MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Santai
Drama Kerana Cinta Itu Ada Episod Akhir 28
Diari Santai

Drama Kerana Cinta Itu Ada Episod Akhir 28

duniamyzan February 3, 2023

Kerana Cinta Itu Ada Episod Akhir | Bertemu, bercinta dan berpisah umpama bumbu utama dalam sebuah perhubungan. Begitu juga kisah cinta antara Aisy Mateen (lakonan Aedy Ashraf) dan Nabila Aulia (lakonan Nabila Razali).

Contents hide
1 Aisy Mateen dan Nabila Aulia
2 Peranan Ibu Bapa
3 Info Drama Kerana Cinta Itu Ada Episod Akhir
4 Pelakon Drama Aku Tanpa Cintamu Episod Akhir

Benar kata orang kalau sudah jodoh tak akan ke mana. Kisah cinta antara Aisy Mateen Datuk Ikhmal  dan Nabila Aulia Nazri baharu sahaja melabuhkan tirainya. | Kerana Cinta Itu Ada Akhir

Dugaan demi dugaan yang dilalui oleh pasangan ini telah mengajar kita akan erti sabar dalam sebuah hubungan rumahtangga. Lebih-lebih lagi apabila orang yang mahu menghancurkan rumahtangga itu datangnya daripada kawan baik sendiri.

Drama Kerana Cinta Itu Ada Episod Akhir ini telah dipancarkan menerusi slot Akasia TV3 dan juga Disney+ Hotstar. Drama ini telah mula ditayangkan pada 28 Disember 2022 telah diarahkan oleh Azri Izhar serta skrip ditulis oleh Sophilea dan Zarihah Hassan.

Baca Drama Kerana Cinta Itu Ada Sinopsis

Drama Kerana Cinta Itu Ada Episod Akhir lakonan Nabila Razali dan aedy Ashraff.
Kredit Foto: Facebook Nabila Razali

Aisy Mateen dan Nabila Aulia

Hubungan pasangan ini telah diuji sejak awal perkahwinan mereka lagi. Walaupun tidak mengambil masa yang lama untuk menyelami hati masing-masing tetapi jodoh mereka sangat kuat.

Tidak dinafikan kedua-dua pasangan suami isteri ini agak kuat cemburu tetapi akhirnya mereka berjaya mengatasi maslah cemburu dengan mengetahui perkara sebenar. Drama ini karya produksi Global Station Sdn Bhd. ini membawa kita tentang hubungan persahabatan.

Memang benar, ramai yang mengatakan bahawa orang yang mampu menjatuhkan kita terduduk adalah orang yang paling rapat dengan kita. Semua rahsia kita berada di dalam genggamannya.

Begitulah dengan Nabila Aulia apabila sahabat baik sejak sekolah lagi telah menikamnya dari belakang. Dahlia Rizal (lakonan Puteri Khareeza) merupakan orang kepercayaan Nabila Aulia sentiasa cemburu apa yang menjadi milik sahabat baiknya itu.

Bermula dengan cemburu sejak kecil dengan kehidupan mewah keluarga Nabila Aulia dengan membandingkan kehidupannya yang miskin sebagai anak nelayan. Namun Nabila Aulia tidak pernah memandang buruk kepada sahabatnya dan sentiasa bersangka baik.

Walaupun ketika di awal perkahwinan Nabila Aulia, Dahlia jadi penyondol dan telah cuba merampas Aisy Mateen tetapi Nabila Aulia tetap memaafkannya.

Kredit Foto: Facebook Nabila Razali

Keikhlasan hati Nabila Aulia persahabatan yang ditonjolkan dalam drama Kerana Cinta Itu Ada Episod Akhir ini akhirnya telah menyentak Dahlia.

Akhirnya Dahlia telah mengambil keputusan untuk berhenti ‘meragut’ kebahagian Nabila Aulia dan mahu menyerah diri kepada polis di episod akhir Kerana Cinta Itu Ada.

Mesej yang kitab oleh dapat daripada kemelut hubungan Aisy Mateen, Nabila Aulia dan Dahlia itu ialah kita tidak mampu untuk melawan takdir. Perasaan cinta terhadap seseorang itu juga tidak boleh dirampas jika bertepuk sebelah tangan.

Walaupun mungkin Dahlia berjaya merampas Aisy Mateen tetapi belum tentu CEO Hotel ini akan membalas cinta Dahlia.

Pengakhiran Dahlia dalam drama Kerana Cinta Itu Ada Episod 28 ini juga sangat tragis namun dia diberikan rezeki sempat meminta maaf kepada sahabat baiknya atas kesalahan yang telah dilakukannya.

Akhirnya pasangan suami isteri Aisy Mateen dan Nabila Aulia menemui kebahagiaan mereka dan dikurniakan seorang anak yang comel seperti yang boleh ditonton dalam drama Kerana Cinta Itu Ada Episode 28.

Kredit Foto: Facebook Nabila Razali

Peranan Ibu Bapa

Sesungguhnya Aisy Mateen dan Nabila Aulia sangat beruntung mempunyai support system yang membantu dalam mengharungi hubungan rumahtangga saat diuji.

Baik Datin Alawiyah (lakonan Mas Anizan), Datuk Ikmal (lakonan Edika Yusof) dan Puan Hasni (lakonan Safura Yaakob) serta Encik Nazri (lakonan Dato Shah Rezza) telah menunjukkan contoh yang baik sebagai ibu bapa.

Walaupun mereka tidak masuk campur dalam hubungan rumahtangga anak mereka namun nasihat yang berguna sebagai pasangan yang telah berkahwin sangat positif. Semoga lebih ramai ibu, bapa dan mentua yang mempunyai peranan sedemikan.

Semoga Sophilea dan Zarihah Hassan sebagai penulis skrip dalam drama ditulis oleh drama Kerana Cinta Itu Ada episod Akhir ini dapat berkarya lagi dan mendidik masyarakat tentang perkara positif dalam masyarakat kita. Sophilea juga merupakan penulis novel Kerana Cinta Itu Ada ini. | Kerana Cinta Itu Ada 28

Info Drama Kerana Cinta Itu Ada Episod Akhir

Episod: 28
Tarikh Tayangan: 3 Februari 2023
Waktu Siaran: Rabu, 7.00 malam (TV3)
Rangkaian: Akasia TV3 / Disney+ Hotstar
Pengarah: Azri Izhar
Produksi: Global Station Sdn Bhd
Skrip: Sophilea dan Zarihah Hassan

Kredit Foto: Facebook Nabila Razali

Pelakon Drama Aku Tanpa Cintamu Episod Akhir

Aedy Ashraf sebagai Aisy Mateen Datuk Ikhmal
Nabila Razali sebagai Bella (Nabila Aulia)
Puteri Khareeza sebagai Dahlia Rizal
Alvin Chong sebagai Rayyan
Syazuwan Hassan sebagai Zhafran
Raden Zaharatul sebagai Dayyan
Emelda Rosemila sebagai Puan Dhia
Mas Anizan sebagai Puan Alawiyah
Edika Yusof sebagai Datuk Ikhmal
Dato Shah Rezza sebagai Encik Nazri
Safura Yaakob sebagai Puan Hasni
Syaffiq Sahli sebagai Nahfiz
Dian P Ramlee sebagai Puan Arifah
Husna Mustaffa sebagai Aina
Saidah Kamarudin sebagai Yana
Nick Naem sebagai Edie
Anas Ridzuan sebagai Mamat
Najua Nasir P.Ramlee sebagai Zainin

Baca juga; Sinopsis Drama The Hotel

Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

Gambar Kucing Oyen Zoo Negara Yang Viral Hingga Jadi Star & Pelaris
Memang geram tengok koleksi gambar kucing Oyen yang bersahabat baik …

Gambar Kucing Oyen Zoo Negara Yang Viral Hingga Jadi Star & Pelaris

2 Cara Sekat Foto WhatsApp Memenuhi Storage Handphone
Cara Sekat Foto WhatsApp | Sejak ada WhatsApp ni memang …

2 Cara Sekat Foto WhatsApp Memenuhi Storage Handphone

About The Author

duniamyzan

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
    Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini …
    September 6, 2023 0
  • 6 Cara Memilih Beras Yang Baik & Berkualiti
    6 Cara Memilih Beras Yang Baik & …
    September 4, 2023 0
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
    Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear …
    September 17, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh