MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Santai
5 Cara Pilih Bateri Kereta Terbaik Yang Wajib Ambil Tahu
Diari Santai

5 Cara Pilih Bateri Kereta Terbaik Yang Wajib Ambil Tahu

duniamyzan August 12, 2023

Memilih bateri kereta terbaik, sebagai pemandu kereta yang prihatin, kita sewajarnya kena ambil tahu serba sedikit tentang beberapa komponen penting di dalam kereta. Antara yang perlu diberikan perhatian adalah bateri kereta. Kita hari-hari akan start kereta dan terus membawa kereta ke destinasi yang hendak dituju. Tidak kiralah ke tempat kerja, ke kedai dan sebagainya. Namun, kita tidak sedar untuk start kereta, ia memerlukan bantuan bateri. Kalau bateri sudah kong, memang kereta tidak boleh start. Oleh itu, kita perlu memahami tips penyelenggeraan dan memahami simptom bateri dah lemah agar kereta kita dapat beroperasi seperti biasa dan lancar. MJ akan kongsikan tip penyelenggaraan bateri dan pemilihan bateri yang tepat. Sekurang-kurangnya, dengan perkongsian ilmu yang serba sedikit ini, mungkin ia dapat membantu kita sebelum menghantar kereta ke bengkel. Sekurang-kurangnya tidak lah kena tipu bulat-bulat kan?

Contents hide
1 Fungsi Utama Bateri Kenderaan
1.1 Kuasa Untuk Menghidupkan Enjin
1.2 Kuasa Untuk Sistem Lampu Dan Sistem Hiburan
2 Panduan Memilih Bateri Kereta Terbaik
2.1 Kenali Jenis Bateri Kereta Anda
2.2 Kapasiti Bateri Kereta
2.3 Kualiti Dan Jaminan
2.4 Perbandingan Harga
2.4.1 Harga Bateri Kereta Terbaik 2023
2.5 Konsultasi Pakar
3 Tip Memanjangkan Umur Bateri Kereta
4 Bateri Kereta Lemah
4.1 Tanda Bateri Dah Lemah
4.1.1 Kereta Susah Hendak Start
4.1.2 Lampu Amaran Bateri Kereta Menyala
4.1.3 Alarm Kereta Berbunyi Sendiri
4.2 Punca Bateri Lemah
4.2.1 Umur Bateri
4.2.2 Kerosakan Alternator
4.2.3 Suhu Panas Yang Melampau
4.3 Cara Mengatasi Bateri Lemah
4.3.1 Cas Semula Bateri
4.3.2 Memeriksa Kabel Dan Terminal
4.3.3 Gantikan Bateri Lama
5 3 Jenis Kereta Popular Malaysia
5.1 Bateri Kereta Myvi
5.1.1 Saiz Bateri Kereta Myvi
5.1.2 Bateri Kereta Myvi Harga
5.1.3 Bateri Kereta Myvi Tahan Berapa Lama
5.1.4 5 Bateri Kereta Myvi Terbaik
5.1.5 Bateri Kereta Myvi M42
5.2 Bateri Kereta Axia
5.2.1 Bateri Kereta Axia Tahan Berapa Lama
5.2.2 Bateri Kereta Axia Basah Atau Kering
5.2.3 Bateri Kereta Axia Panasonic
5.2.4 Harga Bateri Kereta Axia 2023
5.2.5 Saiz Bateri Kereta Axia
5.3 Bateri Kereta Bezza
5.3.1 Bateri Kereta Bezza Harga
5.3.2 Bateri Kereta Bezza Tahan Berapa Lama
5.3.3 Jenis Bateri Kereta Bezza

Fungsi Utama Bateri Kenderaan

Kuasa Untuk Menghidupkan Enjin

Bateri kereta membekalkan tenaga elektrik yang diperlukan untuk menghidupkan enjin kenderaan kita. Kekurangan tenaga elektrik daripada bateri yang telah lemah akan menyebabkan engine kereta sukar untuk dihidupkan.

Kuasa Untuk Sistem Lampu Dan Sistem Hiburan

Selain untuk menghidupkan enjin, bateri juga bertanggungjawab untuk menyediakan kuasa elektrik kepada komponen lain kenderaan. Antaranya ialah sistem lampu seperti lampu hadapan, lampu belakang dan lampu isyarat.  Sistem hiburan seperti radio dan speaker juga memerlukan tenaga elektrik yang mencukupi. Itu belum lagi ditambah dengan aksesori hiburan seperti amplifier, Equalizer dan Bass speakers yang berdentum-dentum tu. Oleh itu, bateri kereta mesti dalam kondisi yang ‘tip top’.

Memilih bateri kereta terbaik sangat penting untuk bateri lebih tahan lama.
Photo by Towfiqu barbhuiya by www.pexels.com

Panduan Memilih Bateri Kereta Terbaik

Memilih bateri kereta yang tepat adalah penting untuk memastikan kenderaan anda berfungsi dengan cekap. Disenaraikan beberapa tips bagi membantu memilih bateri kereta yang tepat dan sesuai dengan kereta korang.

Kenali Jenis Bateri Kereta Anda

Terdapat dua jenis bateri kereta yang popular di pasaran Malaysia, iaitu;

  • Bateri Kering (maintenance free battery).
  • Bateri Basah.

Bateri kering atau maintenance free battery tidak memerlukan penambahan air bateri manakala bateri basah memerlukan penambahan air bateri secara berkala. Jadi kepada sesiapa yang tidak rajin membuka bonet kereta, disarankan memilih bateri kering. Namun,harga bateri kering kebiasaannya adalah lebih mahal dari bateri basah.

Kapasiti Bateri Kereta

Setiap pengeluar kereta telah menetapkan kapasiti bateri yang bersesuaian untuk kereta korang. Oleh itu, pastikan bateri yang korang pilih mempunyai kapasiti yang disarankan. Kapasiti bateri diukur di dalam ampere-hour (Ah). Sebagai contoh bateri kereta Perodua Viva ialah NS40ZL manakala Proton Saga ialah NS60. Jangan tersalah beli kerana selain kapasiti yang berbeza, saiz bateri juga adalah berbeza di mana ianya tidak boleh dipasang nanti.

Kualiti Dan Jaminan

Ada pelbagai jenama bateri yang dijual di pasaran. Namun, disarankan untuk memilih bateri dari jenama yang terkenal serta mempunyai reputasi yang baik. Bateri yang berkualiti tinggi kebiasaanya  mempunyai jangka hayat yang lebih lama serta prestasi yang lebih baik. Jaminan (warranty) yang ditawarkan juga harus diberikan pertimbangan.

Perbandingan Harga

Sebelum membeli, buatlah perbandingan harga di antara kedai-kedai bateri. Harga bateri boleh berbeza-beza bergantung kepada jenama, kapasiti dan juga tawaran dari kedai itu sendiri. Pastikan korang mendapatkan nilai terbaik untuk wang yang dibelanjakan.

Harga Bateri Kereta Terbaik 2023

KATEGORIHARGA (RM)
Bateri NS40ZL 120 – 170
Bateri NS60140 – 180
Bateri NS70190 – 245
Bateri DIN55190 – 245
Bateri 55D23L190 – 245
Harga bateri kereta bergantung kepada jenama. Setiap jenama mempunyai harga yang berbeza.

Konsultasi Pakar

Jika korang tidak pasti untuk memilih bateri yang sesuai, jangan malu untuk mendapatkan konsultasi dari pakar-pakar bateri kereta. Kita boleh terus menghubungi kedai bateri untuk mendapatkan kepastian.

Tip Memanjangkan Umur Bateri Kereta

Penyelenggaraan yang betul boleh memanjangkan hayat bateri kereta anda. Ikuti petua berikut:

  1. Pemeriksaan berkala paras air (untuk bateri konvensional).
  2. Pastikan terminal kekal bersih dan bebas dari karosion.
  3. Letakkan kenderaan di kawasan teduh untuk mengurangkan pendedahan kepada haba.
  4. Pemanduan kenderaan secara berkala untuk mengelakkan bateri daripada kong.

Bateri Kereta Lemah

Mengenali tanda bateri dah lemah adalah penting untuk memastikan kereta korang berfungsi dengan lancar dan menghindari masalah yang tidak diingini. Jika korang mengalami petanda-petanda seperti bunyi lemah ketika memulakan atau lampu redup, ambil langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini secepat mungkin.

Tanda Bateri Dah Lemah

Kereta Susah Hendak Start

Kebiasaannya, kita hanya perlukan dalam 3 hingga 5 saat sahaja untuk hidupkan enjin kereta. Namun, sekiranya kereta korang dah mula susah hendak dihidupkan, ini adalah amaran yang jelas sekali bateri kereta kita sudah lemah dan menunggu masa sahaja hendak mati atau ‘kong. Sudah tiba masanya untuk kita menukar bateri yang baru. Kita tidak mahu menghadapi situasi kereta tidak boleh dihidupkan semasa kita di dalam urusan yang amat penting. Pepatah Melayu ada mengatakan Sediakan Payung Sebelum Hujan.

Lampu Amaran Bateri Kereta Menyala

Perhatikan papan pemuka kereta korang. Sekiranya, simbol bateri sudah berkelip-kelip di papan pemuka, maknanya ada sesuatu yang tidak kena dengan bateri korang dan ini salah satu tanda bateri dah lemah. Sila periksa serta merta.

Alarm Kereta Berbunyi Sendiri

Kadangkala alarm kereta yang secara tiba-tiba berbunyi sendiri juga merupakan satu tanda bateri dah lemah atau ‘kong’. Contohnya seperti kereta keluaran Proton.

Punca Bateri Lemah

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan bateri kereta menjadi lemah:

Umur Bateri

Semasa bateri menjadi lebih tua, kapasiti dan prestasinya akan berkurangan. Bateri yang telah berkhidmat selama beberapa tahun mungkin lebih cenderung untuk menjadi lemah. Ini juga merupakan tanda bateri dah lemah.

Kerosakan Alternator

Fungsi alternator adalah untuk mengecas bateri semasa enjin dihidupkan. Kerosakan alternator akan menyebabkan bateri tidak dapat dicas dengan sempurna sekaligus mengurangkan kapasiti bateri.

Suhu Panas Yang Melampau

Suhu panas yang melampau seperti cuaca panas di Malaysia boleh memendekkan jangka hayat bateri kereta.

Cara Mengatasi Bateri Lemah

Cas Semula Bateri

Cara paling mudah untuk meningkatkan semula kapasiti bateri. Hantar ke kedai bateri untuk pengecasan semula. Upahnya tidaklah mahal. Mungkin bateri kerata kita lemah adalah disebabkan oleh kerosakan alternator ataupun sudah begitu lama tidak menghidupkan kereta.

Memeriksa Kabel Dan Terminal

Pastikan kabel-kabel dan terminal bateri dalam keadaan baik dan bersih. Bersihkan kotoran seperti habuk-habuk putih di sekeliling terminal bateri yang boleh mengganggu aliran kuasa antara bateri dan enjin.

Gantikan Bateri Lama

Jika bateri anda telah berkhidmat selama lebih dari satu tahun dan telah menunjukkan tanda-tanda penurunan prestasi, maka penggantian bateri yang baru harus dipertimbangkan.

Photo by Julia Avamotive from www.pexels.com

3 Jenis Kereta Popular Malaysia

Bateri Kereta Myvi

Kereta Myvi merupakan kereta yang popular sehingga digelar King of The Road. Sudah pasti ramai pengguna Myvi perlu ambil tahu tentang bateri digunakan.

Saiz Bateri Kereta Myvi

Saiz bateri kereta Myvi ada 2 saiz sahaja iaitu saiz 40L untuk bateri kereta Myvi lama dan saiz 60 untuk bateri kereta Myvi yang menggunakan eco/idle atau start/stop sistem.

Bateri Kereta Myvi Harga

Yang membezakan harga bateri kereta myvi adalah dari segi model keluaran kereta ini. Harga bateri kereta Myvi Gen 3, bateri kereta Myvi Advance, bateri kereta Myvi 1.3 dan bateri kereta Myvi Facelift tak sama.

Bateri Kereta Myvi Tahan Berapa Lama

Walaupun kadang-kadang bateri kereta Myvi ini tahan lama namun disarankan untuk menukar bateri kereta Myvi setiap 3 tahun.

5 Bateri Kereta Myvi Terbaik

Senarai 5 Bateri Kereta Myvi yang bagus ialah;

  1. Bateri Exide
  2. Batero Bosch
  3. Bateri Amaron
  4. Bateri Acdelco
  5. Bateri Global Battery
Kredit foto: Shopee

Bateri Kereta Myvi M42

Bateri M42 ialah pilihan utama untuk Perodua Myvi Advance (Bateri Kereta Myvi Advance) dan Myvi (Eco idle).

Bateri Kereta Axia

Kereta Axia juga merupakan kereta yang popular di Malaysia kerana harganya yang mampu milik dan jimat minyak. Jadi pemandu kereta Axia juga perlu ambil tahu tentang penyelengharaan bateri kereta masing-masing.

Bateri Kereta Axia Tahan Berapa Lama

Kebiasaanya bateri kereta Axia akan bertahan selama 24 bulan atau 2 tahun minima tempohnya.

Bateri Kereta Axia Basah Atau Kering

Boleh dikatakan semua pemilik kereta Axia mahu menjaga tempoh penggunaan bateri semaksimum mungkin. Oleh itu, gunakan bateri kereta Axia basah supaya tempoh penggunaannya bertahan lebih lama.

Bateri Kereta Axia Panasonic

Jenama bateri kereta Panasonic yang digunakan untuk Perodua Axia ialah 38B19L

Harga Bateri Kereta Axia 2023

KATEGORIHARGA (RM)
Jenis kering 200 – 230
Jenis basah 190 – 230
Harga bateri kering kereta Axia ini sudah termasuk kos pemasangan sekiranya kereta dibawa ke kedai bateri kereta.

Saiz Bateri Kereta Axia

Berdasarkan buku manual pengguna keluaran Perodua, Perodua Axia menggunakan bateri jenis NS40ZL/34B19L.

Bateri Kereta Bezza

Kereta Bezza juga antara kereta yang popular digunakan di Malaysia dan banyak boleh dilihat atas jalan raya. Sama seperti pengguna kereta lain, pengguna kereta Perodua Bezza juga perlu ambil tahu tentang penyelenggaraan bateri keretanya.

Bateri Kereta Bezza Harga

Jika kesemua saiz bateri kereta bezza adalah sama, maka harga bateri Perodua Bezza termasuk harga bateri kereta Bezza 1.3, harga bateri kereta Bezza Advance, harga bateri kereta Bezza Advance 1.3 dan bateri kereta Bezza Premium X adalah sama iaitu antara RM175 hingga RM190.

Bateri Kereta Bezza Tahan Berapa Lama

Jangka hayat bateri kereta Bezza boleh sampai ke 3 tahun lamanya. Namun, pengguna Perodua Bezza perlu melihat tanda-tanda bateri kereta lemah dan sebagainya.

Jenis Bateri Kereta Bezza

Jenama Century Bateri M42 ialah pilihan utama untuk Perodua Bezza Advance,

Baca juga; https://myzanjourney.com/cara-kilatkan-lampu-kereta/

Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

Cara Keluar Duit ASB Online Tahun 2023
Cara Keluar Duit ASB Online | Sejak kecil lagi kita …

Cara Keluar Duit ASB Online Tahun 2023

Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
Mesti ramai peminat drama Korea “Autumn In My Heart” ternanti-nanti …

Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta

About The Author

duniamyzan

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    September 17, 2023 0
  • Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara Sistematik
    Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara …
    August 23, 2023 0
  • 8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di Malaysia
    8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di …
    August 26, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh