waktu malam.

MJ ada juga ternampak di YouTube orang buat eksperimen guna WD40 Untuk Lampu Kereta. Kata mereka cara kilatkan lampu kereta teknik ini berjaya juga. Tak pasti pula ada side effect atau tak, guna WD40 ni.

Baca juga; Cara Atasi Masalah Singki Tersumbat Di Dapur

Keburukan Coating Lampu Kereta

Kusam Dan Menggelapkan Cahaya

Beberapa jenis coating yang tidak berkualiti atau telah lama dipasang boleh menyebabkan lampu kereta menjadi kusam dan mengurangkan kecerahan cahaya. Ini boleh mengurangkan jarak pandangan dan meningkatkan risiko kemalangan, terutamanya semasa memandu pada waktu malam.

Penyalaan Yang Tidak Sekata

Coating yang tidak dipasang dengan baik atau telah terkena rosak boleh menyebabkan lampu kereta menyala secara tidak sekata. Lampu yang tidak menyala dengan sempurna boleh mengganggu pemandu lain dan mengurangkan keselamatan di jalan raya.

Kehilangan Fokus Cahaya

Coating yang tidak betul boleh menyebabkan fokus cahaya lampu kereta terganggu, menyebabkan cahaya tersebar dan tidak terarah dengan betul. Ini boleh mengurangkan efisiensi cahaya dan meningkatkan risiko kelihatan tidak jelas oleh pemandu lain.

Kesimpulan

Oleh itu, penting untuk memilih coating lampu kereta yang berkualiti atau dipasang dengan betul oleh pakar profesional. Sebaiknya elakkan coating yang tidak jelas sumbernya atau tawaran yang terlalu murah, kerana kualiti yang rendah boleh membawa risiko keselamatan dan menyebabkan masalah pada lampu kereta anda.

Jika anda menghadapi masalah dengan kekusaman lampu, lebih baik gantikan lampu dengan yang baru atau gunakan produk polish yang sesuai untuk membantu memulihkan kecerahan dan kejelasan cahaya lampu depan.

Baca juga https://myzanjourney.com/cara-baiki-dryer-electrolux-tak-pusing/

Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

Dryer Bunyi Bising, 6 Langkah Baiki Sendiri Jimat Banyak!
Dryer Bunyi Bising | Dryer atau mesin pengering amat diperlukan …

Dryer Bunyi Bising, 6 Langkah Baiki Sendiri Jimat Banyak!

5 Cara Pilih Bateri Kereta Terbaik Yang Wajib Ambil Tahu
Memilih bateri kereta terbaik, sebagai pemandu kereta yang prihatin, kita …

5 Cara Pilih Bateri Kereta Terbaik Yang Wajib Ambil Tahu

About The Author

duniamyzan

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    September 17, 2023 0
  • Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara Sistematik
    Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara …
    August 23, 2023 0
  • 8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di Malaysia
    8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di …
    August 26, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh