MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Santai
2 Cara Sekat Foto WhatsApp Memenuhi Storage Handphone
Diari Santai

2 Cara Sekat Foto WhatsApp Memenuhi Storage Handphone

duniamyzan August 27, 2023

Cara Sekat Foto WhatsApp | Sejak ada WhatsApp ni memang memudahkan cara. Kalau dulu nak bagi mesej kepada seseorang kena guna SMS, setiap mesej yang dihantar ada charge. Namun, bila ada WhatsApp semuanya percuma, dengar syarat ada talian internet. Malah buat videocall pun free jer. Tapi masalah datang bila semua orang nak hantar mesej. Nak bagi salam pun guna gambar yang menyebabkan storage handphone selalu penuh. Bila dah notifikasi storage penuh mula gelabah nak buang semua gambar-gambar. Tapi tak semua gambar kita nak buangkan. Rupanya ada cara nak sekat foto WhatsApp memenuhi storage atau memori handphone kita.

Contents hide
1 Apakah Itu WhatsApp
2 Cara Sekat Foto WhatsApp
2.1 Cara Pertama
2.2 Cara Kedua
3 Cara Nak Call Orang Yang Block Kita Di WhatsApp
3.1 Petunjuk Kita Telah Disekat
4 Fakta Tentang WhatsApp

Apakah Itu WhatsApp

Apakah Itu WhatsApp? WhatsApp adalah sebuah aplikasi pesanan ringkas yang dapat digunakan di pelbagai platform telefon pintar. Aplikasi ini membolehkan pengguna untuk bertukar mesej teks, suara, gambar, video, dokumen, dan lokasi secara percuma, hanya dengan menggunakan sambungan internet. WhatsApp juga boleh digunakan untuk membuat panggilan suara dan video, serta membuat kumpulan chat dengan kenalan yang dikehendaki. WhatsApp mempunyai lebih daripada 2 bilion pengguna di lebih daripada 180 negara di seluruh dunia.

Baca juga; Cara Semak Duit Dalam IC

Selain telefon pintar WhatsApp juga boleh digunakan di desktop atau komputer bimbit (laptop) menerusi WhatsApp Web.

Cara Sekat Foto WhatsApp
Foto Kredit: CANVA

Cara Sekat Foto WhatsApp

Salah satu cara untuk mengelakkan foto WhatsApp daripada memenuhi ruang penyimpanan adalah dengan mematikan auto download media. Dengan cara sekat foto WhatsApp, kita boleh mengawal sendiri, apa dan gambar yang mana ingin dimuat turun dari WhatsApp.

Cara Pertama

Cara sekat foto WhatsApp yang pertama yang boleh dilakukan untuk sekat foto WhatsApp daripada memenuhi ruang simpanan telefon bimbit ada dengan membuat pilihan di ruangan settings WhatsApp. Caranya ialah;

  1. Buka aplikasi WhatsApp dan mengikuti langkah-langkah berikut.
  2. Tekan (click) menu tiga titik di sudut kanan atas, kemudian pilih tetapan Settings.
  3. Tekan ke menu Storage and data, kemudian kita dapat lihat bahagian Media auto-download.
  4. Kosongkan kotak Photo, Audio, Video dan Documents (No media) pada bahagian When using mobile data.
  5. Lakukan perkara yang sama pada When connected on Wi-Fi dan When roaming.
  6. Setiap gambar yang dihantar di dalam WhatsApp kita boleh pilih sama ada nak buka atau tidak. Gambar yang dibuka akan masuk ke dalam storage handphone kita.

Cara Kedua

Cara sekat foto WhatsApp yang kedua yang boleh dilakukan untuk mengelakkan foto WhatsApp daripada memenuhi ruang penyimpanan (storage) adalah dengan memadam foto yang tidak penting. Kita boleh melakukannya dengan menggunakan aplikasi File Manager di telefon bimbit.

  1. Buka aplikasi File Manager dan mengikuti langkah-langkah berikut.
  2. Cari dan buka folder bernama WhatsApp di memori internal telefon anda.
  3. Buka folder Media, kemudian pilih folder WhatsApp Images
  4. Pilih foto-foto yang ingin dipadam kemudian tekan (click) ikon tong sampah (delete) di sudut kanan bawah.
  5. Mudahkan? Tapi kita selalu terlupa nak padam gambar yang tak diingini dan kesannya sering kali dapat notifikasi storage dah penuh.

Baca juga; Cara Block WhatsApp Tanpa Diketahui

Cara Nak Call Orang Yang Block Kita Di WhatsApp

Sebagai pengguna kita mempunyai hak untuk menyekat (block) orang yang kita tak mahu. Sekarang terlalu ramai scammer yang menjalankan operasi dengan pelbagai cara. Kita wajar melakukan langkah berjaga-jaga agar terhindar daripada perkara yang tidak diingini berlaku.

Namun, sebaliknya jika ada kenalan yang block kita di WhatsApp bagaimana cara nak call orang yang block kita di WhatsApp. Sebenarnya tidak ada cara yang boleh dilakukan untuk menghubungi orang atau kenalan tersebut. Ini kerana WhatsApp telah direka untuk melindungi privasi dan keselamatan pengguna mereka, termasuk mereka yang telah memilih untuk menyekat kita.

Petunjuk Kita Telah Disekat

  • Cara nak tahu orang block WhatsApp ialah kita tidak akan dapat melihat status ‘online’, ‘last seen’, atau foto profil mereka.
  • Kita juga tidak boleh menghantar mesej, membuat panggilan, atau menambahkan mereka ke dalam kumpulan (group WhatsApp).
  • Mesej yang dihantar hanya akan menunjukkan satu tanda betul bergaris satu, yang bermaksud mesej tersebut telah dihantar tetapi tidak diterima oleh penerima.
  • Panggilan juga buat tidak akan dapat disambungkan kecuali menguunakan panggilan yang menggunakan data peribadi.

Jika anda masih ragu-ragu, kita boleh mencuba cara lain untuk mengesahkan perkara ini.

  • Kita boleh cuba untuk menghubungi orang atau kenalan tersebut melalui aplikasi lain seperti Telegram, WeChat, Discord atau menggunakan nombor telefon lain.
  • Jika masih tidak dapat menghubungi mereka, kemungkinan besar mereka telah menyekat nombor telefon kita dari semua aplikasi mesej. Jika anda dapat menghubungi mereka melalui aplikasi lain atau nombor telefon lain, maka anda telah disekat di WhatsApp sahaja.
Foto Kredit: CANVA

Baca juga; Sekat Scammer Dengan Whoscall Online Malaysia

Fakta Tentang WhatsApp

  1. WhatsApp ditubuhkan oleh Jan Koum dan Brian Acton, yang sebelumnya bekerja di Yahoo. Mereka terinspirasi dengan potensi aplikasi perisian di App Store (iOS). Justeru, Jan Koum dan Brian Acton ingin membuat sebuah aplikasi yang dapat menunjukkan status di samping nama kenalan. Nama WhatsApp sendiri terbit daripada frasa “What’s up” yang bermaksud apa khabar. WhatsApp rasmi dilancarkan pada Januari 2009 dan mula mendapat populariti dengan feature push notification yang membolehkan pengguna untuk mendapat notifikasi apabila ada mesej baru. Pada tahun 2014, WhatsApp diambil alih oleh Facebook dengan nilai 19 bilion dolar AS.
  2. WhatsApp selamat dan boleh dipercayai. Aplikasi ini menggunakan penyulitan end-to-end yang bermaksud hanya penghantar dan penerima yang dapat membaca mesej yang dihantar. WhatsApp juga tidak menyimpan mesej di pelayan mereka selepas dihantar.
  3. Terbaharu: WhatsApp mempunyai short story (My status) seperti Instagram story. Malah kini kita boleh memilih Channels yang disukai untuk mendapat segala info tentang sesuatu yang menarik minat kita. Korang dah cuba tak stay update dengan salah satu channel di WhatsApp?

Baca juga; Ambil Foto Bunga Sakura atau Cherry Blossom Di Jeju

Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

Gambar Kucing Oyen Zoo Negara Yang Viral Hingga Jadi Star & Pelaris
Memang geram tengok koleksi gambar kucing Oyen yang bersahabat baik …

Gambar Kucing Oyen Zoo Negara Yang Viral Hingga Jadi Star & Pelaris

Cara Baiki Dryer Electrolux Tak Pusing, Murah Saja Rupanya
Cara Baiki Dryer Electrolux Tak Pusing | Kebelakangan ini setiap …

Cara Baiki Dryer Electrolux Tak Pusing, Murah Saja Rupanya

About The Author

duniamyzan

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    September 17, 2023 0
  • Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara Sistematik
    Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara …
    August 23, 2023 0
  • 8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di Malaysia
    8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di …
    August 26, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh