MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Santai
Cara Keluar Duit ASB Online Tahun 2023
Diari Santai

Cara Keluar Duit ASB Online Tahun 2023

duniamyzan February 6, 2023

Cara Keluar Duit ASB Online | Sejak kecil lagi kita dah terdedah untuk menyimpan duit dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Contents hide
1 ASB Keluar Duit Online
2 Cara Keluar Duit ASB Online
2.1 Langkah 1
2.2 Langkah 2
2.3 Langkah 3
3 Cara Keluarkan Duit ASB Melalui Online
3.1 Auto Labur
3.2 Penyata Akaun
3.3 Penukaran Dana
4 Apa Itu myASNB
5 Info
6 Apakah Hukum Pelaburan Dalam ASB Dan Unit Amanah ASNB Yang Lain
7 Cara Keluarkan Duit ASB Online Maybank

Kenapa memilih ASB? Di negara kita, banyak jenis pelaburan yang boleh kita ceburi. Namun, kita tidak tahu selok belok untuk membuat pelaburan.

Takut akhirnya kita yang akan mengalami kerugian jika silap memilih saham. Oleh itu, ASB adalah satu pelaburan yang bijak kerana ianya berisiko rendah.

Walaupun ASB ialah unit amanah, namun risiko pelaburannya adalah amat rendah sekali kerana ia berharga tetap.

Ini bermakna kalau kita melabur RM100, sampai bila-bila la duit anda tu tak berkurang, malah ia akan bertambah kerana anda ada peluang dapat dividen setiap tahun.

Mana nak dapat jenis pelaburan macam ini yang dijamin tidak rugi!

ASB Keluar Duit Online

Teringat dulu-dulu masa kecil kena beratur panjang dekat pejabat pos kalau nak masukkan duit dalam ASB. Bukan saja nak masukkan duit, kalau nak keluarkan pun kena beratur panjang di pejabat pos untuk mengeluarkan duit dalam ASB.

Tapi tak berapa lama selepas itu ada beberapa bank telah menyediakan perkhidmatan untuk ASB ini. Antara bank yang terlibat ialah Maybank, CIMB dan RHB.

Namun, kini untuk proses memasukkan dan mengeluarkan duit ASB semakin mudah dengan adanya teknologi perbankan secara dalam talian/online .

Ada cara untuk kita keluarkan duit ASB secara online yang amat mudah caranya.

Baca juga; Cara Pindah Duit Tabung Haji

Cara Keluar Duit ASB Online

Langkah 1

  1. Download Applikasi myASNB di Google Playstore atau Apple Store.
  2. Klik ‘Daftar’ untuk mendaftar.
Cara Keluar Duit ASB Online yang mudah dengan myASNB.
Langkah 1

Langkah 2

  1. Masukkan semua maklumat yang diminta.
  2. Sila sediakan maklumat tambahan di bawah :
    • Kad Pengenalan /MyKad (untuk diambil gambar pengesahan)
    • Maklumat peribadi
    • Maklumat akaun bank (Maybank,CIMB dll)
  3. Perhatian! myASNB akan mengambil masa sehingga enam (6) bekerja hari untuk pengesahan maklumat di atas.
Langkah 2

Langkah 3

  1. Setelah pengesahan maklumat di atas, barulah boleh kita mengeluarkan Dana ASB.
  2. Klik di Jualan Balik / Redemption
  3. Masukkan amaun RM yang ingin kita keluarkan.
  4. Dalam 2 -3 hari bekerja, duit kita akan dimasukkan ke dalam akaun bank yang telah didaftarkan.
Langkah 3

Cara Keluarkan Duit ASB Melalui Online

Maklumat Lain yang boleh diperolehi.

Auto Labur

Pelaburan bulanan kini lebih mudah secara automatik. Hanya perlu tentukan tarikh dan amaun yang anda kehendaki.

Penyata Akaun

Muat turun penyata tahunan, pegangan dan urusniaga terperinci untuk pemantauan akaun pelaburan yang lebih efisyen.

Penukaran Dana

Lakukan penukaran dana dengan mudah secara dalam talian dan semak jumlah pelaburan dalam masa nyata.

Baca juga; Cara Buat STR Semakan Online

Apa Itu myASNB

myASNB ialah portal pelaburan yang dibangunkan ASNB untuk memudahkan pelabur ASNB menguruskan pelaburan secara dalam talian (on-line)

Untuk menggunakan myASNB, pelabur perlu terlebih dahulu mengemaskini nombor telefon di mana-mana Cawangan atau Ejen ASNB sebelum mendaftar di www.myasnb.com.my

Info

Pengurus Dana iaitu ASNB adalah anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB). ASNB ditubuhkan pada 22 Mei 1979 sebagai syarikat pengurusan unit amanah di bawah PNB.

Setelah lebih 40 tahun berada dalam industri, ASNB kini mengurus 16 dana yang bernilai RM277.86 bilion pada tarikh catatan terakhir 31 Disember 2021.

Baca juga; Cara Semak Duit Dalam IC

Apakah Hukum Pelaburan Dalam ASB Dan Unit Amanah ASNB Yang Lain

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 – 3 Februari 2008 telah membincangkan Pelaburan Dalam ASN, ASB dan seumpamanya.

Muzakarah telah memutuskan seperti berikut: ‘Setelah mendengar taklimat dan penjelasan serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih besar, hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah ‘harus’.

Cara Keluarkan Duit ASB Online Maybank

Setelah pengeluaran akaun ASB diluluskan dan telah masuk ke dalam akaun Maybank. Kita boleh mengeluarkan duit macam biasa.

Sekiranya kita dah lama tidak aktif dalam ASB dah tak pasti masih mempunyai baki atau tidak, senang sahaja untuk mengetahuinya.

  • Langkah pertama buka aplikasi MAE di telefon bimbit. (Boleh juga cuba Cara Buat Tabung MAE)
  • Kemudian tekan butang maybank2u dan masukkan 6 digit pin number.
  • Kemudian nampak section accounts | cards | fixed deposits | loan | wealth
  • Tekan butang wealth – akan keluar akaun ASNB kita.
  • Di sini kitab oleh lihat berapa nilai atau jumlah wang kita.
Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

Cara Block Whatsapp Tanpa Diketahui, Ikuti 6 Cara Ini
Cara Block Whatsapp Tanpa Diketahui | Ramai pemilik telefon pintar …

Cara Block Whatsapp Tanpa Diketahui, Ikuti 6 Cara Ini

Carian Google Tertinggi Malaysia 2022, Anwar Ibrahim Paling Dicari
Carian Google Tertinggi Malaysia 2022 | Tahun 2022 baharu saja …

Carian Google Tertinggi Malaysia 2022, Anwar Ibrahim Paling Dicari

About The Author

duniamyzan

One Response

  1. sofea

    goood info sis… tp sy xder simpanan kt ASB.. 🙂

    February 8, 2023

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
    Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini …
    September 6, 2023 0
  • 6 Cara Memilih Beras Yang Baik & Berkualiti
    6 Cara Memilih Beras Yang Baik & …
    September 4, 2023 0
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
    Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear …
    September 17, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh